Penulis Didakwa Kaki Ciplak Menang 2 Anugerah Buku Negara Cetus Persoalan Ramai
Difahamkan, Mohammad Qayyum yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Casamas Resources Sdn Bhd itu merangkul dua anugerah bagi dua buah buku iaitu Sumud Flotila dan Cikgu E.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hari ini (4 Disember), tular di media sosial luahan seorang Peguam Harta Intelek dikenali sebagai Iman Danial Hakim yang mempersoal bagaimana seorang penulis buku didakwa ‘kaki ciplak’ boleh memenangi dua anugerah dalam Anugerah Buku Negara di sebuah acara buku berprestij pada 3 Disember.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Threads miliknya, dia mendakwa penulis yang dikenali sebagai Mejar (B) Mohammad Qayyum A Badarudin itu menulis dengan menggunakan bantuan Google Translate dan mengambil hasil penulisan individu lain tanpa meminta izin.
Susulan itu, dia meminta agar pihak berkaitan termasuk rakan penganjur Anugerah Buku Negara tampil memberi respon berhubung perkara terbabit.
Kongsi sebahagian sijil, penulis didakwa kaki ciplak rangkul 2 anugerah untuk 2 buah buku
Iman Danial yang juga penulis buku itu turut berkongsi sebahagian gambar sijil dipercayai sijil anugerah yang memaparkan tandatangan beberapa pakar berpangkat Profesor, Datuk, Tan Sri termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
View on Threads
Difahamkan, Mohammad Qayyum yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Casamas Resources Sdn Bhd itu merangkul dua anugerah bagi dua buah buku iaitu Sumud Flotila dan Cikgu E.
Ada bukti buku yang ditulis diambil dari pihak lain
Menurutnya, ini bukanlah penganugerahan pertama yang diraih oleh Mohammad Qayyum berkenaan, dakwanya pada tahun 2019 lalu, individu sama juga pernah memenangi anugerah.
“Apa masalah buku-buku penulis ini? Lima tahun lepas saya dan rakan-rakan dapat kumpul banyak bukti dari mana dia cilok dan cedok. Modus Operandi dia adalah cari artikel bahasa Inggeris, kemudian ‘copy paste’ ke dalam Google Translate dan ubah ke Bahasa Melayu, kemudian buat buku.
Dakwa Iman Danial, bukan hanya satu atau dua buku, sebaliknya banyak buku-buku penulis berkenaan didapati diambil daripada hasil karya pihak lain tanpa memberi sebarang kredit kepada pemilik asal.
Ok dah jumpa dari mana dia cedok.
— Iman 🇵🇸 🇲🇾 (@ImanDanialHakim) November 14, 2020
Thread:
Dia kemudiannya berkongsi beberapa ‘posting’ di media sosial pada lima tahun lalu yang menjumpai bukti bahawa penulis buku berkenaan mengambil karya orang lain.
Pemuda Hari Ini pg 146-148
— hurun 👁️🍉👁️ (@hurun_heh) November 14, 2020
Okay, for these he messed up the flow. He was ranting abt how youth these days are too ignorant and selfish. After 2 paragraph, he suddenly mentioned Imam Hassan Al-Banna. Maybe he wants to give some examples on how the Imam spend his youth. pic.twitter.com/ZFCLXjGkSI
Buku dengan tulisan tak teratur seakan guna Google Translate boleh menang anugerah?
Malah, sebelum ini juga pernah kecoh mengenai salah sebuah buku terbitan Casamas Resouces yang dikatakan mempunyai susunan ayat yang tunggang-langgang dan caca-marba.
Namun, buku terbabit dikatakan memenangi Anugerah Buku Negara pada tahun 2019.
Aku nak rant pasal buku ni.
— Kasma Diey 🌸 (@dieyanayuni) November 13, 2020
Penerbit profilik menang Anugerah Buku katanya. Setiap mukasurat baca rasa nak carut. pic.twitter.com/91L53GKFo8
Penerbit buku nafi dakwaan ciplak
Bagaimanapun, Mohammad Qayyum menepis dakwaan itu walaupun mengakui ‘tidak memberi kredit’ dan menggunakan ayat tidak teratur.
Memetik laporan MalaysiaKini pada 18 November 2020, penulis terbabit juga tidak merasakan karyanya sebagai satu isu plagiat.
Dia bagaimanapun berkata telah pun menarik balik buku tersebut dan menawarkan pemulangan wang susulan penggunaan ayat yang tunggang-langgang.
Penulis, Mejar Qayyum tarik balik penjualan buku Cikgu E
Terbaharu, Muhammad Qayyum ketika dihubungi berkata, dia sudahpun menarik balik penjualan buku Cikgu E.
Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut berhubung dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia telah menciplak hasil karya individu lain.
“Tak berminat nak teruskan (buku Cikgu E).
“Terus berjuang memandaikan (mendidik) rakyat. Lihat dengan mata burung bukan mata tempurung,” katanya kepada TRP.
Difahamkan dia ketika ini sedang menghasilkan buku yang didedikasikan kepada pejuang kanser.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



