Now Reading
Insiden Pelajar Maut Terkena Sabit: MSOSH Gesa Tindakan Tegas Terhadap Majikan

Insiden Pelajar Maut Terkena Sabit: MSOSH Gesa Tindakan Tegas Terhadap Majikan

Menurut Presiden MSOSH, Datuk Wira Ahmad Fakhrul Anuar Ismail, tragedi berkenaan menunjukkan bahawa kesedaran keselamatan dalam kalangan masyarakat masih belum berada pada tahap yang sepatutnya walaupun pelbagai kempen telah dilaksanakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, kecoh mengenai insiden melibatkan seorang pelajar Kolej Vokasional Pertanian Teluk Intan, Adham Faisal yang maut akibat cedera parah pada bahagian leher dipercayai terkena sabit berhulu panjang.

Dalam kejadian yang berlaku pada 9 Mac, mangsa yang berusia 17 tahun maut selepas motosikal yang dinaikinya berselisih dengan penunggang motosikal yang membawa senjata tajam itu di Kampung Selabak, Teluk Intan, Perak.

Manakala, rakan Adham yang juga pembonceng motosikal mengalami kecederaan pada tangan dan telah menerima rawatan lanjut di hospital.

Ekoran itu, polis telah menahan dua lelaki warga asing yang masing-masing berusia 39 dan 52 tahun bagi membantu siasatan.

MSOSH Gesa Majikan Turut Dikenakan Tindakan Tegas

Terbaharu, Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) menggesa pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap majikan yang terlibat dengan insiden berkenaan.

Menurut Presiden MSOSH, Datuk Wira Ahmad Fakhrul Anuar Ismail, insiden tersebut membuktikan majikan gagal melaksanakan operasi kerja selamat apabila peralatan kerja menjadi ancaman kepada keselamatan orang awam.

“Kecuaian seperti ini tidak boleh diterima. Jika terdapat unsur kecuaian dalam pengendalian operasi kerja, pihak berkuasa, khususnya Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), perlu bertindak tegas terhadap majikan dan pekerja,” katanya.

Ahli Keluarga Berhak Undang-Undang Tuntut Keadilan

Jelas beliau, ahli keluarga mangsa berhak mempertimbang tindakan undang-undang untuk menuntut keadilan sekiranya terbukti kecuaian membawa kepada kematian.

Tambah Ahmad Fakhrul lagi, tragedi ini juga menunjukkan bahawa kesedaran keselamatan dalam kalangan masyarakat masih belum berada pada tahap yang sepatutnya walaupun pelbagai kempen telah dilaksanakan.

Malah, ia bukanlah kejadian terpencil memandangkan sebelum ini telah banyak insiden berkaitan kecuaian keselamatan telah berlaku.

Kejadian Perlu Dijadikan Sebagai Peringatan

MSOSH turut menyifatkan tragedi yang melibatkan mangsa yang berusia 17 tahun itu tidak sepatutnya berlaku.

Jelasnya, ia mencerminkan sikap sambil lewa terhadap aspek keselamatan yang masih wujud dalam kalangan majikan.

Terang Ahmad Fakhrul lagi, kejadian ini perlu dijadikan peringatan oleh semua pihak dalam mengurus peralatan berbahaya yang dilihat boleh membawa akibat yang sangat tragis.

Bagi mengelakkan daripada tragedi serupa, MSOSH turut menasihatkan orang ramai agar mengambil langkah keselamatan sepatutnya sewaktu membawa peralatan tajam termasuk menggunakan sarung pelindung dan kaedah pengangkutan selamat.

“MSOSH merakamkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap insiden ini menjadi peringatan serius agar keselamatan sentiasa diutamakan,” jelasnya lagi.

ALAT KERJA JADI SENJATA MAUT: MSOSH GESA TINDAKAN TEGAS Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH)…

Posted by MSOSH on Monday 9 March 2026

Baca Artikel Berkaitan: Gara-gara RM4, Pelajar Lelaki Berusia 11 Tahun Maut Dihentak Di Kepala

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Dipercayai Kurang Siuman Rempuh 4 Pelajar UiTM Dungun, 3 Maut & 1 Cedera Parah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitterThreads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd