Now Reading
[Video] Insiden Pangsapuri Terbakar Di Hong Kong: Angka Korban Cecah 44 Orang

[Video] Insiden Pangsapuri Terbakar Di Hong Kong: Angka Korban Cecah 44 Orang

Pihak berkuasa mendedahkan angka korban insiden kebakaran di kompleks kediaman Wang Fuk Court, Tai Po, Hong Kong kini telah mencecah 44 orang manakala 279 lagi dilaporkan hilang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (26 November), kecoh di media sosial video kebakaran kompleks kediaman, Wang Fuk Court yang terletak di Tai Po, Hong Kong.

Menerusi hantaran yang tular, kelihatan api marak memusnahkan kompleks bangunan yang berketinggian 32 tingkat itu.

Menurut Sinar Harian yang memetik Agensi Berita Jerman (dpa), kebakaran yang berlaku pada Rabu (26 November) kira-kira jam 2.51 petang waktu tempatan melibatkan tujuh blok pangsapuri dengan setiap satu blok mempunyai hampir 2,000 kediaman.

Malah, lebih 760 anggota bomba dan 400 anggota polis telah dikerahkan ke tempat kejadian manakala dianggarkan 900 orang telah diberikan perlindungan di pusat penempatan kecemasan.

Angka Korban Kebakaran Meningkat 44 Orang, 279 Masih Hilang

Lapor laman BBC, pihak berkuasa mendedahkan angka korban kini telah mencecah sehingga 44 orang termasuk seorang anggota bomba dengan 279 lagi dilaporkan hilang.

Manakala, 66 mangsa masih lagi mendapatkan rawatan dan bertarung nyawa di hospital susulan kejadian tersebut.

Pihak Berkuasa Percaya Ada Unsur Kecuaian, 3 Pekerja Syarikat Penyelenggaraan Ditahan

Menurut pihak polis, hasil pemeriksaan awal mendapati kerja penyelenggaraan yang melibatkan pemasangan plastik serta buih penebat tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran yang ditetapkan.

Malah, tingkap di salah sebuah bangunan kondominium tersebut turut tutup sepenuhnya sehingga menyukarkan kerja menyelamat.

“Kami percaya terdapat unsur kecuaian serius oleh pihak yang bertanggungjawab sehingga menyebabkan api merebak secara tidak terkawal dan membawa kepada jumlah korban besar,” ujar pihak berkuasa.

Memetik laman Al Jazeera, kejadian berlaku dengan terlalu pantas apabila kebakaran yang bermula pada bahagian perancah buluh di sekeliling bangunan merebak ke jaring hijau yang menutupi struktur bangunan tersebut.

Angin & Serpihan Api Mungkin Punca Api Merebak Ke Bangunan Lain Dengan Cepat

Malah, menurut Timbalan Pengarah Pengarah Operasi Perkhidmatan Bomba, Derek Armstrong, kebakaran mungkin merebak dari satu bangunan ke bangunan lain disebabkan angin dan peralihan serpihan namun pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung punca kejadian.

Ekoran itu, tiga orang lelaki yang terdiri daripada dua pengarah serta konsultan kejuruteraan yang dianggarkan berusia sekitar 52 hingga 68 tahun dari syarikat pembinaan terlibat dalam kerja-kerja penyelenggaraan telah ditahan pihak berkuasa.

Penahanan mereka dibuat susulan syak wasangka atas kesalahan yang menyebabkan kematian tanpa niat (manslaughter) kira-kira jam 2 pagi pada Khamis (27 November).

Pihak Berkuasa Klasifikasikan Kebakaran Pada Tahap 5

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa melaporkan kebakaran berada dalam keadaan terkawal selepas 18 jam bertarung memadamkan api.

Namun, insiden itu diklasifikasikan sebagai kebakaran tahap lima iaitu yang paling serius di Hong Kong.

Pada masa yang sama, Presiden China, Xi Jinping, turut menyampaikan ucapan takziah kepada mangsa yang terlibat.

Baca Artikel Berkaitan: 48 Buah Rumah & 8 Kedai Terbakar Di Karak, Bentong Malam Tadi

Baca Artikel Berkaitan: 6 Rumah Terbakar Di Kampung Baru, Penduduk Dengar Bunyi Letupan 3 Kali Sebelum Kejadian


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitterThreads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd