Now Reading
Mudahkan Urusan! JPN Ada Sediakan Perkhidmatan Buat IC Terus Dari Rumah Buat Insan Istimewa

Mudahkan Urusan! JPN Ada Sediakan Perkhidmatan Buat IC Terus Dari Rumah Buat Insan Istimewa

Selain golongan orang kurang upaya (OKU), servis khas Mekar Ihsan oleh JPN juga boleh dinikmati oleh warga emas, pesakit terlantar atau kronik serta mereka yang tidak mempunyai keupayaan untuk hadir ke kaunter.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak semua namun ada sesetengah individu diuji mempunyai ahli keluarga yang istimewa atau sakit.

Kadangkala, mereka menghadapi kesukaran untuk membawa golongan sebegini keluar terutama dalam menguruskan hal penting.

Malah, ramai juga yang berdepan kesukaran itu sendiri menyebabkan urusan harian tergendala.

Situasi sebegini boleh memeningkan kepala lebih-lebih lagi jika melibatkan urusan penting seperti pendaftaran kelahiran dan kematian atau membuat kad pengenalan (MyKad).

Ini kerana tidak semua mampu untuk hadir ke kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk berbuat demikian.

Mekar Ihsan Sedia Perkhidmatan Terus Ke Rumah Buat Golongan Memerlukan

Jangan tidak tahu, JPN ada menyediakan perkhidmatan pendaftaran kelahiran atau kematian serta pengurusan kad pengenalan secara terus ke rumah atau lokasi tertentu.

Perkara itu dikongsikan oleh mereka menerusi satu balasan hantaran di platform Threads yang menjawab kemudahan buat golongan istimewa yang menghidap autisme.

Jelas pentadbir akaun itu, mereka ada menyediakan perkhidmatan pendaftaran kad pengenalan (IC) terus ke rumah di bawah inisiatif Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) Ihsan.

Ia khusus buat ibu bapa yang menghadapi kesukaran membawa anak autisme ke kaunter JPN.

“Kami di JPN ada perkhidmatan Mekar Ihsan. Kami akan pergi buat ic di rumah kalau anak autisme ada masalah untuk datang dekat pejabat untuk urusan ic,” kongsi mereka.

View on Threads

Golongan Layak Dibawah Inisiatif Mekar Ihsan

Memetik laman JPN, selain autisme, mereka turut menyediakan perkhidmatan sama kepada golongan seperti:

  • Warga Emas
  • Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Pesakit Terlantar/ Kronik
  • Pesakit Mental
  • Mereka yang tidak mempunyai keupayaan untuk hadir
View on Threads

Malah, selain Mekar Ihsan, terdapat tiga lagi inisiatif di bawah Program MEKAR yang memudahkan orang ramai seperti:

  • Mekar Komuniti – Program agensi kerajaan, badan berkanun, NGO dan persatuan penduduk setempat
  • Mekar Pahlawan – Pendaftaran MYTENTERA, MYPOLIS (PDRM) & Askar Timbalan Setia Negeri Johor (TSN)
  • Mekar Identiti – Individu di pusat tahanan, pusat jagaan orang tua, hospital mental & individu diragui status kewarganegaraannya

Lebih Dari 5 Perkhidmatan Yang Disediakan

Kebiasaannya, perkhidmatan yang disediakan melibatkan pendaftaran kelahiran atau kematian serta kad pengenalan.

Namun, jika ada yang perlukan maklumat atau khidmat nasihat, mereka juga ada menyediakan perkhidmatan tersebut. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:

  • Gantian kad pengenalan – (rosak / hilang / tukar alamat (perlu sertakan bil utiliti)
  • Permohonan kad pengenalan 12 tahun
  • Pendaftaran sijil kelahiran
  • Pendaftaran sijil kematian
  • Cabutan sijil kelahiran
  • Cabutan sijil kematian
  • Pertanyaan dan cetakan maklumat cip MyKad
  • Khidmat nasihat

Bagaimana Nak Mohon?

Jika ada yang berminat mahu penggunakan perkhidmatan JPN di bawah inisiatif Mekar, anda boleh sahaja membuat permohonan menerusi panggilan telefon atau e-mel ke Jabatan Pendaftaran Negeri.

NegeriNombor TelefonAlamat E-mel
Putrajaya03-8880 8014mekar@jpn.gov.my
Selangor03-5519 7155/ 03-5511 7355pppselangor@jpn.gov.my
Kedah04-731 4585pppkedah@jpn.gov.my
WP Kuala Lumpur03-6205 7600pppwilayah@jpn.gov.my
Negeri Sembilan06-765 1611pppn9@jpn.gov.my
Perak05-528 8805/ 06/ 07ppperak@jpn.gov.my
Terengganu09-630 1031/ 35/ 39pppterengganu@jpn.gov.my
Perlis04-979 5200pppperlis@jpn.gov.my
Johor07-234 1691/ 34pppjb@jpn.gov.my
Kelantan09-744 1717/ 09-748 2793pppkelantan@jpn.gov.my
Pahang09-531 8886jpnpahang2u@jpn.gov.my
Melaka06-232 6600pppmelaka@jpn.gov.my
Pulau Pinang04-226 5161ppppenang@jpn.gov.my
Sabah088-488 308mekarsabah@jpn.gov.my
Sarawak082-237 806/ 082-237 872mymekarehsan_kch@jpn.gov.my

Untuk sebarang info atau maklumat lanjut, layari sahaja laman web rasmi Jabatan Pendaftaran Negara.

Ramai Dah Guna, Akui Mudahkan Urusan

Perkongsian itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial. Ramai yang terkejut dan tidak menyangka JPN ada menyediakan perkhidmatan sebegitu khusus buat mereka yang mempunyai ahli keluarga istimewa.

Bukan itu sahaja, ada juga yang turut berkongsikan pengalaman mereka sendiri menggunakan inisiatif Mekar.

Ini antara komen pengguna Threads:

“Saya Pernah Guna Perkhidmatan MEKAR Untuk Gantikan Cip Rosak Pada IC Mama Saya Yang Bedridden Di Rumah, Alhamdulillah Perkhidmatan Mereka Sangat Baik”

“Sukanya Inisiatif Begini, Terima Kasih JPN”

“Wah Kenapa Saya Tak Pernah Tahu Tentang Mekar Ihsan Ni?”

Baca Artikel Berkaitan: Proses Cetakan MyKid Ambil Masa Lama Disebabkan Oleh Kekurangan Mikrocip – JPN

Baca Artikel Berkaitan: Ini Cara Mohon Bantuan Kanak-Kanak Dari JKM, Boleh Dapat Sehingga RM1,000 Sebulan

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Penting Untuk Jaga MyKad, Boleh Elak Daripada Rosak


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitterThreads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd