[Video] ‘Kangkung Balance’, ‘Terror Balado’? – Menu Kedai Makan Penuh Dengan Typo Curi Tumpuan
Pun begitu masih ada menu yang dieja dengan betul antaranya seperti Nasi Kerabu, Pecal Sayur, Nasi Pecal dan Ikan Pari Goreng.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara. Oleh sebab itu, kesemua urusan rasmi mahupun urusan seharian banyak menggunakan bahasa ini.
Malah, kebanyakan papan tanda di jalan raya mahupun premis juga perlu mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan itu sebagai paparan utama dan saiznya pula perlu lebih besar berbanding perkataan dalam bahasa lain.
Ia juga perlu mendapat kelulusan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai sebahagian daripada proses permohonan permit.
Namun entah mengapa, masih ada segelintir individu dilihat seolah-olah mengambil mudah tentang penggunaan bahasa rasmi negara ini dengan mengabai penggunaan ejaan dan tatabahasa.
Papan Tanda Papar Menu Di Restoran Penuh Dengan Kesalahan Ejaan
Baru-baru ini, tular di media sosial senarai menu sebuah kedai makan yang terletak di Kuala Lumpur.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok @ainabrahman, kelihatan premis berkenaan menjual pelbagai jenis hidangan yang kebanyakannya berasaskan menu dari Indonesia.
Apa yang menjadi perhatian adalah majoriti ejaan pada paparan berkenaan dilihat mempunyai kesalahan ejaan yang begitu ketara.
Antaranya seperti hidangan Udang Penyet yang dieja sebagai ‘Udang Penyaet’, Terung Berlada menjadi ‘Terror Balado’, Kangkung Belacan menjadi ‘Kangkung Balance’.
Malah, turut terdapat kesalahan ejaan pada menu-menu lain seperti Ayam Crespi (Ayam Crispy), Tahu Teme (Tauhu Tempe), Ikan Kambung (Ikan Kembung), Briyani With Pray Chicken (Nasi Briyani bersama menu ayam) dan Nasi Kukus Ayam Brempa (Nasi Kukus Ayam Berempah).
“Pentingnya semak ejaan sebelum cetak,” tulis pengguna berkenaan di video.
Masih Ada Menu Yang Dieja Dengan Betul
Pun begitu masih ada menu yang dieja dengan betul antaranya seperti Nasi Kerabu, Pecal Sayur, Nasi Pecal dan Ikan Pari Goreng.
“Walaupun salah eja, tapi kami faham,” tulis pengguna itu lagi di ruangan kapsyen.
Sehingga kini, tiada respon dari pemilik premis berhubung paparan menu tersebut.
@ainabrahman Walaupun salah eja, tapi kami faham.
♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
@ainabrahman Rasanya pray chicken tu apa?
♬ Comedy Scenes – Comical, stupid, odd, lovely (Drumless)(1441321) – Ponetto
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Persoal Kesalahan Ejaan Pada Papan Tanda Menu Restoran
Perkongsian yang telah mendapat lebih 119,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam dan mempersoal tindakan pemilik premis yang dilihat mengabaikan ejaan pada papan tanda tersebut.
Malah, ada sesetengah yang berpendapat individu yang menghasilkan dan menyemak papan tanda tersebut dilakukan oleh warga asing yang tidak mempunyai kemahiran dalam Bahasa Melayu.
Bukan itu sahaja, ada pengguna media sosial yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap premis berkenaan.
Walau bagaimanapun, ada segelintir pengguna berpendapat itu hanyalah sekadar teknik pemasaran untuk menarik pelanggan.
DBP Sediakan Perkhidmatan Pengesahan Penggunaan Bahasa Kebangsaan
Tahukah anda, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ada menyediakan perkhidmatan pengesahan dan panduan bagi penggunaan bahasa kebangsaan bagi memastikan pemilik premis mematuhi peraturan?
Perkhidmatan pengesahan tersebut adalah bagi penggunaan paparan iklan seperti:
- Papan iklan luar
- Papan premis
- Iklan tiang
- Gegantung
- Pelabelan
- Iklan badan kenderaan
- Risalah dan poster
Perkhidmatan tersebut boleh dicapai secara dalam talian melalui Sistem DBP Sah Bahasa dan Khidmat Nasihat Dewan Bahasa dan Pustaka (KNDBP).
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Macam Manalah Bahasa Macam Ini Boleh Lepas Untuk Display? Salah Dari Segi Undang-Undang Bahasa”

“Kangkung Balance? Ulang-Ulang Baca Sebab Nak Pastikan Menu Kangkung, Oh Kangkung Belacan”

“Inilah Namanya Marketing, Tak Pasal Famous Ada Orang Tolong Promo Free”

“Kadang-Kadang Bukan Salah Eja, Sengaja Disalahkan Untuk Tujuan Pemasaran”

“Yang Sediakan Pun Sama, Dah Tahu Pelanggan Salah, Janganlah Teruskan Untuk Print, Bagitahulah”

Baca Artikel Berkaitan: “Nenna, Hanidiu, Gelapa” – Ejaan Jus Buah Di Kedai Makan Penuh Typo Curi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: DBP Tegur Tengku Zafrul Tentang Kesalahan Ejaan ‘insya-Allah’
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



