Now Reading
Israel Diserang Wabak Maut, 8 Bayi Meninggal Dunia & Jangkiti 5,000 Individu

Israel Diserang Wabak Maut, 8 Bayi Meninggal Dunia & Jangkiti 5,000 Individu

Penularan wabak itu memberi tekanan dan beban yang besar kepada sistem kesihatan Israel di mana 468 pesakit memerlukan rawatan dengan 93% daripadanya merupakan kanak-kanak.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Israel kini berdepan dengan wabak campak yang telahpun meragut lapan nyawa bayi walaupun pihak berkuasa mereka sedang mengekang penularan virus itu.

Menurut Harian Metro yang memetik Media Ibrani, virus yang sangat mudah berjangkit itu kini dilaporkan merebak ke sembilan kawasan penempatan di seluruh Israel.

Menurut laporan pada Ahad (26 Oktober) lalu, seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dua tahun meninggal dunia selepas 10 hari dirawat akibat komplikasi jangkitan di Pusat Perubatan Universiti Hadassah, Ein Kerem.

Kematian itu merupakan yang kelapan sejak wabak tersebut bermula pada April lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) Israel, kesemua lapan kanak-kanak yang maut itu tidak menerima vaksin dan kebanyakannya berumur dua tahun setengah ke bawah.

Penularan semasa wabak itu pada awalnya tertumpu kepada kawasan yang mempunyai liputan vaksin rendah seperti Jerusalem, Beit Shemesh dan Bnei Brak. Namun kini, ia dilaporkan merebak dengan ketara.

5,000 Orang Mungkin Dah Dijangkiti Virus Campak

Data rasmi menunjukkan lebih 1,700 pesakit telah disahkan dijangkiti virus campak ini.

Walau bagaimanapun, model statistik menganggarkan seramai 5,000 individu mungkin telah dijangkiti.

“Kami tahu penyakit ini masih banyak yang tidak didiagnosis dan terdapat beberapa ribu lagi pesakit yang dijangkiti,” jelas Ketua Epidemiologi Israel, Sharon Alroy-Preis.

Penularan wabak itu memberi tekanan dan beban yang besar kepada sistem kesihatan Israel di mana 468 pesakit memerlukan rawatan dengan 93% daripadanya merupakan kanak-kanak.

Baca Artikel Berkaitan: Hamas Setuju Gencatan Senjata Di Gaza, Gesa Trump Pastikan Israel Ikut Perjanjian

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wartawan Romania Meniarap Dakwa Israel Diserang Roket, Tapi Rakyat Santai Berbasikal


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitterThreads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd