Now Reading
[Video] Tular Geng Basikal Menunggang Secara Bahaya Di Shah Alam Raih Kecaman Ramai

[Video] Tular Geng Basikal Menunggang Secara Bahaya Di Shah Alam Raih Kecaman Ramai

Menerusi rakaman tular, kelihatan geng basikal itu berada di lorong kanan dan kiri jalan raya terbabit ketika memotong sebuah kereta.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sukan berbasikal merupakan antara sukan yang mendapat tempat di Malaysia. Bukan hanya di kalangan anak muda, malahan ia turut menjadi pilihan semua golongan termasuk selebriti sebagai aktiviti riadah.

Pun begitu, sejak kebelakangan ini sukan terbabit mendapat perhatian dan kritikan ramai susulan ada segelintir geng berbasikal yang menunggang secara berbahaya.

Seperti sebelum ini, tular pergaduhan di antara seorang pemandu bas dan sekumpulan penunggang basikal sehingga meraih perhatian ramai.

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Semua Bapa-bapa Ada Anak!” – Tular Geng Kayuh Basikal Dakwa Pemandu Bas Sengaja Himpit [Video]

Tular geng basikal potong kereta dari lorong kanan & kiri

Terbaharu, tular pula di media sosial satu rakaman dashcam yang memaparkan sekumpulan penunggang basikal didakwa menunggang secara berbahaya di sebuah jalan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @eurekacan, kelihatan geng berbasikal itu berada di lorong kanan dan kiri jalan raya terbabit ketika memotong sebuah kereta.

“Penunggang basikal, tolong kekal dalam satu lorong,” tulis pemilik dashcam di dalam video.

Nak bagi laluan kepada geng basikal, tapi kena kepung di lorong tengah

Difahamkan, pemilik dashcam itu yang merupakan seorang pemandu wanita ingin mengubah ke lorong kanan untuk memberi laluan kepada geng basikal terbabit di lorong kiri.

Bagaimanapun dia tidak dapat berbuat demikian kerana terperangkap di lorong tengah dek kerana penunggang-penunggang basikal berkenaan ‘menguasai’ kedua-dua lorong.

“Saya sebenarnya nak ubah ke lorong kanan untuk beri laluan supaya korang boleh berbasikal dengan selamat, tapi saya tak dapat sebab korang semua telah mengepung saya,” kata wanita itu.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kawasan jalan raya dipercayai di Seksyen 3 Shah Alam, Selangor sekitar jam 9.30 malam semalam (29 Julai).

@eurekacan

shah alam 29/7/2025 circa 9.30pm CYCLISTS PLEASE BE SAFER ON THE ROAD FOR EVERYBODY 😡

♬ original sound – tisha 🤸🏻‍♀️☀️

Netizen pakat kecam kumpulan penunggang basikal itu

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan kumpulan penunggang basikal itu kerana turut membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

Tidak hanya itu, segelintir netizen juga mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penunggang basikal sedemikian.

Malah, ada juga wargamaya yang berpendapat bahawa berbasikal di jalan raya tidak menjadi masalah cuma jangan sampai menyusahkan pemandu kenderaan yang lain.

Baca Artikel Berkaitan: Berbasikal Di Lebuhraya Adalah Dilarang, Boleh Didenda RM5,000 & Penjara 12 Bulan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd