Now Reading
[Video] Sampai Susah Nak Lalu! Ramai Terkejut Tengok Rumah Dipenuhi Sampah & Barang

[Video] Sampai Susah Nak Lalu! Ramai Terkejut Tengok Rumah Dipenuhi Sampah & Barang

Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat rumah berkenaan dalam keadaan yang tidak terurus apabila dipenuhi timbunan sampah dan barang-barang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebersihan merupakan antara aspek penting yang perlu diamalkan oleh setiap individu dalam menjalani kehidupan seharian.

Namun ada segelintir yang dilihat mengabaikan aspek ini walaupun pelbagai kempen atau peringatan telah dilakukan.

Sikap sebegini sebenarnya boleh memberi kesan kepada keadaan sekeliling khususnya buat mereka yang hidup berjiran.

Rumah Dipenuhi Sampah Dari Pagar Sehingga Ke Dalam Rumah, Sukar Untuk Sesiapa Lalu

Baru-baru ini, tular di media sosial tindakan sekumpulan individu ‘menyerbu’ sebuah rumah teres yang terletak di Taiping, Perak.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @pokemon220322, dapat dilihat rumah berkenaan dalam keadaan yang tidak terurus.

Manakan tidak, dari luar pagar sudah kelihatan sampah dan barang terkumpul di kediaman tersebut.

Malah, ruang dalam rumah juga turut dipenuhi sampah sehingga sukar untuk sesiapa melaluinya.

“Aiyo dalam rumah pun ini macam (penuh sampah). Dalam rumah pun lagi teruk, macam mana tidur ni?” kata salah seorang daripada individu terbabit.

Bukan hanya sekadar kawasan hadapan dan dalam rumah, lorong belakang kediaman itupun turut dipenuhi dengan timbunan sampah dan barang sehingga ia dilihat menutup laluan tersebut.

Jelas pemilik video yang dikenali sebagai Sham kepada TRP, kediaman itu diduduki oleh sebuah keluarga kecil yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan tiga orang kanak-kanak.

Namun bagaimanapun ketika kejadian, difahamkan penghuni rumah tiada pada ketika itu.

Tonton video penuh [DI SINI]

Kakitangan Majlis Perbandaran Taiping Datang Clearkan Rumah

Menerusi hantaran berasingan, kelihatan beberapa kakitangan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang terdiri daripada Majlis Perbandaran Taiping sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan rumah berkenaan.

Dapat dilihat sebuah lori dan jengkaut turut digunakan sewaktu kerja pembersihan tersebut.

Pada akhir video itu, separuh daripada barang dan sampah berjaya dibuang dan kediaman itu akhirnya nampak seperti sebuah rumah.

Kongsi pemilik video itu lagi, penduduk setempat telahpun menegur penghuni rumah berkenaan namun tiada perubahan yang dibuat.

Dek kerana itu, penduduk setempat telahpun menularkan isu tersebut sehingga pihak berkaitan seperti ketua kampung dan wakil penduduk membawa isu ini kepada ahli Majlis Perbandaran Taiping.

Difahamkan, jiran-jiran terpaksa berhadapan dengan situasi sebegitu sejak dua tahun lalu.

@pokemon220322

Alhamdulillah, Part 2 asiapp, Terima kasih pihak Majlis Perbandaran Taiping, Ketua Pemuda-Asraf, Kkm Taiping, Ketua Kampung Encik Razak, Jai(penguatkuasa) Moga Allah membalas jasa Tuan Tuan. Terima kasih pada Viewer komen n repost, Viral yg membantu kami #sampah #sampahmasyarakat #Jirandarineraka

♬ original sound – Padu Padu Mantap – Padu Padu Mantap

Tonton video penuh [DI SINI]

Pengguna Media Sosial Terkejut Lihat Keadaan Rumah Penuh Sampah

Perkongsian yang telah mendapat lebih 277,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai terkejut melihat keadaan rumah yang dipenuhi dengan timbunan sampah dan barang dari pagar sehingga ke kawasan belakang kediaman.

Malah ada yang tertanya-tanya bagaimana penghuni rumah berkenaan boleh hidup dan tinggal dalam keadaan sedemikian.

Namun ada juga yang berpendapat kemungkinan penghuni rumah itu menghidap hoarding disorder iaitu satu penyakit mental yang dikategorikan dalam ‘Diagnostic Manual and Statistical Manual of Mental Disorder’ (DSM-5).

Ia merupakan satu keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran untuk membuang atau berpisah dengan barangan peribadi kerana merasai keperluan untuk menyimpan barangan tersebut.

Pada masa yang sama, ada juga pengguna lega melihat keadaan rumah berkenaan selepas dibersihkan oleh pihak berkaitan.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Ular Pun Tak Berani Masuk, Takut Sesat”

“Ada Masalah Hoarding Disorder Ni”

“Isyh Penuh Depan ke Belakang, Ular Masuk Pun Boleh Sesat, Macam Mana Diorang Boleh Duduk?”

“Kenapa Banyak Sangat Barang Dia?”

“Terbaik La, Kerjasama Yang Padu, Keselamatan & Kesihatan Terpelihara”

“Terkedu Saya Tengok, Apa Benda Yang Nak Dijual, Nampak Semua Sampah Je? Saya Tengok Benda Ni Rasa Nak Pergi Tolong Buang Sama”

Baca Artikel Berkaitan: “Disyaki Anak Penagih Dadah” – Staf AADK Temui Budak Lelaki Tidur Sebelah Timbunan Sampah

Baca Artikel Berkaitan: “Penyewaku Dari Lubang Neraka” – Lelaki Stres Lihat Rumah Ditinggalkan Kotor Dengan Sampah Menimbun


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitterThreads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd