[Video] “Ubah Ikut Kemampuan” – Tular Individu Renovate Rumah Burung Jadi Kediaman Sendiri
Difahamkan, pengubahsuaian rumah burung itu dilakukan mengikut kemampuan dan perabot di dalamnya akan diisi secara berperingkat.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap orang pasti mempunyai impian untuk memiliki rumah idaman sebagai tempat berteduh dan membina kehidupan bersama keluarga.
Ada yang mengimpikan untuk memiliki rumah moden yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan ada pula yang hanya mahukan sebuah rumah sederhana namun selesa.
Pun begitu, ada sesetengah individu yang gemar menampilkan kelainan dengan mengubahsuai rumah mengikut citarasa atau bajet sendiri.
Tular individu beli rumah burung, renovate jadikan rumah sendiri
Bagaimanapun, siapa sangka ada individu yang membeli rumah burung dan mengubahsuainya menjadi sebuah kediaman untuk diduduki.
Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @aacahh96, kelihatan pada awalnya rumah burung yang berdekatan kawasan ladang kepala sawit itu berada dalam keadaan tidak terurus.
Namun, pemilik video yang merupakan seorang wanita bersama suaminya telah membeli rumah berkenaan untuk diduduki mereka.
“Beli rumah burung untuk jadikan rumah. Mungkin ini rumah burung pertama yang dijadikan rumah untuk diduduki,” tulis di dalam video.
Kerja renovasi sedang dijalankan, dari rumah burung jadi rumah banglo
Kongsi wanita itu, pengubahsuaian yang dilakukan adalah mengikut kemampuan dan rumah terbabit akan diisi dengan perabot secara berperingkat.
Dia turut berkongsi beberapa rakaman yang menunjukkan saat-saat kerja pengubahsuaian dilakukan oleh para kontraktor.



Rumah burung yang diubahsuai itu bakal dilengkapi dengan ruang tempat letak kenderaan, ruang tamu, bilik tidur dan tandas layaknya seperti rumah biasa.
Siapa sangka, bangunan yang dahulunya dipenuhi bunyi burung berkicauan kini bakal meriah dengan suara manusia yang menghuninya.
@aacahh96 Ubah ikut kemampuan.. Slow2 kita isi rumah kita nanti. #rumah #rumahlama #rumahminimalis #rumahidaman #rumahimpian ♬ bunyi asal – Hamba Allah 🤍
Netizen beri pelbagai reaksi, tak sabar lihat rumah setelah siap
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi selepas melihat video terbabit.
Kebanyakan orang mahu wanita itu terus berkongsi mengenai perkembangan rumah terbabit kerana tidak sabar untuk melihat keadaan setelah siap sepenuhnya nanti.
Pun begitu, rama juga yang berseloroh dengan mempersoal adakah burung-burung yang pernah mendiami bangunan itu mendapat pampasan kerana harus berpindah ke tempat lain pula.




Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



