Now Reading
Julie’s Kembali Dengan Roadshow Tahun Baharu Cina 2026 Di Pavilion Bukit Jalil

Julie’s Kembali Dengan Roadshow Tahun Baharu Cina 2026 Di Pavilion Bukit Jalil

Para pengunjung berpeluang menebus sebuah FortuneTea Set, yang terdiri daripada sebuah teko dan empat cawan teh Fortune Teacup, diinspirasikan oleh limau mandarin yang melambangkan tuah dan keberkatan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Julie’s menjemput orang ramai untuk memeriahkan pameran bergerak Tahun Baharu Cina mereka, Unlock A Joyful New Year, yang akan berlangsung dari 14 hingga 18 Januari 2026.

Acara selama lima hari ini akan diadakan di Pavilion Bukit Jalil, Centre Court, dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari. Pameran bergerak bersempena Tahun Kuda ini menawarkan pengalaman perayaan yang meriah dengan pemandangan yang indah, aktiviti menarik serta hadiah eksklusif dengan pembelian, secara langsung menjadikannya suatu acara yang tidak boleh dilepaskan.

Berkongsi inspirasi di sebalik tema acara tahun ini, Pengarah Julie’s Biscuits, Tzy Horng Sai, berkata, “Di Julie’s, acara perayaan kami bukan sekadar sambutan biasa. Sebaliknya, ia merupakan cara bermakna untuk kami menjalinkan hubungan dengan komuniti. Berinspirasikan karya sastera klasik Cina ‘The Peach Blossom Spring’ yang mengisahkan sebuah oasis tersembunyi yang tenang, reka bentuk Unlock A Joyful New Year lahir daripada interpretasi kami sendiri terhadap kisah dan oasis tersebut. Acara ini direka sebagai sebuah ruang perayaan yang menjiwai nilai Julie’s, di mana kegembiraan,

kemesraan dan kebersamaan boleh dialami dalam sebuah persekitaran fizikal. Kami berbangga untuk sekali lagi membawakan pengalaman imersif berteraskan komuniti kepada orang ramai. Ajaklah keluarga serta rakan-rakan untuk bersantai, mencipta kenangan dan mengeratkan hubungan, sambil menghayati semangat kebersamaan yang dibawa oleh Love Letters Julie’s, yang telah lama dikongsi sebagai buah tangan perayaan dan dinikmati oleh pelbagai generasi.”

Direka sebagai sebuah oasis tersembunyi, pameran bergerak ini menghidupkan semula keindahan dan ketenangan sebuah perkampungan tradisional Cina di tebing sungai, dipenuhi dengan pokok Peach Blossomyang melambangkan keharmonian, kegembiraan dan permulaan baharu.

Ruang acara ini direka sebagai latar bergambar yang menarik, dipenuhi dengan elemen kemesraan, warna dan keceriaan, menyambung tradisi kejayaan acara Tahun Baharu Cina Julie’s pada tahun-tahun sebelumnya. Bagi melengkapkan pengalaman pengunjung, dua zon bergambar khas disediakan, iaitu Fortune-Welcoming Canal, di mana pengunjung boleh bergambar di atas sebuah perahu, serta Bridge of Harmonious Union, sebuah jambatan bergambar simbolik yang melambangkan penyatuan dan keharmonian sempena musim perayaan ini.

Seperti biasa, setiap pameran perayaan Julie’s turut menampilkan produk ikonik jenama, iaitu Love Letters, snek kegemaran ramai yang sinonim dengan setiap sambutan perayaan di Malaysia. Tahun ini, Julie’s membawa kembali Love Letters Mocha yang dinanti-nantikan, selepas mencatat sambutan yang menggalakkan tahun lalu. Perisa Love Letters Mocha menggabungkan rasa biji kopi panggang dengan coklat yang kaya dan bertekstur lembut, digandingkan dengan biskut wafer rangup istimewa Julie’s.

Sesebuah acara Julie’s tidak lengkap tanpa penawaran hadiah eksklusif dengan pembelian yang dihasilkan khas untuk musim perayaan ini.

Para pengunjung berpeluang menebus sebuah FortuneTea Set,yang terdiri daripada sebuah teko dan empat cawan teh Fortune Teacup, diinspirasikan oleh limau mandarin yang melambangkan tuah dan keberkatan.

Fortune Tea Set ini boleh ditebus dengan perbelanjaan minimum RM188, manakala satu Fortune Teacup dalam bentuk kotak misteri boleh ditebus dengan setiap perbelanjaan RM38. Selain itu, pengunjung juga boleh menebus sebuah Huat-Huat Porter Bag dengan perbelanjaan RM50, terhad kepada 200 penebusan terawal setiap hari, manakala pembelian mana-mana empat tab Love Letters melayakkan pengunjung untuk menebus satu MiniCeramicCasserole. Semua hadiah boleh ditebus secara berganda apabila syarat pembelian dipenuhi, dan setiap pembelian turut disertakan dengan satu set Julie’s Angpao, selagi stok masih ada.

Selain membeli-belah, para pengunjung juga boleh menikmati produk Julie’s secara percuma di gerai sampel tersedia yang akan menampilkan kesemua perisa Love Letters dan Wafer Cubes Julie’s dalam perisa Coklat Hazelnut dan Mentega Kacang.

Kesemua snek ini boleh didapati dalam bungkusan yang praktikal, termasuk pembungkusan tab untuk Love Letters dan beg zip mudah alih bagi Wafer Cubes, menjadikannya sesuai untuk dihadiahkan sebagai buah tangan, dikongsi dengan tetamu atau dinikmati ketika dalam perjalanan sepanjang musim perayaan ini.

Bagi pengunjung yang mengharapkan tahun baharu yang bertuah, boleh mengunjungi perigi Wellspring of Auspicious Wishes dan melontar syiling ke dalam perigi serta membuat hajat untuk tahun baharu. Keluarga yang hadir bersama kanak-kanak pula boleh menyertai aktiviti mewarna di ProsperityCourtyard, sementara ibu bapa dan ahli keluarga lain berehat dan menikmati suasana perayaan yang damai dan santai, sambil mencipta detik-detik kegembiraan dan kebersamaan.

Sertai dan ambillah peluang ini untuk memulakan persiapan perayaan, menikmati pelbagai tawaran istimewa dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan- rakan. Rangkaian Love Letters Julie’s boleh didapati dalam perisa klasik iaitu Coklat, Strawberi dan Vanila. Kesemua perisa klasik serta Love Letters Mocha tersedia untuk pembelian dalam talian di kedai rasmi Julie’s di Shopee dan Lazada.

Bagi pembelian dalam kedai, lawati kedai serbaneka atau pasar raya besar berdekatan anda. Untuk mengetahui perkembangan terkini tentang acara, aktiviti dan promosi Julie’s, lawati laman web atau ikuti Julie’s di Facebook dan di Instagram.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd