Anggota Polis Disiasat Selepas Tular Video Dirakam Merokok Dalam Restoran
Anggota polis tular yang dirakam merokok di sebuah restoran yang terletak di Taman Tasik Indah, Kluang, Johor sedang disiasat selepas video terbabit tular di media sosial.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Bermula 1 Januari 2019, kedai makan atau restoran merupakan antara kawasan yang dilarang untuk merokok.
Namun entah mengapa, ada segelintir individu yang dilihat selamba melakukan perbuatan itu walaupun telah terdapat papan tanda larangan berbuat sedemikian.
Lebih mencuri tumpuan apabila ada segelintir si pelaku merupakan orang berpengaruh atau berkuasa.
Anggota Polis Tular Merokok Di Restoran
Baru-baru ini, tular di media sosial video dua orang anggota polis sedang duduk minum di sebuah restoran.
Menerusi hantaran yang tular, dapat dilihat salah seorang anggota tersebut yang masih lengkap berpakaian uniform menghembuskan asap dipercayai asap rokok di premis terbabit.
Perkongsian itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial apatah lagi si pelaku merupakan anggota beruniform dan melakukan perkara itu di kedai makan yang dikunjungi oleh orang ramai.
View on Threads
PDRM Jalankan Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Dalam Video Tular
Terbaharu, anggota polis tular yang dirakam merokok di sebuah restoran yang terletak di Taman Tasik Indah, Kluang, Johor sedang disiasat selepas video terbabit tular di media sosial.
Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, hasil semakan mendapati individu yang terdapat dalam video berkenaan merupakan anggota yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang.
“IPD Kluang akan menjalankan siasatan tatatertib ke atas anggota terbabit termasuk dari aspek penyeliaan.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang mencemarkan imej pasukan,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
28 Tempat Dilarang Merokok Berkuatkuasa 1 Januari 2025
Untuk info, bukan hanya sekadar restoran atau kedai makan yang dilarang merokok, namun terdapat 27 tempat lagi yang turut tersenarai bermula 1 Januari 2025.
Berdasarkan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852), 28 tempat itu adalah:
- Pusat hiburan atau teater kecuali kasino
- Kawasan hospital atau klinik
- Lif atau tandas awam
- Tempat makan
- Kedai berhawa dingin
- Bangunan dobi
- Bangunan hentian pengangkutan awam
- Kawasan lapangan kapal terbang
- Kawasan premis kerajaan
- Bangunan Parlimen Malaysia
- Kawasan institusi pendidikan atau pendidikan tinggi
- Kawasan taman asuhan kanak-kanak
- Kaunter perkhidmatan awam
- Kompleks membeli-belah
- Kawasan stesen minyak
- Bangunan stadium, pusat kecergasan atau gymnasium
- Kompleks sukan
- Bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
- Kawasan perpustakaan
- Kafe internet
- Kawasan tempat latihan khidmat negara
- Bangunan tempat kerja
- Kawasan rehat dan rawat (kecuali tempat parkir terbuka)
- Kawsan taman awam kecuali tempat letak kereta awam terbuka
- Di dalam bas sekolah
- Di dalam kenderaan awam
- Menara cerapan, tapak perkhemahan, titian kanopi dan lima meter dari laluan masuk atau keluar titian kanopi taman negara atau taman negeri
- Mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan sama ada ditempat awam atau dalam bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian.
Individu yang didapati bersalah merokok atau menggunakan produk merokok di kawasan larangan akan dikenakan denda maksimum sebanyak RM5,000.
🚭 Berikut adalah 28 tempat yang dilarang di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta…
Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Monday 7 October 2024
Baca Artikel Berkaitan: KKM Bakal Siasat Dakwaan Individu Merokok Dalam Restoran Di Putrajaya
Baca Artikel Berkaitan: Dr Zulkefly Dedah Lebih 100,000 Notis Ingkar Larangan Merokok Di Kedai Makan Dikeluarkan Berjumlah RM11.45 Juta
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.