Now Reading
[Video] Pinn Yang Sumbang RM30,000 Kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia Atas Dasar Kemanusiaan

[Video] Pinn Yang Sumbang RM30,000 Kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia Atas Dasar Kemanusiaan

Lebih mencuri tumpuan, ini sebenarnya merupakan kali ketiga Pinn Yang membuat sumbangan kepada Cinta Gaza Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Selain Khairul Aming, pencipta kandungan dan usahawan, Pinn Yang merupakan antara pempengaruh yang sering menjadi perhatian pengguna media sosial.

Manakan tidak, setiap kandungan dimuat naik oleh Pinn Yang sering mendapat perhatian dek kerana keikhlasannya membantu dan menggembirakan orang ramai.

Nilai bantuan yang diberi pula bukanlah sedikit. Kebanyakannya melibatkan barang yang mempunyai nilai yang besar.

Pinn Yang Zahir Penghormatan Kepada Sukarelawan Malaysia Global Sumud Flotilla

Sekali lagi, Pinn Yang atau nama sebenarnya Nicholas Lim menjadi bualan ramai apabila menyalurkan sumbangan berjumlah RM30,000 kepada Persatuan Cinta Gaza (CGM) Malaysia.

Jelas Pinn Yang dalam satu video di Instagram miliknya, sumbangan itu dibuat atas dasar kemanusiaan dan tanda solidariti terhadap perjuangan untuk rakyat Palestin.

Menerusi perkongsian tersebut, Pinn Yang turut menzahirkan penghormatannya kepada sukarelawan tanah air yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

“Anda telah menunjukkan kepada dunia erti keberanian sebenar, berdiri demi kemanusiaan, keamanan dan keadilan.

“Kami semua di tanah air bangga dengan anda. Sebab itu hari ini saya buat video, saya mahu mainkan peranan saya juga,” katanya.

Pinn Yang Sumbang RM30,000 Ke Persatuan Cinta Gaza

Kongsi Pinn Yang yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Good Foodie Media, dia telah menyumbang sebanyak RM30,000 kepada Cinta Gaza Malaysia (CGM) atas dasar kemanusiaan.

Lebih mencuri tumpuan, ini sebenarnya merupakan kali ketiga beliau membuat sumbangan kepada CGM.

“Atas nama kemanusiaan, atas nama Malaysia dan juga semua pengikut Pinn Yang, pengikut yang pernah support live (siaran langsung) Pinn Yang, pengikut-pengikut foodie, pelanggan foodie, company Pinn Yang, hari ini Pinn Yang menyumbangkan RM30,000 kepada Sumud Nusantara daripada (menerusi) CGM.

“Ini bukan kali pertama Pinn Yang menyumbangkan duit kepada beliau, ini adalah kali ketiga,” jelasnya.

Sumbangan Tanda Kasih & Kepercayaan Rakyat Malaysia Terhadap Kemanusiaan

Terang Pinn Yang lagi, sumbangan itu juga adalah tanda kasih dan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap erti kemanusiaan.

“Setiap kali saya buat (sumbangan), saya rasa satu perkara. Bukan tentang jumlah, tetapi makna dia.

“Sumbangan ini adalah tanda kasih bahawa rakyat Malaysia masih peduli, masih ada hati dan percaya kemanusiaan.

“Sumud bermaksud keteguhan jiwa dan ini juga semangat orang Malaysia, kita mungkin kecil tetapi hati kita besar.

“Kita semua boleh bantu, kalau bukan dari segi wang dari doa, perkongsian dan kesedaran, sebab bila orang ramai bergerak, ia jadi gelombang yang sangat besar,” katanya.

Malah, Pinn Yang turut berkongsi tangkap layar resit sumbangan sebanyak RM30,000 yang dibuat kepada badan bukan kerajaan (NGO) itu.

Ramai Puji Pinn Yang Beri Sumbangan Buat Rakyat Palestin

Perkongsian yang telah mendapat lebih 102,000 tontonan dan turut dikongsikan di TikTok nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji kebaikan Pinn Yang dalam menghulurkan sumbangan buat rakyat Palestin tanpa mengira perbezaan agama dan latar belakang.

Bukan itu sahaja, ada yang turut menyeru orang ramai untuk terus membuat sumbangan dengan cara tersendiri bagi membantu rakyat Palestin.

Ramai Pempengaruh Turut Buat Sumbangan Kepada CGM

Untuk info, selain Pinn Yang, terdapat ramai lagi influencer yang turut memberi sumbangan kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia.

Antaranya adalah usahawan, Faiz Soul yang menyumbang sebanyak RM25,000, pengasas Anas Kosmetik, Anas Zahrin dan pengasas Cubremi, Afzalizah Azizan masing-masing sebanyak RM50,000.

View on Threads

Ini antara komen pengguna media sosial:

“Harapnya Lebih Ramai Orang Malaysia Yang Akan Menyumbang, Ini Bukan Tentang Bangsa & Agama Tetapi Tentang Kemanusiaan”

“Terima Kasih Pinn Yang”

“Hebatnya Anak Muda Yang Berjiwa Besar Macam Pinn Yang”

“Bangga Ada Orang Malaysia Non Muslim Yang Support”

“Pinn Yang Adalah Manusia Berhati Perut. Perbezaan Bangsa dan Agama Tidak Diperlukan Untuk Isu Ini, Yang Perlu Cuma Kita Untuk Menjadi Manusia”

Baca Artikel Berkaitan: “Bila Buat Konten, Itu Happiness Saya” – Pinn Yang Dedah Kenapa Selalu Kongsi Rezeki Dengan Orang Ramai

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Khairul Aming & Pinn Yang Terbang Ke China Untuk Timba Ilmu Bisnes, Bakal Kongsi Dengan Peniaga SME


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitterThreads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd