Now Reading
Tular Option Driver Berbahasa Mandarin: Grab Sedang Uji Ciri Baharu Perkhidmatan Pemandu Berdasarkan Bahasa

Tular Option Driver Berbahasa Mandarin: Grab Sedang Uji Ciri Baharu Perkhidmatan Pemandu Berdasarkan Bahasa

Grab Malaysia dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah melaksanakan ujian perkhidmatan GrabCar Mandarin susulan data menunjukkan terdapat 1.4 juta pelancong China ke Malaysia sepanjang Januari hingga April 2025.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebagai sokongan kepada pertumbuhan sektor pelancongan di Malaysia selain menambah pendapatan para pemandu, Grab Malaysia sedang menjalankan ujian peluasan perkhidmatan berdasarkan bahasa bagi memenuhi keperluan pelancong yang datang ke Malaysia.

Grab Malaysia dalam satu kenyataan berkata pihaknya telah melaksanakan ujian perkhidmatan GrabCar Mandarin susulan data menunjukkkan terdapat 1.4 juta pelancong China ke Malaysia sepanjang Januari hingga April 2025.

“Eksperimen ini penting bagi menilai tahap permintaan perkhidmatan tersebut dalam kalangan pelancong selaras dengan usaha kami memperkenalkan sokongan untuk bahasa tambahan,” kata mereka.

Grab Malaysia Henti Ujian, Mahu Buat Persediaan Teliti Terhadap Perkhidmatan Bahasa Lain

Namun, ujian ini dihentikan agar Grab Malaysia dapat meneliti dapatan yang diperolehi selain merancang persediaan perkhidmatan berdasarkan bahasa lain yang bukan hanya berpandukan data pelancongan bahkan berdasarkan tinjauan dalaman berhubung kemahiran bahasa dalam kalangan rakan pemandu.

“Sebaik sahaja perkhidmatan ini beroperasi, pendaftaran perkhidmatan berdasarkan bahasa ini akan dibuka untuk rakan pemandu yang berkelayakan tanpa mengira latar belakang.

“Kami menghargai semua maklum balas yang dikongsikan kepada kami dan akan terus berinteraksi dengan komuniti kami dalam meneroka peluang tambahan untuk rakan pemandu.

“Kami kekal komited dalam membangunkan platform inklusif yang menyokong aspirasi negara serta memperkukuh kelangsungan rakan pemandu dalam masa sama memenuhi keperluan pelanggan,” kata mereka lagi.

Tular Pilihan Perkhidmatan Pemandu Yang Fasih Berbahasa Mandarin

Terdahulu, Presiden Persatuan Tranformasi Pengangkutan Awam Darat (TPAD), Nathan Mathivanan mendakwa Grab mengamalkan diskriminasi terhadap bangsa lain.

Dalam satu video TikTok, Nathan mendakwa satu ciri baharu dalam aplikasi Grab membolehkan pengguna memilih perkhidmatan pemandu yang fasih berbahasa Mandarin.

Pun begitu, harga bagi servis ini adalah lebih mahal berbanding pilihan lain yang sedia ada.

“Ini Malaysia. Jika tidak tahu bahasa (Malaysia), ubah ke English. Kalau tak tahu English, saya percaya u guys ada plug in bahasa. Automatik auto translation (terjemahan sudah ada,” katanya lagi.

https://www.tiktok.com/@nathanmathivanan/video/7535073729890553096

Malah, sebelum ini ada netizen berpendapat ciri baharu itu memudahkan pelanggan dari China untuk berkomunikasi memandangkan ada yang tidak tahu berbahasa Malaysia mahupun Inggeris.

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd