Nak Mudahkan Orang Ramai Belajar Dialek Kelantan, Penuntut UM Bina Aplikasi ‘KelantanLingo’
Difahamkan, projek terbabit diketuai oleh Nur Liyana dan kumpulannya daripada Akademi Pengajian Melayu.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Malaysia sememangnya antara negara yang unik kerana memiliki pelbagai bangsa dan agama selain kaya dengan budaya serta adat.
Maka tidak peliklah jika negara ini mempunyai pelbagai jenis makanan serta dialek-dialek yang berbeza.
Mungkin, masih ada dialek-dialek yang ada di Malaysia yang kita tidak fasih dan mahir untuk berbicara, contohnya dialek Kelantan seperti “sek kito jangey pecoh”.
Pelajar UM bangunkan aplikasi pembelajaran dialek Kelantan
Namun, korang dah tak perlu risau lagi jika ingin mempelajarinya kerana bakal terdapat aplikasi ‘KelantanLingo’.
Menerusi hantaran di laman Facebook UG IFEST 2025, aplikasi pembelajaran interaktif ‘KelantanLingo’ ialah sebuah projek yang dibangunkan oleh sekumpulan pelajar Univesiti Malaysia (UM).
Difahamkan, projek terbabit diketuai oleh Nur Liyana dan kumpulannya daripada Akademi Pengajian Melayu.
Mudahkan orang ramai belajar dialek ‘Kelate’
Aplikasi itu direka sebagai alat pembelajaran untuk memudahkan orang ramai memahami dan menggunakan dialek Kelantan.
Hal ini kerana aplikasi ‘KelantanLingo’ dikatakan bersifat interaktif serta mesra pengguna.
Berkongsi lanjut, laman itu berkata Liyana juga berhasrat untuk menyambung pelajarannya dipercayai dalam bidang pendidikan untuk menjadi seorang guru.
Projek tersebut diperkenalkan sewaktu acara UM UG IFEST 2025 yang berlangsung pada 24 Jun-25 Jun di Dewan Tengku Canselor Universiti Malaya.
Yang ada pasangan orang Kelantan, mungkin aplikasi ini sesuai untuk korang, yang nak belajar dialek ‘Kelate’ untuk suka-suka pun boleh, takde lah korang pandai sebut ‘Shah Aley’ je.
Untuk info, dialek Kelantan bukan hanya ditutur oleh rakyat di negeri Serambi Mekah itu, sebaliknya turut digunakan di bahagian utara Terengganu seperti di Besut dan Setiu serta di mukim Merapoh dan Lipis, Pahang.
Malah, dialek ini juga diguna secara meluas di Selatan Thailand antaranya Narathiwat, Songkla, Golok. Hatyai.
Dialek ini mempunyai ciri-ciri tersendiri dari segi sebutan, kosa kata dan tatabahasa yang membezakannya daripada Bahasa Melayu baku.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



