Now Reading
Ini Langkah-langkah Penting Yang Perlu Diambil Tahu Jika Berlaku Gempa Bumi

Ini Langkah-langkah Penting Yang Perlu Diambil Tahu Jika Berlaku Gempa Bumi

MetMalaysia telah menggariskan beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko bahaya semasa gegaran berlaku.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hujung minggu lalu, negara dikejutkan dengan dua kejadian gempa bumi lemah yang berlaku di beberapa kawasan di Johor.

Gegaran pertama dipercayai berlaku sekitar jam 6.13 pagi dengan magnitud 4.1 di Segamat, manakala bencana kedua pula di Yong Peng dengan 2.8 pada pukul 9 pagi.

Insiden itu semakin menimbulkan kebimbangan ramai selepas Segamat terus merekodkan gegaran dan bencana terbaru pada jam 4.24 pagi tadi (29 Ogos), menjadikan ia gempa bumi kali ke-5 yang berlaku di sana.

Apa nak buat ketika gempa bumi?

Susulan itu, Laman web rasmi Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah berkongsi tindakan dan yang harus dilakukan ketika gempa bumi berlaku.

Di dalam Dasar Keselamatan Negara 2021-2025, salah satu nilai teras yang diberi penekanan ialah Keselamatan Rakyat termasuk aspek pengurusan bencana.

Antara ancaman bencana yang boleh berlaku ialah gempa bumi dan pihak Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah menggariskan beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko bahaya semasa gegaran berlaku.

Jika berada di dalam bangunan:

  • Kekal berada di dalam bangunan, jangan panik.
  • Berlindung di bawah meja yang kukuh, di ambang pintu, atau sudut yang selamat.
  • Jauhkan diri daripada tingkap, rak buku, kabinet, cermin, pasu bunga dan objek berat yang boleh jatuh.
  • Lindungi kepala serta muka daripada serpihan runtuhan dan kaca.
  • Jangan gunakan lilin, mancis atau apa-apa punca api kerana mungkin berlaku kebocoran gas. Tutup semua sumber api jika ada.
  • Elakkan menggunakan lif.
  • Jangan keluar secara tergesa-gesa, terus kekal di tingkat yang sama sehingga gegaran berhenti.

Jika berada di luar bangunan:

  • Segera bergerak ke kawasan terbuka.
  • Jauhkan diri daripada bangunan tinggi, tiang elektrik, talian kuasa, pokok besar, dinding dan tiang lampu.
  • Waspada dengan serpihan atau objek yang mungkin jatuh.
  • Jauhkan diri daripada talian elektrik yang terputus.
  • Kekal berada di kawasan terbuka hingga gegaran berakhir.

MetMalaysia juga menyarankan panduan khas yang boleh dirujuk melalui infografik mereka bagi membantu pemandu mengambil langkah yang betul ketika gegaran berlaku.

Secara kesimpulannya, semasa gempa bumi berlaku, perkara paling penting ialah bertenang, lindungi diri daripada objek jatuh, jauhi kawasan berbahaya dan jangan terburu-buru keluar dari tempat perlindungan.

Semoga kita semua sentiasa di dalam lindungan Allah SWT.

Baca Artikel Berkaitan: Segamat Dilanda Gempa Bumi Lagi, Sudah Masuk Kali Ke-4

Baca Artikel Berkaitan: Gempa Bumi Segamat: Sultan Pahang Titah Semua Masjid & Surau Di Pahang Buat Solat Hajat Tolak Bala


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd