Tengah Syok Makan Tiba-Tiba Tercekik Tulang Ikan? Ini Cara Mudah & Selamat Untuk Anda!
Antara langkah yang boleh dilakukan jika anda tercekik tulang ikan adalah berkumur dengan air garam.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Pernah tak bila tengah seronok menjamah makanan, tiba-tiba korang tercekik tulang ikan?
Mesti panikkan? Apatah lagi, rasa sakit pada tekak pastinya mengundang rasa tidak selesa sampai kadangkala tak tahu nak buat apa.
Jangan risau, korang boleh cuba bahan dan ambil langkah selamat ini jika tercekik tulang ikan yang halus atau bersaiz kecil.
#1 Nasi Yang Dah Dikepalkan
Bahan ini merupakan petua turun temurun yang sering digunapakai oleh kebanyakan orang bila tercekik tulang ikan yang halus atau kecil.
Memetik laman Hello Doktor, individu hanya perlu mengepal nasi sehingga ia membentuk bola bersaiz sederhana mengikut kesesuaian mulut masing-masing.
Pastikan korang mengepalkannya kerana bentuk sebegini boleh membantu ‘menarik’ tulang yang tersekat.
#2 Marshmallow Atau Buah Pisang
Mungkin kedengaran agak aneh tetapi marshmallow sebenarnya boleh membantu untuk mengeluarkan tulang daripada tekak.
Caranya mudah sahaja! Korang hanya perlu mengunyah marshmallow itu sekadar untuk melembutkannya kemudian telan dalam satu tegukan yang besar.
Bahan melekit dan bergula yang ada pada manisan ini boleh mencengkam tulang dan membawanya ke dalam perut tanpa kecederaan.

Samalah juga sekiranya korang cuba menggunakan buah pisang untuk menghilangkan tulang yang tersekat pada tekak.
Potong pisang pada saiz sederhana dan tahan dalam mulut bagi tempoh sekurang-kurangnya seminit.
Cara ini membolehkan pisang menyerap air liur sebelum korang menelannya dalam satu tegukan yang besar.
#3 Kumur Dengan Air Garam Suam
Langkah ini sememangnya amat berguna jika tulang ikan tersekat pada bahagian atas tekak.
Tindakan berkumur membantu untuk mengecut serta mengendurkan otot esofagus sekaligus membolehkan tulang terkeluar dengan sendiri.
Manakala, air garam suam pula dapat membantu meredakan kerengsaan atau keradangan yang berlaku.
Cara nak buat? Korang hanya perlu mencampurkan satu sudu teh garam bersama secawan air suam dan kacau sehingga larut sepenuhnya sebelum berkumur selama 30 saat.
#4 Rendam Roti Dalam Air Atau Sapukan Mentega Kacang
Rendam roti dalam air juga merupakan antara tips yang boleh digunakan untuk mengeluarkan tulang yang tersekat.
Rendam roti kosong selama seminit. Ambil sepotong besar dan telan keseluruhannya. Cara ini meletakkan berat pada tulang dan membantu menolaknya ke bawah.
Tak suka roti dengan air? Korang boleh sahaja menyapu mentega kacang pada roti.
Menurut seorang doktor perubatan yang dikenali sebagai Dr Fradzi di Facebook, kesan melekit pada mentega kacang boleh menarik tulang yang tersekat. Jangan lupa minum air kosong selepas cuba cara mudah ini.

#5 Batuk Dengan Kuat
Kadang-kadang, cara simple seperti batuk dengan kuat boleh menolak tulang untuk keluar sendiri daripada tekak.
Memetik laman Hello Doktor, batuk merupakan mekanisme pertahanan pertama badan yang boleh melindungi dari kelainan pada tekak dan saluran pernafasan.
Batuk boleh menghasilkan kuasa udara yang kuat bagi mengeluarkan benda asing pada saluran pernafasan seperti tulang ikan.

Jadi lepas ni korang jangan panik kalau tercekik tulang ikan. Cuba langkah mudah di atas, mana tahu, menjadi.
Tetapi jika tidak berhasil, segera dapatkan rawatan dari doktor.
Baca Artikel Berkaitan: Ada Orang Tercekik Waktu Makan? Ini 5 Langkah Untuk Bantu Mereka
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Di Terengganu Maut Tercekik Sup Tulang Yang Dijamah Buat Pertama Kali
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.