Now Reading
[Video] Tindakan Dua Pemuda Selamba ‘Angkut’ Mesin Penapis Air Dari Masjid Raih Perhatian

[Video] Tindakan Dua Pemuda Selamba ‘Angkut’ Mesin Penapis Air Dari Masjid Raih Perhatian

Menurut Pengerusi JPKK Kampung Batang Benar, Muhammad Jailani Ahmad Zawawi, laporan polis telah dibuat dan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sejak belakangan ini, ada sahaja kegiatan jenayah seperti curi, rompak dan bunuh dilaporkan oleh media.

Bila sebut tentang kecurian, kebiasaannya penjenayah hanya mensasarkan wang ringgit atau barang berharga seperti barang kemas.

Malah, premis barang berharga seperti kedai emas dan institusi perbankan sering menjadi sasaran kumpulan ini.

Namun entah mengapa, ada segelintir individu dari golongan yang tidak bertanggungjawab ini dilihat selamba melakukan jenayah di tempat ibadah seperti masjid.

Dua Lelaki Curi & Angkut Mesin Penapis Air Di Masjid

Semalam (1 Julai), kecoh di media sosial perbuatan keji dua orang pemuda yang selamba mencuri barang di Masjid Batang Benar, Nilai, Negeri Sembilan.

Menerusi video tular di media sosial, kelihatan dua orang pemuda yang masing-masing berpakaian t-shirt berwarna putih dan kuning dilihat masuk ke kawasan masjid berkenaan.

Kedua-dua mereka dilihat menuju ke mesin penapis air yang diletakkan pada bahagian luar masjid berkenaan yang turut terdapat kolah buat orang ramai mengambil wuduk.

Apa yang menjadi perhatian adalah dua lelaki tersebut bukanlah ke mesin berkenaan untuk minum air sebaliknya mengambil mesin berkenaan.

Melalui perkongsian tersebut dapat dilihat kedua-dua mereka saling bekerjasama mencabut wayar daripada suis mesin berkenaan.

Ada Individu Menunggu Di Luar Masjid Dengan Kereta

Mereka kemudiannya dilihat mengangkut mesin penapis air itu dan membawanya masuk ke dalam sebuah kereta berwarna hitam dipercayai Proton Gen 2.

Lebih mengejutkan, terdapat dua orang individu termasuk pemandu telah menunggu kehadiran dua pemuda itu di kereta.

Kedua-duanya dilihat bertungkus lumus memasukkan mesin penapis air menerusi bonet kereta sebelum berlalu pergi.

Kehilangan Penapis Air Disedari Oleh Imam Selepas Solat Maghrib

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Batang Benar, Muhammad Jailani Ahmad Zawawi mendedahkan insiden tersebut disedari oleh imam masjid selepas solat Maghrib kira-kira jam 8.12 malam pada 30 Jun lalu.

“Imam mendapati mesin penapis air yang terletak dalam pekarangan masjid telah tiada.

“Terdapat kesan potongan pada hos mesin berkenaan, dipercayai dipotong oleh individu tidak bertanggungjawab,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Pernah Berlaku Kes Pecah Tabung, Laporan Polis Telah Dibuat

Jelasnya lagi, insiden itu merupakan pertama kali berlaku melibatkan kehilangan aset dan barangan sumbangan masjid.

“Sebelum ini, kes pecah tabung pernah berlaku, tetapi telah lama tidak berulang selepas pihak masjid mengambil inisiatif memasang kamera litar tertutup (CCTV),” jelasnya.

Tambah Muhammad Jailani lagi, laporan polis telah dibuat dan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut.

Mesin penapis air pun korang bedal ye… Barang masjid pula tu! Lokasi : Masjid Khariah Batang Benar.. Channel Rasmi: https://whatsapp.com/channel/0029VbA6j0K3gvWaNME2Wr08 FB Rasmi: https://www.facebook.com/share/19BWYgPGR9/

Posted by Channel Lanjut Semasa on Tuesday 1 July 2025
Tak pernah jumpa lagi mcm ni tengok apa diorang rembat 🤦‍♂️

Tak pernah jumpa lagi mcm ni tengok apa diorang rembat 🤦‍♂️😅

Posted by Johan Media on Tuesday 1 July 2025

Ramai Geram Tindakan Individu Selamba Curi Barang Di Rumah Ibadah Seperti Masjid

Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.2 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengecam dan mengkritik tindakan sekumpulan pemuda terbabit yang selamba melakukan jenayah di rumah ibadah seperti masjid.

Malah, ada yang berpendapat tindakan mereka ini yang sebenarnya menyebabkan kebanyakan masjid terpaksa dikunci dan ditutup sekali gus menghalang orang ramai yang mahu beribadah untuk duduk di masjid dalam tempoh yang agak lama.

Ini antara komen pengguna Facebook:

“Pasal Korang La Orang Nak Solat Dhuha, Nak Iktikaf Kena Halau, Semoga Sempat Taubat”

“Kerja La Dik, Selagi Ada Kudrat Cari Kerja Yang Halal”

“Tak Berbaloi Dunia Akhirat”

“Kalau Mampu Jual Je Kereta Tu, Buat Susah-Susah Je Mencuri, Dahla Dapat Dosa, Dapat Malu, Dapat Masuk Penjara”

“Kerja Budak Muda Yang Tiada Wawasan Hidup, Suka Mencuri Barang Wakaf Masjid”

Baca Artikel Berkaitan: “Senang Dia Buat Kerja” – Aksi Lelaki Selamba Curi Duit Tabung Masjid Undang Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: Kes Lelaki Curi RM22 Dari Tabung Masjid Untuk Beli Susu Anak, Ahli Perniagaan Tawar Khidmat Peguam

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tukar Kod QR Tabung Masjid Dengan Akaun Peribadi, Lelaki Di Indonesia Ditahan Polis


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitterThreads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd