Now Reading
Polis Sahkan Ada Adegan Bogel Dalam Program eHati

Polis Sahkan Ada Adegan Bogel Dalam Program eHati

Ketua Polis Selangor berkata, hasil siasatan mendapati terdapat dua pakej yang ditawarkan dalam program eHati dan salah satunya ada adegan bogel.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Baru-baru ini, kecoh mengenai satu program motivasi rumah tangga, e-Hati yang didakwa dilakukan secara ‘terlampau’ sehingga melanggar syariat Islam.

Pun begitu, pengasas bersama eHati, Diyana Tahir dan Rahim Shukor tampil menafikan dakwaan berkenaan.

Polis sahkan wujud adegan bogel semasa program

Terbaharu, pihak polis mengesahkan wujudnya adegan bogel dalam program motivasi rumah tangga anjuran eHati.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, adegan bogel itu berlaku semasa segmen ‘Queens Night’ pada hari terakhir program tersebut yang diadakan dari 27 hingga 30 September 2024.

“Hasil siasatan mendapati memang berlaku aktiviti berbogel melibatkan kira-kira empat individu.

“Acara Queens Night ini bersifat tidak bermoral dan berunsur lucah, aktiviti yang dijalankan termasuk apa yang dipanggil sebagai ‘Rebirth’ kononnya untuk menaikkan motivasi diri,” katanya dipetik Sinar Harian.

Ada 2 pakej ditawarkan, pakej B yang terlibat adegan bogel

Tambah beliau, siasatan mendapati ada dua pakej yang ditawarkan untuk peserta program tersebut.

“Terdapat dua pakej ditawarkan kepada peserta iaitu dengan bayaran sebanyak RM6,000 bagi pakej A dan RM9,000 bagi pakej B.

“Pakej B ini yang dipercayai berakhir dengan acara Queens Night dan siasatan berkaitan aktiviti ini dijalankan di bawah Seksyen 294 Kanun Keseksaan.

“Setakat ini, tiada sebarang rakaman video atau gambar berkaitan acara Queens Night yang ditemui.

“Hanya wanita dipercayai terlibat secara langsung dalam acara ini, namun siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti sama ada terdapat kehadiran lelaki dalam sesi tersebut,” katanya.

Susulan itu, beliau menggesa semua individu yang terlibat dalam program itu supaya tampil memberikan kenyataan.

Perkara ini mula mendapat perhatian ramai selepas seorang pengguna Facebook mendakwa terdapat beberapa insiden kurang enak sepanjang penganjuran program motivasi tersebut.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd