Now Reading
Dah Tak Keliru Lagi! Projek Rintis Kalkulator Musafir Jadi Panduan Semak Kelayakan Solat Jamak & Qasar

Dah Tak Keliru Lagi! Projek Rintis Kalkulator Musafir Jadi Panduan Semak Kelayakan Solat Jamak & Qasar

Menariknya, projek rintis Kalkulator Musafir ini memudahkan orang ramai untuk memilih mod kiraan berdasarkan kiraan ringkas atau mengikut jadual Fiqh.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Solat merupakan ibadah wajib yang perlu dilakukan oleh mereka yang bergelar muslim.

Namun, Islam memudahkan umatnya dengan memberi kelonggaran menunaikan ibadah itu mengikut keadaan tertentu.

Contohnya buat mereka yang sedang bermusafir, anda dibenarkan menunaikan solat jamak dan qasar berdasarkan tujuan dengan jarak dua marhalah iaitu melebihi 83 kilometer serta tempoh perjalanan yang tidak melebihi tiga hari.

Pun begitu, masih ramai yang keliru dengan kelayakan untuk melaksanaan solat jamak dan qasar lebih-lebih lagi jika menetap di sesuatu tempat lebih dari yang sepatutnya.

Lelaki Bangunkan Pilot Kalkulator Musafir, Bantu Orang Ramai Tentang Pelaksanaan Solat Jamak & Qasar

Terpanggil untuk memudahkan orang ramai yang bermusafir pada musim perayaan ini, seorang lelaki yang juga Guru al-Quran telah membangunkan projek rintis yang dipanggil sebagai Kalkulator Musafir.

Beliau yang dikenali sebagai Muhammad Nasrullah menjelaskan kalkulator itu memudahkan seseorang itu untuk menentukan sama ada perjalanan tersebut dibenarkan untuk solat Jamak dan Qasar atau sebaliknya.

“Musim balik kampung ni korang boleh cuba pilot projek Kalkulator Musafir ini.

“Boleh tahu sama ada perjalanan tersebut dibenarkan untuk Jamak & Qasar atau tidak,” tulis Nasrullah yang merupakan graduan Syariah dari Universiti Al-Azhar, Mesir di X.

Pengguna Hanya Tinggal Pilih & Beri Butiran

Menariknya, kalkulator itu memberi kemudahan kepada orang ramai sama ada mahu memilih mod kiraan mengikut:

  • Kiraan ringkas iaitu kiraan cepat berdasarkan hari perjalanan dan hari pertengahan
  • Kiraan berdasarkan jadual Fiqh iaitu kiraan siang atau malam dengan pertimbangan hari syarie selepas Maghrib

Pengguna hanya perlu memasukkan beberapa info sebelum laman berkenaan memaparkan timeline perjalanan iaitu hari seseorang itu dibolehkan untuk menunaikan solat Jamak dan Qasar.

Namun, untuk memastikan pengiraan yang tepat, pengguna perlu memberikan info yang betul seperti berikut;

  • jarak perjalanan (kilometer)
  • tujuan perjalanan
  • tarikh perjalanan (bertolak – pulang)
  • jantina

Menarikkan? Jika ada yang mahu mencuba, anda boleh layari sahaja laman Kalkulator Musafir menerusi pautan ini.

Ramai Puji & Mahu Cuba Kalkulator Musafir

Perkongsian itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial. Mengintai ke ruangan komen ramai yang memuji usahanya dalam memudahkan orang ramai untuk membuat semakan.

Malah, ada yang berasa teruja untuk menggunakan platform terbabit serta turut memberi maklum balas positif agar laman itu dapat ditambah baik.

Ini antara komen pengguna X:

“Mudahnya Ustaz. Terima Kasih Developer. Terima Kasih Ustaz”

“Wah Bagus Ni! Boleh Tambah Lagi Satu Tujuan Untuk Perjalanan Pelancongan”

“Wah Menarik!”

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Sengaja Cari Jalan Jauh Untuk Cukupkan Syarat Solat Qasar? Ini Penjelasan Dari Mufti

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hutang Belum Lunas, Umat Islam Tak Boleh Solat Jamak & Qasar. Ini Penjelasan Sebenar


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitterThreads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd