Restoran Nasi Kandar Mohon Maaf Isu Bungkusan Makanan Tertera Kalimah Allah & Muhammad
Menurut Pengurus Restoran Thoulath Maju cawangan Kota Warisan Sepang, Selangor, mereka sama sekali tidak mempunyai niat untuk menyentuh sensitiviti umat Islam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai bungkusan makanan yang disediakan oleh sebuah restoran yang terletak di Kota Warisan, Sepang, Selangor.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh seorang pengguna di Threads, dia mendakwa restoran terbabit menggunakan kertas pembalut makanan yang tertera kalimah suci Allah, Muhammad dan Masya-Allah.
“Tolong report kedai mamak dekat Kota Warisan sebelah McDonalds menghala ke KLIA. Pembalut makanan ada kalimah suci Allah,” kongsinya.
View on Threads
Hantaran itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mahu tindakan diambil terhadap restoran terbabit.
Walau bagaimanapun, dalam hantaran terkini pengguna berkenaan, dia mendedahkan restoran tersebut telahpun menukar bungkusan yang baharu.
View on Threads
Restoran Mohon Maaf, Tidak Berniat Sentuh Sensitiviti Umat Islam
Terbaharu, pihak pengurusan Restoran Thoulath Maju cawangan Kota Warisan, Sepang, Selangor tampil memohon maaf berhubung isu tular membabitkan premis tersebut.
Menurut pengurus restoran cawangan berkenaan, Abdul Razak Abu Bakar, pihaknya mengambil tanggungjawab penuh dengan menukar kertas bungkusan makanan lama kepada versi yang baharu sejak malam tadi (28 Mac).
Jelasnya, mereka sama sekali tidak mempunyai niat untuk menyentuh sensitiviti umat Islam.
Malah, mereka berlapang dada menerima segala kritikan pelanggan demi kebaikan operasi perniagaan.
“Saya mewakili tiga cawangan Restoran Thoulath Maju benar-benar memohon maaf, kesilapan ini berlaku di premis di Kota Warisan. Namun, sekarang kami telah menukar bungkusan baharu di semua cawangan juga.
“Disebabkan tular di media sosial, kami segera menukar pembungkusan, kesilapan kami tidak menyedari bungkusan lama mengandungi kalimat ‘ALLAH’, ‘Muhammad’ dan ‘Masya-ALLAH’.
“Kami akui kesilapan dan memastikan perkara ini tidak berulang lagi,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Beri Jaminan Simpan & Tidak Buang Bungkusan Lama
Pada masa yang sama, Abdul Razak menjelaskan pihaknya memberi jaminan lebihan bungkusan lama itu akan disimpan malah tidak akan dibuang mahupun dibakar.
“Itu bungkusan saya tidak buang, mana boleh buang, berdosa kerana ada kalimat suci ‘ALLAH’, ‘Muhammad’ dan ‘Masya-ALLAH’.
“Saya simpan sahaja di dalam stor. Apa pun, saya benar-benar memohon maaf dan berjanji memperbaiki perkhidmatan kami,” katanya lagi.
Cara Nak Lupuskan Kertas Mengandungi Kalimah Suci
Secara ringkasnya, buku atau bahan yang tertera kalimah suci termasuk al-Quran perlu dilupuskan dengan penuh tertib bagi menjaga kesuciannya.
Langkah yang paling disarankan adalah dengan membakarnya. Menurut pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI), pada zaman dahulu, kebanyakan ulama menyarankan bahan berkenaan agama dilupuskan dengan merendamnya ke dalam air.
Namun, teknik tersebut kini kurang dipraktikkan kerana dakwat tidak lagi hilang disebabkan kebanyakan buku dicetak di kilang.
Disebabkan itu, ulama moden memfatwakan kaedah terbaik adalah dengan melupuskannya menerusi proses pembakaran.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kongsi Tempat Lupuskan Al-Quran Secara Percuma Buat Kariah KL
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ini 7 Tips Untuk Bantu Anak Mudah Hafal Quran, Yang Last Paling Banyak Buat Salah
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



