“Beli Pisang Goreng Ke?” – Kereta 4×4 Santai Park Kereta Tengah Jalan Ketika Trafik Sibuk Undang Kecaman
Pemandu truk pikap dipercayai jenis Isuzu D-max itu didakwa berhenti di tengah jalan kerana ingin membeli sesuatu dipercayai pisang goreng di gerai berdekatan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Apabila berada di jalan raya, pastinya pelbagai ragam pemandu dan penunggang motosikal yang dapat kita lihat bukan?
Tambah pula di zaman ini kebanyakan kenderaan sudah memasang ‘dashcam’, maka makin banyak lah sikap pemandu yang boleh dilihat di media sosial.
Tidak dinafikan, kebanyakan video-video yang dikongsikan memaparkan sikap pemandu yang mementingkan diri sehingga mendatangkan kesusahan kepada pengguna jalan raya yang lain.
Pemandu 4×4 tiba-tiba berhenti tengah jalan dan parkir
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan tindakan seorang pemandu pacuan empat roda (4×4) yang sesuka hati berhenti dan memarkir kenderaannya di tengah jalan raya.
Menerusi hantaran rakaman dashcam yang dimuat naik di akaun Threads @jmosho_, kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah kawasan jalan raya di Bangsar South, Kuala Lumpur.
Dalam video terbabit, jelas kelihatan pemandu lelaki berkenaan memberi isyarat kecemasan (double signal) sebelum berhenti sepenuhnya. Malah, dia juga seakan tidak mengendahkan hon yang diberikan oleh kenderaan di belakang kerana menghalang laluan.
Didakwa berhenti tengah jalan sebab nak beli pisang goreng
Pemandu truk pikap dipercayai jenis Isuzu D-max itu kemudiannya keluar daripada kenderaan dan berjalan santai ke arah sebuah food truck yang berada di tepi jalan.
Lelaki itu didakwa berhenti di tengah jalan kerana ingin membeli sesuatu di gerai berkenaan yang dipercayai pisang goreng.
“Jadi di Bangsar South, encik ini tiba-tiba buka ‘double signal’ dalam keadaan trafik (sesak) untuk beli pisang goreng,” tulis di kapsyen.
View on Threads
Netizen pakat kecam tindakan pemandu pickup pentingkan diri
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu terbabit sesuka hati berhenti di tengah-tengah jalan raya yang sesak.
Malah, mereka turut menyifatkan perbuatan lelaki berkenaan sebagai pentingkan diri dan tiada timbang rasa.
Tidak kurang juga yang meminta agar pihak berkuasa terutamanya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mengambil tindakan terhadap pemandu tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: “Apa Punya Perangai Ni?” – Pemandu Tiba-Tiba Campak Sampah Atas Kereta Wanita Buat Ramai Geram [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Dah Salah, Lagi Nak Baran” – Pemandu Myvi Berang Kena Hon Selepas Halang Laluan Dikecam [Video]



Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



