Muat Naik Video Promosi Singapura, Ada Yang Persoal Sofyank Kenapa Tak Promosi Malaysia?
Antara tempat yang disenaraikan oleh Soyank dalam video tersebut adalah Lapangan Antarabangsa Changi, Fort Canning Park, Galeri Nasional dan banyak lagi.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Nama Sofyank di negara ini sudah tidak asing lagi, malah sebut sahaja nama influencer ini ramai yang sudah terbayangkan video-video suntingan visual dengan grafik yang begitu hebat.
Malah Sofyank yang mempunyai kepakaran dalam Digital Visual Effect (VFX) telah berkolaborasi dengan ramai nama besar seperti Chris Hemsworth, Sam Hargrave, Anthony Ramos, Paul Rudd, Ryan Reynolds termasuklah idolanya Zack King serta ramai lagi.
Kepakarannya dalam VFX sering memukau orang ramai dan ia secara tidak langsung banyak membuka peluang orang ramai untuk terus bekerjasama dengan Sofyank yang juga anak kelahiran dari Kelantan ini.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Khairul Aming & Sofyank Buat Kolaborasi Bersama Kongsi Perkara Yang Berlaku Di Palestin [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Gempak Edit A+” – Wajah Khairul Aming ‘Dikoyak’ Dalam Video Baru Sofyank Buat Ramai Terhibur [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya Dengan ‘Bantuan’ Sofyank, Ustaz Adnin Berjaya Buat Backflip [Video]
Sofyank raih perhatian promosi tempat menarik di Singapura
Baru-baru ini, Sofyank sekali lagi menarik perhatian ramai apabila memuat naik video di media sosial memaparkan tempat-tempat menarik di negara jiran iaitu Singapura.
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Sofyank menyenaraikan antara tempat menarik sekiranya melawat atau melancong ke Singapura.
Antara tempat yang disenaraikan seperti Jewel di Lapangan Antarabangsa Changi, Fort Canning Park, Galeri nasional, kafe, Marina Bay dan banyak lagi.
Malah setiap tempat yang dikunjungi turut mempunyai keunikan dan kecantikan tersendiri. Video yang dimuat naik itu turut disunting dengan cantik sehingga memukau orang ramai di media sosial.
“Perkara paling menarik apabila melancong adalah mencari tempat yang membuatkan anda berasa tenang, berhubung (connected) dan damat. Memang suka trip ke Singapura kali ini sebab dapat kunjungi tempat yang ramai belum tahu dan cuba makanan halal yang sedap.
“Semua (tempat) dengan MRT dan jalan kaki! Ingat semua simpan semua lokasi ini,” katanya.
Hari tu sempat pergi Singapore jap buat video travel, harap korang enjoy dengan video ni 📷#VisitSingapore #PassionMadePossible pic.twitter.com/1NSq9iwC12
— sofyank96 (@sofyank96) November 29, 2025
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Hanya 4 Minit Bersama, Video Collab Sofyank Dengan Chris Hemsworth & Sam Hargrave Raih Pujian [Video]
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Bapak powerlah Sufian” – Video John Cena Cakap Melayu Dengan Sofyank Buat Ramai Teruja
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau Usaha Kita Pasti Boleh” – Sofyank Kongsi Video 10 Tahun Lalu, Buktikan Latihan Berterusan & Usaha Tangga Kejayaan
Ada persoal kenapa tak promosi Malaysia
Pun begitu video yang dimuat naik itu mengundang persoalan segelintir pengguna media sosial yang tertanya mengapa Sofyank tidak mempromosikan Malaysia meskipun tidak diambil untuk mempromosikan negara sendiri?
Sofyank kemudian menjawab persoalan itu dengan mengatakan sudah tentu dia mahu mempromosikan Malaysia.
“Semestinya! InsyaAllah ada rezeki dan peluang untuk team kami shoot nanti, kami akan hasilkannya,” kata Sofyank dalam satu komen balas di X.

Ada yang faham dan dakwa ia mungkin kolaborasi bersama Sofyank
Walau bagaimanapun, ramai yang memahami mengapa Sofyank memuat naik video mempromosikan negara jiran itu. Malah ada segelintir mendakwa ia mungkin kolaborasi Sofyank bersama Singapura dan pasti ianya berbayar memandangkan influencer itu mempunyai syarikat VFX yang menawarkan servis suntingan.
Tidak kurang ada yang meminta pihak berkenaan untuk membuka mata untuk mengambil Sofyank dalam mempromosikan Malaysia.
Ada juga yang kagum dengan video yang dihasilkan oleh Sofyank kerana ia kelihatan begitu cantik dan membuatkan tempat dilawati begitu menarik.
“Lawa gila kolaborasi ni. Tahniah, bangga mengaku orang Kelantan”

“B*d*h je yang tanya kenapa tak promosi negara sendiri. Dia bukan buat amal jariah, dia buat servis”

“Kolaborasi yang menarik”

“Wow! Tourism Singapura pun sokong anak Malaysia!”

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



