Lotus’s Jadikan Persiapan Tahun Baharu Cina Lebih Mudah & Lebih Berbaloi, Semuanya Ekstra Ongsem!
Menambah kemeriahan perayaan, Lotus’s akan menganjurkan siri jelajah dan kolaborasi di seluruh negara.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Melangkah penuh bertenaga ke Tahun Kuda Api, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Lotus’s Malaysia) memperkenalkan kempen perayaan Tahun Baharu Cina 2026 bertemakan “Semuanya Ekstra Ongsem; 真好价,更HO SEH”, sekali gus mengukuhkan komitmennya untuk menjadikan sambutan perayaan lebih mampu milik, mudah dan bebas tekanan untuk rakyat Malaysia.
Berteraskan idea “Ekstra”, nilai ekstra, keprihatinan ekstra dan pemikiran ekstra, kempen ini melangkaui tawaran diskaun semata-mata dengan menyampaikan pengalaman membeli-belah perayaan yang secara keseluruhan. Ia merangkumi barangan runcit asas, keperluan makan besar keluarga (reunion dinner), ganjaran, aktiviti serta pengalaman dalam stor yang secara imersif.
“Kempen Tahun Baharu Cina tahun ini berteraskan nilai praktikal,” kata Lee May Li, Pengarah Komersial Lotus’s Malaysia.
“Selain tawaran hebat, kami memberikan perhatian tambahan dalam menyusun rangkaian produk yang relevan, ganjaran bermakna serta aktiviti menarik yang benar-benar menyokong cara rakyat Malaysia menyambut perayaan.”

Beliau menambah, “Kami memahami bahawa pengguna mahukan nilai tanpa menjejaskan kualiti. Oleh itu, kami menumpukan kepada rangkaian perayaan yang seimbang, menggabungkan kualiti, harga, kemampuan dan keperluan harian supaya dapat membantu pelanggan menjimatkan masa dan menikmati musim perayaan dengan lebih tenang.”
Keperluan Perayaan dengan Harga dan Nilai Istimewa
Dari 1 Januari hingga 25 Februari, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 50 peratus untuk lebih 1,500 keperluan perayaan merangkumi barangan runcit, hasil segar, kecantikan dan kesihatan, kelengkapan rumah, fesyen serta peralatan elektrik.

Sorotan utama termasuk:
- Eksklusif di Lotus’s: Barangan perayaan istimewa yang hanya tersedia di Lotus’s, termasuk Beras Jasmine Sun White Golden Lotus, Beras Royal Umbrella, serta minuman Alienergy dan Chi Forest bersaiz khas 300ml.
- Kegemaran Makan Besar: Tawaran “Beli 1 Percuma 1” dan “Hadiah dengan Pembelian” untuk hasil segar premium seperti Udang XXL, Abalon, Timun Laut serta Bay Scallops yang diperkenalkan buat pertama kali.
- Tawaran Barangan Jenama Lotus’s: Promosi pakej berkembar untuk barangan asas popular termasuk pasta, makanan dalam tin, barangan sejuk beku dan detergen isi rumah.
- Penyediaan Hadiah Dipermudahkan: Hamper Tahun Baharu Cina daripada jenama dipercayai seperti Eu Yan Sang, Bio Green dan Hai-O bermula dari RM98, serta kotak hadiah buah premium termasuk Epal Fuji, Harumi dan Mandarin Red Beauty.
- Istimewa Rumah & Gaya Hidup: Diskaun sehingga 50 peratus untuk barangan terpilih kesihatan dan kecantikan, peralatan memasak, peralatan dapur, kelengkapan rumah dan keperluan pembersihan.
- Fesyen Perayaan: Diskaun pakaian Tahun Baharu Cina sehingga 50 peratus, dengan T-shirt keluarga bermula dari RM15.95 dan pakaian tradisional dari RM49.90.
Pengalaman Imersif CNY World
Pelanggan juga boleh menikmati suasana perayaan di CNY World yang tersedia di 31 cawangan Lotus’s terpilih di seluruh negara. Ruang pengalaman khas ini menampilkan aktiviti interaktif, sesi merasa produk, demonstrasi memasak secara langsung dan permainan anjuran rakan-rakan jenama, menjadikan pengalaman membeli-belah harian lebih meriah.
Apabila pelanggan menyertai pertandingan yang terpilih, mereka berpeluang memenangi hadiah daripada jumlah keseluruhan RM700,000, termasuk:
- BMW 2 Series Gran Coupé (Penaja: Coca-Cola)
- Proton e.MAS 7 Premium SUV (Penaja: Etika – 7UP)
- JAECOO J7 SUV (Penaja: Procter & Gamble)
- Peralatan Dapur Thermomix (Penaja: Nestlé)
Ganjaran RM888,888 untuk Ahli My Lotus’s
Ahli My Lotus’s turut dapat menikmati ganjaran eksklusif sepanjang kempen ini. Dengan perbelanjaan minimum RM128 bagi setiap resit dan penghantaran melalui Aplikasi Lotus’s Malaysia, mereka layak memenangi wang tunai dan baucar berjumlah RM888,888.
- Ganjaran Mingguan: Sepuluh pemenang setiap minggu akan menerima RM1,680 seorang
- Hadiah Utama: Tiga pemenang bakal menerima wang tunai dan baucar bernilai RM16,800 setiap seorang
Jerayawara dan Penglibatan Komuniti
Menambah kemeriahan perayaan, Lotus’s akan menganjurkan siri jelajah dan kolaborasi di seluruh negara:
- Penampilan DJ MY FM di cawangan Lotus’s terpilih dengan permainan dan aktiviti interaktif (tertakluk kepada perbelanjaan minimum).
- Jerayawara My Lotus’s di 15 lokasi, di mana pelanggan boleh menebus barangan percuma dengan perbelanjaan minimum RM228, termasuk peluang penyertaan khas untuk ahli baharu.
- Kolaborasi Eksklusif KYO di enam cawangan terpilih, menawarkan peluang memenangi hadiah seperti iPhone 17 Pro Max, jongkong emas, peralatan rambut Dyson dan ganjaran tunai dengan perbelanjaan minimum RM188 semasa jerayawara.
Menyokong Pembelian Borong dan Perniagaan
Pengusaha HoReCa serta organisasi yang memerlukan pembelian borong atau hadiah perayaan berskala besar boleh mendapatkan bantuan khusus di semua cawangan Lotus’s.
Kaunter Perniagaan HoReCa (Khidmat Peniaga) disediakan di lokasi terpilih termasuk Puchong, Shah Alam, Jitra, Sungai Dua dan Desa Tebrau. Pelanggan di seluruh negara juga boleh mendapatkan bantuan melalui mana-mana Kaunter Khidmat Pelanggan Lotus’s.
Kempen ini dilancarkan secara rasmi menerusi acara media imersif yang menampilkan rakan jenama Lotus’s termasuk Maggi, Mondelez dan rakan kongsi minuman rasmi Coca-Cola. Para wakil media telah menyertai aktiviti perayaan secara langsung seperti membuat ladu dan acara menggaul Yee Sang, sekali gus mempamerkan cara Lotus’s memudahkan penganjuran sambutan yang makmur dan mampu milik melalui konsep beli-belah sehenti.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti di bawah kempen Semuanya Ekstra Ongsem Lotus’s Malaysia, layari laman web, Facebook dan IG.