Now Reading
Pekebun & Petani Perlu Tahu, Ini 10 Cara Halau Monyet Paling Berkesan

Pekebun & Petani Perlu Tahu, Ini 10 Cara Halau Monyet Paling Berkesan

10 cara menghalau kera yang dikongsikan ini adalah secara semula jadi serta moden yang berkesan tanpa perlu membunuh haiwan terbabit.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Di Malaysia, gangguan haiwan liar seperti anjing, gajah dan monyet merupakan antara salah satu masalah yang dihadapi oleh rakyat di negara ini.

Apa yang lebih membimbangkan, binatang seperti kera atau monyet juga boleh mengganggu tanaman-tanaman di kebun sekaligus menjejaskan pengusahanya.

Sebelum ini, kecoh di media sosial seorang lelaki meracuni monyet liar yang menganggu kawasan perumahannya, namun tindakan individu itu mendapat kecaman ramai.

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Lelaki Campur Racun Dalam Ais Krim Untuk Bunuh Monyet Liar Undang Pelbagai Reaksi [Video]

10 cara halau monyet tanpa perlu membunuh

Jadi apakah cara lain yang boleh digunakan untuk menghalau monyet daripada menganggu terutamanya buat para pekebun dan petani?

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Pertanian Satu Perniagaan, terdapat 20 cara menghalau kera daripada kebun secara semula jadi serta moden yang berkesan tanpa perlu membunuh haiwan itu.

Namun, kami kongsikan 10 cara terbaik untuk perkongsian korang.

Berikut 10 cara halau monyet:

1. Guna bunyi bising

Letakkan alat seperti tin kosong berisi batu, radio yang tidak lagi digunakan tapi masih berfungsi atau penggera ultrasonic.

Difahamkan, penggera ultrasonic tidak disukai oleh monyet pada frekuensi tertentu.

2. Sembur bau busuk atau menyengat

Antara bau busuk atau menyengat yang boleh digunakan adalah cecair berasaskan bawang putih atau cili, air rebusan daun mambu atau air campuran garam dan cili.

Difahamkan, monyet tidak akan mendekati sesuatu tempat itu sekiranya terdapat bau tidak menyenangkan yang sangat kuat.

3. Patung orang-orang (scarecrow)

Cara lain yang boleh digunakan oleh para pekebun atau petani untuk menghalau monyet adalah meletakkan patung orang-orang (scarecrow) di kebun.

Kaedah ini memang terkenal dalam kalangan pengusaha sawah padi untuk menghalau serangan burung dan haiwan perosak lain.  Cara ini sebenarnya boleh digunakan juga untuk menghalau monyet.

Selain meletakkan patung orang-orang, korang juga boleh menggantung gambar burung helang. Pastikan lokasi patung orang-orang dan gambar burung helang ditukar setiap minggu untuk mengelirukan kera.

4. Letak replika ular

Haa replika ular bukan sahaja boleh diguna untuk ‘prank’ menakut-nakutkan manusia, tetapi monyet pun takut dengan ular.

Jadi korang boleh letak replika ular plastik yang kelihatan realistik, caranya dengan menggantungkan ‘ular’ itu di dahan pokok.

5. Gunakan mercun bola atau bunga api

Mercun sesuai digunakan oleh para pekebun atau petani untuk menghalau kera pada waktu pagi atau petang.

6. Guna anjing pengawal

Di dalam Islam, anjing boleh dibela oleh orang Islam untuk menjaga kebun. Jadi, latih anjing untuk menjaga kebun kerana kehadiran haiwan itu boleh menakutkan monyet.

7. Pasang lampu sensor gerak (motion sensor light)

Kalau tak nak bela anjing, korang juga boleh menggunakan motion sensor light. Lampu ini boleh mengganggu kera yang datang pada waktu subuh atau senja.

Mungkin ada yang kekurangan modal untuk membeli lampu sensor gerak, jadi korang juga boleh menggantung CD lama di kebun, bahagian belakang CD boleh menghasilkan pantulan cahaya.

8. Guna alat sembur automatik

Gunakan alat sembur automatik yang boleh diaktifkan mengikut waktu ditetapkan atau apabila alat terbabit mengesan pergerakan.

9. Tutup tanaman dengan jaring

Gunakan jaring plastik atau dawai halus. Jaring boleh digunakan untuk lindungi pokok muda atau hasil (sayur atau buah-buahan) yang hampir masak daripada diambil monyet.

10. Pasang pagar elektrik mudah alih

Korang juga boleh memasang pagar elektrik di sekeliling kebun untuk mengelak tanaman diganggu kera, namun harus diingatkan bahawa pagar elektrik terbabit perlulah yang mempunyai voltan rendah kerana tidak mahu terus membunuh haiwan itu.

Difahamkan, cara ini hanya sesuai digunakan di kawasan-kawasan tertentu sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: Telatah Monyet Tunggu ‘Line Clear’ Sebelum Curi Makanan Buat Ramai Terhibur [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, X, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd