Now Reading
[Video] Pengantin Lelaki Sebak, Rakan Dari Sabah Sanggup Hadir Beri Kejutan Di Hari Bahagia

[Video] Pengantin Lelaki Sebak, Rakan Dari Sabah Sanggup Hadir Beri Kejutan Di Hari Bahagia

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads, pengguna yang merupakan rakan pengantin lelaki berkongsikan momen indah tersebut sewaktu menghadiri kenduri kahwin rakannya di Shah Alam, Selangor.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila ada perjalanan yang melibatkan perkhidmatan udara seperti kapal terbang, pasti ramai yang lebih senang membeli tiket pada awal waktu.

Manakan tidak, harga yang diperolehi jauh lebih murah berbanding membuat pembelian pada saat akhir.

Namun bagi sesetengah individu, itu bukanlah alasan atau halangan asalkan dapat bertemu dengan insan tersayang walaupun terpaksa membayar dengan harga yang agak tinggi.

Dapat Jemputan Kurang Dua Minggu Sebelum Majlis, Rakan Bincang Last Minute Hadir Kenduri Kahwin

Itulah yang dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang berasal dari Sabah apabila memberi kejutan kepada salah seorang rakan mereka di hari bahagia.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Threads @mohdafiqkandi_, pengguna yang merupakan rakan pengantin lelaki berkongsikan momen indah tersebut sewaktu menghadiri kenduri kahwin rakannya di Shah Alam, Selangor.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat pengantin lelaki berkenaan terkejut dan terharu serta mengelap air mata apabila menyedari kehadiran rakannya itu.

Bukan hanya pengantin lelaki sahaja malah masing-masing turut sedih dengan pertemuan itu.

Kongsi Afiq, mereka membuat keputusan untuk menghadiri majlis kahwin dan memberi kejutan kepada pengantin lelaki yang dikenali sebagai Jackson Joseph.

Menariknya, Afiq dan rakannya hanya mengambil masa selama sehari untuk membuat keputusan itu walaupun jemputan yang diterima kurang dua minggu sebelum majlis berlangsung.

“Kawan-kawan dari Sabah semua mahu hadir dan bagi kejutan. Bincang sehari, esok book flight ticket, cari homestay dan apply cuti.

“Memang biasa kalau plan lama-lama benda tak akan jadi, kena on the spot dan last minute, insya-Allah plan akan jadi,” kongsinya.

Ada Rakan Yang Tak Dapat Datang, Titip Ucapan Tahniah Buat Rakan

Jelas Afiq lagi, dia gembira dengan pertemuan tersebut apatah lagi hampir sedekad mereka tidak berjumpa dek kerana situasi masing-masing yang sudah mempunyai kehidupan sendiri.

“Tapi macam biasa, tetap ada beberapa halangan yang tak dapat elak macam kawan-kawan yang tak dapat hadir, bukan sebab tak sayang kawan tapi lebih kepada ‘personal matter’ dan itu kita faham.

“Cuma kali ini aku personally happy sebab selepas 10 tahun susah mahu luang masa dan berkumpul macam ini.

“Kita faham sekarang masing-masing sudah ada kehidupan sendiri, ada keluarga anak isteri suami jadi bukan senang untuk berjumpa dan berkumpul dengan kawan-kawan masa sekolah dulu,” tulisnya lagi.

Pada masa yang sama, Afiq turut menitipkan ucapan tahniah buat rakannya atas mahligai yang dibina.

“Buat Jackson Joseph yang diraihkan, selamat pengantin baru. Moga semakin sayang setiap hari dan semoga tahap kesabaran ditingkatkan bila melayan karenah isteri.

“Last tengok dia menangis 10 tahun lalu masa lawatan sambil belajar masa pra-universiti dulu, ini kali kedua tengok dia menangis,” kongsinya lagi.

View on Threads

Ramai Terharu Lihat Semangat Persahabatan

Perkongsian yang telah mendapat lebih 79,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terharu melihat semangat setiakawan di antara pengantin lelaki dan rakan-rakannya yang lain.

Mereka berpendapat, susah untuk berjumpa dengan rakan sebegitu apatah lagi yang sanggup berkorban wang ringgit serta masa demi meraikan hari bahagia.

Tidak kurang juga ada yang menitipkan ucapan tahniah buat pengantin lelaki berkenaan.

Ini antara komen menarik pengguna Threads:

“Kalau Nak Nangis, Tolongla Nangis Sorang, Kenapa Dah Saya Pun Ikut Nangis Sekali”

“Aku Bukan Kawan Korang Tapi Kenapa Aku Ikut Nangis Sekali? Terharu Tengok Persahabatan Korang”

“Untungnya Kawan-Kawan Nak Datang, Aku Kahwin Dekat Sarawak, Kawan-Kawan Perak Suruh Kahwin Dekat Perak”

Baca Artikel Berkaitan: “Sanggup Kumpul Duit” – Lelaki Sebak Rakan Hadiahkan Barang Keperluan Ketika Pindah Rumah Baru

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gurauan Jadi Kenyataan, Rakan Hadiahkan Mesin Basuh Untuk Pengantin Buat Ramai Terhibur


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd