Now Reading
[Video] Apa Jadi Jika Tertekan Push Start Button Semasa Memandu Kereta Perodua? Ini Yang Korang Patut Tahu

[Video] Apa Jadi Jika Tertekan Push Start Button Semasa Memandu Kereta Perodua? Ini Yang Korang Patut Tahu

Bagi pengguna Perodua Myvi, Alza, Axia dan Ativa, situasi tertekan push start button mungkin boleh terjadi kepada anda kerana butang berkenaan berada di sebelah kiri pemandu yang boleh dicapai penumpang.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebanyakan kereta zaman sekarang dilengkapi dengan sistem teknologi tanpa kunci (keyless entry) bagi memudahkan pemandu memasuki kereta dan menghidupkan enjin dengan ciri ‘push start button’.

Berbanding dahulu, pemilik kereta harus menekan tombol pada kunci untuk membuka kenderaan dan memasukkan kunci dalam slot bagi menghidupkan enjin, namun kini semuanya di hujung jari sahaja.

Tidak dinafikan, sistem push start button amatlah memudahkan, namun apa yang akan terjadi sekiranya butang terbabit tertekan semasa sedang memandu?

SA Perodua tampil tunjuk apa terjadi jika butang push start tertekan semasa memandu

Susulan itu, seorang lelaki yang juga penasihat jualan Perodua dikenali sebagai Faiz telah tampil menjelaskan apa yang terjadi jika pengguna jenama kenderaan tempatan itu berhadapan dengan situasi berkenaan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, dia yang sedang memandu sebuah Myvi Facelift model Advance menunjukkan apa yang akan berlaku sekiranya pemandu atau penumpang tertekan butang berkenaan.

Menurutnya, situasi tertekan push start button boleh terjadi kepada pemilik kereta Myvi, Alza, Axia dan Ativa kerana butang terbabit berada di sebelah kiri pemandu yang boleh dicapai penumpang hadapan.

Enjin tak akan mati, melainkan push start button ditekan tiga kali secara laju

Dalam video terbabit, kelihatan enjin Myvi berkenaan tidak mati meskipun Faiz menekan butang push start berkali-kali semasa sedang memandu.

Bagaimanapun, jelasnya, enjin kenderaan akan mati sekiranya butang tersebut ditekan secara laju sebanyak tiga kali.

Menurutnya lagi, ciri terbabit adalah untuk membantu penumpang mematikan enjin kereta sekiranya berlaku sebarang masalah terhadap pemandu seperti terkena serangan sawan dan sebagainya.

Enjin mati tapi kereta masih boleh dikawal

Dalam keadaan enjin mati, kereta akan bergerak perlahan dan masih lagi boleh dikawal dengan menggunakan stereng dan pedal brek berfungsi sepenuhnya.

Sekiranya enjin telah mati, kereta dapat dihidupkan semula setelah ia berhenti sepenuhnya dan gear telah diletakkan pada bahagian ‘P’ (Parking). Hidupkan seperti biasa, pijak pedal brek dan tekan butang push start.

@izz_perodua.jb Push start button tertekan masa drive , engine mati ? #perodua #peroduajohorbahru #fypageシ ♬ original sound – faiz.peroduajb

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd