Now Reading
Wanita Kongsi Cara Sekat Iklan ‘Kurang Sesuai’ Untuk Pengguna Islam Di Facebook

Wanita Kongsi Cara Sekat Iklan ‘Kurang Sesuai’ Untuk Pengguna Islam Di Facebook

Pengguna Facebook beragama Islam yang mencari rezeki menerusi platform itu perlulah tahu cara-cara untuk menyekat sesetengah iklan kurang sesuai daripada muncul di video mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Boleh dikatakan hampir setiap orang mempunyai akaun media sosial. Ada yang menggunakannya bagi mencari rezeki dan ada pula yang sekadar suka-suka untuk mencari hiburan atau informasi mengenai isu-isu semasa.

Tidak kisahlah untuk apa pun ia digunakan, korang pasti pernah terlihat beberapa iklan yang muncul semasa sedang melayarinya bukan? Malah ada sesetengah iklan itu dilihat kurang sesuai buat tontonan umat Islam serta kanak-kanak.

Bagi pengguna biasa boleh sahaja skip, namun bagi mereka yang beragama Islam dan mencari rezeki dengan memuat naik hantaran pula bagaimana? Apa yang perlu dilakukan sekiranya iklan terbabit muncul di dalam video mereka?

Wanita kongsi cara block sesetengah iklan kurang sesuai buat pengguna beragama Islam

Susulan itu, seorang usahawan dan influencer wanita, Wanie Md Noor telah berkongsi cara untuk menyekat (block) sesetengah iklan yang kurang sesuai untuk pengguna beragama Islam di Facebook.

“Non-Muslim okay sahaja, tapi untuk umat Islam ada sesetengah iklan itu kita kena tapis supaya tak muncul di video-video kita.

“Boleh lah guna cara ini. Saya dah sekat enam jenis iklan. Jom sama-sama kita buat untuk mencari rezek yang lebh berkat,” katanya.

Mahu rezeki lebih berkat? Buat langkah-langkah ini

Tidak dinafikan, umat Islam diwajibkan untuk mencari rezeki daripada sumber-sumber yang halal serta tidak berkaitan dengan apa yang dilarang oleh Allah SWT seperti arak, judi serta perkara yang berkaitan dengan kemaksiatan.

Susulan itu, ini cara-cara untuk korang menyekat iklan-iklan sedemikian:

  1. Pergi ke bahagian profile di aplikasi Facebook dan klik ‘Professional Dashboard’.
  2. Kemudian klik pada pilihan ‘Content Monetization’.
  3. Setelah itu klik pula logo ‘settings’ yang ada pada bahagian Content Monetization.
  4. Selepas masuk ke bahagian settings, klik ‘Block Lists’.
  5. Seterusnya klik ‘Categories’ dan pilihlan iklan-iklan yang ingin disekat.
  6. Setelah korang pilih tekan ‘Save’ dan selesai.

Mudah sahaja bukan? Dan tak perlu pun mengambil masa yang lama untuk dilakukan.

Kalau korang nak lagi mudah faham, boleh lihat gambar-gambar yang dikongsikan oleh Wanie dalam hantarannya di bawah ini. Semoga bermanfaat.

P/S: Yang ‘Cuisine’ tu jangan terikut pula kerana wanita ini tersilap kerana menyangkakan ia adalah casino. Nanti hilang pula video-video kedai makanan viral. 😂


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd