Now Reading
Tular Ada Kalimah Allah & Basmalah, Tokong Akan Dirobohkan Petang Ini – Exco Negeri Melaka

Tular Ada Kalimah Allah & Basmalah, Tokong Akan Dirobohkan Petang Ini – Exco Negeri Melaka

Menurut EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka, Datuk Rahmad Mariman, siasatan awal mendapati struktur binaan tokong tersebut dipercayai telah dibina sejak dua hingga tiga tahun lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Awal pagi ini (9 April), media melaporkan penemuan sebuah tokong di Jalan Jeti Anjung Batu-Pantai Siring, Jasin Melaka yang terdapat kalimah ‘Allah’ dan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ dalam tulisan jawi.

Rumah ibadat yang terletak di kawasan paya bakau dipercayai disedari oleh sekumpulan pemancing yang kebetulan melalui kawasan tersebut sebelum memaklumkan penemuan itu kepada pihak berkuasa.

Tokong Dibina Berhadapan Dengan Pantai, Dipercayai Sudah Ada Sejak 2-3 Tahun Lalu

Ekoran itu, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman telah bergegas ke lokasi kejadian pada jam 11 malam semalam (8 April).

Hasil pemeriksaan mendapati tempat ibadat yang berwarna merah itu didirikan berhadapan dengan pantai serta berhampiran tanah persendirian.

Malah jelasnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek, siasatan awal turut mendapati struktur binaan tokong tersebut dipercayai telah dibina sejak dua hingga tiga tahun lalu.

Namun, kewujudan kalimah ‘Allah’ dan ‘Bismillahirrahmanirrahim’ hanya dikesan pada malam kejadian.

Ekoran itu, Rahmad telah meminta pihak polis untuk melakukan kawalan sehingga tindakan lanjut diambil selain mengadakan satu perbincangan segera bersama beberapa pihak termasuk Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), polis dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Malah, pemilik tanah juga akan dipanggil untuk melihat lokasi berkenaan dan meneliti sama ada lokasi terbabit melibatkan rizab pantai atau sebaliknya.

Tokong Akan Diroboh Oleh Pemilik Pada Petang Ini

Terbaharu, tokong yang tular dan mengejutkan ramai pihak itu akan dirobohkan pada petang ini oleh pemiliknya.

Menurut Rahmad, operasi perobohan dijadualkan berlangsung pada jam 2.30 petang ini dan diketuai oleh ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan serta dipantau pihak berkuasa tempatan (PBT).

Tokong Ada Kalimah Allah Tiada Kaitan Dengan Ajaran Sesat

Jelas Rahmad lagi, rumah ibadat berkenaan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan ajaran sesat seperti dakwaan yang tular di media sosial.

“Namun Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan polis akan tetap menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Insya-Allah tokong itu akan dirobohkan segera oleh pemilik tanah petang ini,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.

Baca Artikel Berkaitan: Restoran Nasi Kandar Mohon Maaf Isu Bungkusan Makanan Tertera Kalimah Allah & Muhammad

Baca Artikel Berkaitan: Isu Jual Stoking Ada Kalimah Allah, KDN Siasat Vendor KK Mart


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitterThreads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd