Now Reading
[Video] Menyamar Konon Polis Minta Belikan Barang, Pemandu e-Hailing Ini Dedah Taktik Terbaru Scammer

[Video] Menyamar Konon Polis Minta Belikan Barang, Pemandu e-Hailing Ini Dedah Taktik Terbaru Scammer

Scammer terbabit menyamar sebagai anggota polis yang sedang bertugas selain berjanji akan akan memberikan duit lebih kepada pemandu e-hailing berkenaan kerana membantunya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pasti ramai yang sudah mengetahui pelbagai taktik yang digunakan oleh sindiket penipuan dalam talian atau ‘scammer’ untuk memperdaya orang ramai.

Bukan hanya warga emas dan golongan muda yang menjadi mangsa, malah pemandu-pemandu e-hailing juga turut menjadi sasaran mereka.

Tidak dinafikan, pelbagai cara yang digunakan oleh scammer, namun banyak yang tidak berhasil kerana kesedaran orang ramai dalam berkongsi mengenai perkara ini.

Pun begitu, golongan terbabit dilihat tetap tidak mengalah dan terus mencari idea baharu.

Baca Artikel Berkaitan: Konon Culik Anak & Minta Wang Tebusan, Hati-Hati! Ini Taktik Baru Geng Scammer [Video]

Pemandu e-hailing dedah taktik terbaru scammer

Seperti baru-baru ini, seorang lelaki yang juga pemandu e-hailing mendedahkan taktik terbaru yang digunakan oleh scammer untuk memperdaya golongan pekerja gig itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya @zeniphlim, dia menerima panggilan daripada individu terbabit yang menjadi pelanggannya.

Pelanggannya itu meminta dia untuk membeli barangan di sebuah kedai serbaneka dan menghantar barang tersebut ke sebuah balai polis sebelum individu itu datang mengambilnya.

Dakwa diri anggota polis, konon akan bagi duit tip lebih

Individu terbabit turut menyamar sebagai anggota polis yang sedang bertugas selain berjanji akan memberikan duit lebih kepada pemandu e-hailing berkenaan kerana membantunya.

Bagaimanapun, pemandu e-hailing itu tidak mudah terpedaya dengan taktik terbabit dan menyatakan dia tidak akan berbuat seperti yang disuruh itu.

Kejadian itu berjaya dirakam menerusi rakaman ‘dashcam’ yang dipercayai berlaku di sekitar bandaraya Ipoh, Perak pada 22 Ogos lalu sekitar jam 11.44 malam.

“Sahabat-sahabat e-hailing sila berhati-hati dengan helah baru ini. Mungkin diorang (scammer) perasan skrip lama (taktik lama) dah tak berkesan,” tulisnya di dalam video.

@zeniphlim Cerita semalam… Ingat rezeki dpt 6-seater job, manatau dpt drama baru season 2… Skrip lama selalunya 7e hospital, skrg kkmart balai polis pulak 😅 #ehailing #ipoh #perak #malaysia #drivermuda ♬ original sound – Densha Otoko D.O

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang bersoal motif taktik scammer terbabit

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video terbabit.

Ada pemandu e-hailing yang mendakwa pernah beberapa kali menerima panggilan sedemikian sebelum ini.

Tidak kurang juga yang mempersoal motif utama scammer terbabit meminta pemandu e-hailing untuk membeli barang kepadanya terlebih dahulu dan apakah keuntungan yang akan diperolehi.

Dakwa minta barang dan pin tambah nilai TnG eWallet

Jelas pemandu e-hailing itu, scammer berkenaan akan meminta untuk memberi sedikit barangan berserta nombor pin tambah nilai TnG eWallet.

Sementara barangan berkenaan ingin dihantar ke tempat yang diminta, scammer tersebut akan meminta terlebih dahulu nombor pin tersebut.

Dakwanya, nombor pin tersebut akan ditebus serta merta oleh scammer dan dia akan terus menghilangkan diri daripada pemandu e-hailing.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd