Now Reading
[Video] Pengorbanan Seorang Bapa! Sanggup Naik Bas Dari Kampung Bantu Pasang Aircond Di Rumah Sewa Anak

[Video] Pengorbanan Seorang Bapa! Sanggup Naik Bas Dari Kampung Bantu Pasang Aircond Di Rumah Sewa Anak

Menerusi perkongsian itu, bapa gadis berkenaan dilihat menyusun komponen penyaman udara, memegang wayar serta menggerudi dinding bagi kerja pemasangan tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tanyalah kepada individu yang bergelar ibu bapa, bagi mereka, anak merupakan segalanya.

Oleh kerana itu, tidak hairanlah ada yang sanggup berkorban masa dan wang ringgit asalkan kemahuan serta keperluan anak dapat dipenuhi.

Malah, ada yang dilihat tetap menjalankan tanggungjawab walaupun anak sudah boleh berdikari sendiri.

Bapa Naik Bas Pergi Rumah Sewa Anak, Bantu Pasang Pendingin Hawa

Baru-baru ini, tular di media sosial pengorbanan seorang bapa terhadap anak perempuannya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh pengguna di TikTok @tirahazmannn, dia yang dikenali sebagai Tirah berkongsikan kegigihan bapanya yang sanggup menaiki bas dari kampung semata-mata mahu memasang sendiri pendingin hawa di rumah sewa baharunya.

“Aboh (bapa) sanggup naik bas semata-mata tolong anak perempuannya pasang penyaman udara (aircond) di rumah sewa baharu, walaupun dia dah bersara dari buat semua ini,” tulis Tirah.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat bapa Tirah melakukan sendiri kerja-kerja pemasangan aircond baik di dalam mahupun di luar rumah (compressor) sewa gadis tersebut yang kebiasaannya dilakukan lebih seorang pekerja.

Ada ketika bapanya dilihat menyusun komponen pendingin hawa, memegang wayar serta menggerudi dinding bagi kerja pemasangan tersebut.

Malah di akhir perkongsian itu, bapanya dilihat kembali pulang ke kampung menaiki bas ekspres.

Walau bagaimanapun, pengguna berkenaan tidak menyatakan destinasi sebenar bapanya itu.

Tersentuh Dengan Pengorbanan Bapa, Titip Doa Buat Orang Tua

Kongsi gadis itu lagi, dia kagum dengan pengorbanan dan menganggap bapanya sebagai seorang hero dek kerana apa yang telah dilakukan sejak dia kecil lagi.

Malah, Tirah mendakwa dia pernah bergaduh teruk dengan seseorang hanya kerana individu terbabit memandang rendah bapanya itu.

“Matang ialah bila kita sedar, hanya bapalah lelaki yang akan sayang kita lebih dari segalanya, yang akan berkorban untuk kita.

“Abah yang tak pandai berkata-kata tetapi berkorban untuk anak dia, yang diam-diam menua. Dia mengajar saya erti pengorbanan.

“Ya Allah, kurniakan syurga buat abahku, Che Azman Mustafa aka uncle Tony dan Ummiku, Rosidah Mamat dan berikanlah kebahagian serta kesihatan sepanjang hidup mereka,” tulis Tirah di ruangan kapyen.

https://www.tiktok.com/@tirahazmannn/video/7578062612592676104

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Tersentuh Lihat Pengorbanan & Tanggungjawab Bapa

Perkongsian yang telah mendapat lebih 248,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tersentuh melihat pengorbanan ayah gadis berkenaan dalam membahagiakan anaknya itu.

Majoriti mereka berpendapat, seorang bapa sememangnya akan melakukan segalanya demi anak tercinta.

Sama seperti Tirah, ramai yang turut mendoakan kebahagiaan dan kebaikan buat bapanya itu.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Semoga Ayah-Ayah Yang Baik Macam Ni Terus Masuk Ke Syurga Tanpa Perlu Dihisab”

“Dapat Merasa Kasih Sayang Ayah Itu Adalah Rezeki Yang Tak Boleh Disia-Siakan”

“Kalau Bab Abah Ni, Laju Air Mata Mengalir. Sayangnya Abah Pada Anak Perempuannya”

“Terima Kasih Post Video Ini Bagi Kita Sedar Bahawa Kasihnya Seorang Ayah Amat Berharga”

Baca Artikel Berkaitan: “Terima Kasih Bapak”- Anak Bangga Ada Ayah Sanggup Berniaga Jual Beg Untuk Masuk Universiti

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kasih Bapa Sanggup Henti Merokok Untuk Derma Buah Pinggang Kepada Anak Undang Sebak

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Sebak Lihat Bapa Bermaskot Katak Dukung Anak Kecil Sambil Hiburkan Orang Ramai


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitterThreads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd