Now Reading
[Video] BUDI95: Tanpa App & Tak Perlu Ke Kaunter, Ini Cara Imbas MyKad Di Terminal Pam Minyak

[Video] BUDI95: Tanpa App & Tak Perlu Ke Kaunter, Ini Cara Imbas MyKad Di Terminal Pam Minyak

Menerusi program BUDI95, semua rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter dengan had penggunaan sebanyak 300 liter sebulan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Isnin lalu (22 September), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tentang pelaksanaan subsidi bersasar petrol RON95 atau BUDI MADANI RON95 (BUDI95) yang akan bermula pada 30 September ini.

Menurusi inisiatif itu, semua rakyat Malaysia yang mempunyai lesen memandu aktif layak membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter dengan had penggunaan sebanyak 300 liter sebulan.

Bagaimanapun, penggunaan Mykad diperlukan untuk pengesahan terlebih dahulu sebelum membuat pembelian minyak melalui:

  • Kaunter
  • Terminal pam minyak
  • Digital e-dompet TNG
  • Aplikasi syarikat minyak terpilih

Baca Artikel Berkaitan: Perlu MyKad & Lesen Memandu Aktif Untuk Nikmati RON95 RM1.99 Seliter Mulai 30 September

Tak perlu beratur dan guna apps, ini cara-cara imbas MyKad melalui terminal pam

Tak dinafikan, ada yang mungkin kurang gemar membuat pembelian minyak melalui kaunter atau aplikasi kerana lebih selesa berurusan secara terus di terminal pam minyak sahaja. Pendek kata, tak perlu masuk ke dalam.

Susulan itu, mari kami kongsikan kepada korang cara-cara mengimbas MyKad di terminal pam bagi memanfaatkan BUDI95 yang diberikan oleh kerajaan.

#1 Shell

Menerusi satu hantaran di akaun Instagram Pakcik Shell, Shairan Huzani menunjukkan cara membuat pembelian minyak RON95 dengan hanya menggunakan mesim pembayaran di terminal pam sahaja.

Begini cara-caranya:

  1. Setelah berada di terminal pam, pilih jumlah isian yang diinginkan atau tetapkan sendiri dengan menekan ‘number keypad’ di mesin pembayaran.
  2. Kemudian, ‘wave’ atau masukkan kad kredit atau debit untuk melakukan pembayaran.
  3. Selepas itu masukkan pula MyKad untuk pengesahan dan isi petrol seperti biasa.

#2 Petron

Bukan hanya Shell, Petron juga turut berkongsi cara-cara mengimbas MyKad melalui terminal sahaja tanpa perlu pergi ke kaunter atau melalui aplikasi.

Menurut syarikat itu, para pengguna boleh menikmati BUDI95 melalui terminal pam minyak dengan hanya tiga langkah mudah sahaja.

Berikut langkah-langkahnya:

  1. Langkah 1: Masukkan MyKad untuk semak kelayakan di terminal, maklumat BUDi95 akan dipaparkan pada skrin.
  2. Langkah 2: Pilih sama ada ingin menetapkan jumlah isian melalui liter atau RM dan kemudian buat pembayaran dengan menggunakan kad kredit atau debit.
  3. Langkah 3: Isi tangki kenderaan seperti biasa.
  4. Korang juga boleh mengambil resit untuk menyemak baki BUDI95 korang.

#3 Petronas

Haa korang yang selalu isi di Petronas pun tak perlu risau, boleh sahaja nikmati BUDI95 secara terus melalui terminal pam sahaja sekiranya tdak mempunyai aplikasi Setel.

Akaun Instagram @petronasbrands ada berkongsi video mengenai cara-cara untuk penggunannya mendapatkan pembelian RON95 berharga RM1.99.

Ini cara-caranya:

  1. Tekan ‘Preset Jumlah’ pada skrin yang ada di terminal pam.
  2. Kemudian pilih jumlah atau masukkan amaun di keypad dan buat pembayaran.
  3. Seterusnya masukkan pula MyKad untuk sahkan kelayakan BUDI95.
  4. Jika layak, tekan ‘Teruskan dengan pembelian’.
  5. Jangan lupa masukkan nombor telefon untuk kumpul mata ganjaran Mesra Rewards.

Bukan hanya Shell, Petron dan Petronas tau, para pengguna Caltex dan BHPetrol pun boleh menikmati  BUDI95 di terminal pam minyak sahaja dengan cara mengimbas MyKad untuk menyemak kelayakan secara terus di sana.

Di bawah pula, adalah video oleh BHPetrol:

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk korang semua.

Baca Artikel Berkaitan: Lesen Memandu Tamat Melebihi Tiga Tahun Tak Layak Nikmati Budi95 – Anthony Loke

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Jaminan Harga Minyak RON95 Kekal RM1.99 Sepanjang Masa – Menteri Kewangan II

Baca Artikel Berkaitan: BUDI95: Lelaki Dakwa Had 300 Liter Tak Cukup, Sekali Balik Kampung Dah Habis Buat Ramai Bingung


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd