[Video] Gigih Cari Rezeki, Anak Muda Tak Malu Buat Review Produk Di Tempat Awam
Ada kalanya anak muda itu dilihat menekan telefon beberapa kali dipercayai butang rekod bagi mendapatkan rakaman terbaik.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pada ketika ini, ramai individu melakukan lebih dari satu kerja dalam satu masa untuk menjana pendapatan tambahan.
Kebiasaannya, pekerjaan part time yang sering menjadi pilihan ramai adalah perkhidmatan e-hailing.
Namun, ada juga yang menjana pendapatan ekstra hanya menerusi media sosial dengan membuat siaran langsung (live), dropship atau affiliate.
Dapat dilihat pelbagai cara kreatif yang digunakan dalam usaha untuk menarik pelanggan.
Wanita Kagum Anak Muda Rakam Video Buat Review
Semalam (12 Mac), tular di media sosial perkongsian seorang pengguna Threads tentang kegigihan pemuda dalam menjana pendapatan.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @adam_adira_ayden, wanita yang dikenali sebagai Atikah itu meluahkan rasa kagum dengan cara pemuda tersebut mencari rezeki.
Manakan tidak, pemuda berkenaan dilihat tidak malu ketika sedang membuat rakaman review dan menerangkan fungsi serta keistimewaan peralatan yang dipegang sambil bercakap di hadapan telefon bimbit berhampiran tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Johor Bahru.
Ada kalanya pemuda tersebut turut dilihat menekan telefon beberapa kali dipercayai butang rekod bagi mendapatkan rakaman terbaik.
Kongsi Atikah, dia pada ketika itu sedang menjemur baju di rumahnya yang berada pada tingkat dua dan kebetulan terdengar suara anak muda berkenaan.
“Tengah sidai baju dengar orang bercakap macam buat live. Ingat dalam rumah, rupanya dekat parking bawah.
“Banyak juga barang yang dia review. Aku puji anak muda macam ni. Dekat mana-mana pun boleh cari rezeki, yang penting usaha. Semoga jualan adik ni laris dan murah rezekinya,” kongsi Atikah.
View on Threads
Pemuda Dalam Video Tampil Memohon Maaf
Dalam pada itu, pemuda dalam video terbabit turut tampil memohon maaf di ruangan komen.
Jelas pemuda yang dikenali sebagai Amir, dia baru tersedar suaranya agak kuat sehingga boleh didengari oleh mereka yang berdekatan.
“Saya minta maaf ye kepada jiran-jiran yang duduk di rumah Iskandar, Johor Bahru ini jika suara saya menganggu penduduk.
“Bila saya tengok video ini baru perasan suara saya agak kuat,” tulisnya di ruangan komen.

Ramai Puji Semangat Pemuda Cari Duit Tambahan
Perkongsian yang telah mendapat lebih 264,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum serta memuji kegigihan pemuda itu dalam menjana pendapatan tambahan.
Apatah lagi dengan gayanya yang bersahaja dan tidak malu dalam membuat ulasan produk berkenaan walaupun di luar rumah.
Bukan itu sahaja, ada pengguna yang juga turut tinggal di kediaman tersebut menganggap suara pemuda itu menceriakan hari-hari mereka.
Pada masa yang sama, ada yang berpendapat video yang dirakam oleh pemuda tersebut lebih baik daripada video promosi yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Ini antara komen menarik pengguna Threads:
“Semoga Rezeki Adik Tu Melimpah Ruah. Bagus Dia Dimana-Mana Pun Boleh Ambil Peluang Untuk Bekerja, Hebatnya”

“Adik Ni Tak Kacau Periuk Nasi Orang. Kecekalan Dia Buat Affiliate Tu Nak Cari Rezeki, Kita Support Adik Ni”

“Kita Yang Tingkat 3 Selalu Dengar Suara Dia Dekat Bawah, Kadang Siap Jengah, Rajin Betul Abang Amir Buat Video Sebab Suara Dia Je Memeriahkan Suasana Pagi”

“Video Affiliate Ni Lagi Baik Daripada Video Ai. Kita Nak Beli Barang Tengok Video Barang Tu Macam Mana, Bukannya Ai Promote”

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rider Ini Titip Pesanan Kepada Pelajar Buat Part Time Agar Tak Putus Asa Cari Rezeki Halal
Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Nasihat Kewangan Buat Orang Muda Ini Penting Untuk ‘Survive’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.