[Video] Christy Ng Belanja Lebih RM30,000 Restock Pantri Pejabat, Siap Ada Produk Penjagaan Diri Untuk Pekerja!
Selain bekalan makanan di pantri, produk penjagaan diri seperti tuala wanita, syampu, sabun malah suplemen turut disediakan.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat peminat dunia fesyen khususnya penggemar kasut atau beg tangan, pasti sudah mengenali jenama tempatan, Christy Ng.
Rekaannya yang cantik ditambah pula dengan harga berpatutan menyebabkan ia sering menjadi pilihan ramai.
Bukan itu sahaja, teknik pemasaran kreatif dan penuh hiburan yang dikongsi menerusi platform media sosial mereka turut mendapat perhatian ramai.
Christy Ng Belanja Lebih RM30,000 Penuhkan Pantri Untuk Pekerja
Terbaharu, pemilik jenama kasut dan beg tangan tempatan ini sekali lagi mencuri tumpuan apabila dia mendedahkan perbelanjaan sebenar bagi pembelian barang pantri di pejabatnya.
Jelas Christy, dia berbelanja RM30,000 atau lebih semata-mata mahu melengkapkan pantri pejabatnya dengan makanan.
Perkara itu didedahkan oleh Christy menerusi satu temubual di TikTok @kerjazz.
Pantri Turut Dilengkapi Dengan Produk Penjagaan Diri
Lebih menarik, pereka fesyen yang memulakan perniagaan sejak tahun 2010 itu mendedahkan pantrinya bukan hanya dipenuhi sekadar makanan.
Bahkan, produk penjagaan diri seperti tuala wanita, syampu, sabun malah suplemen turut disediakan.
“Saya belanja RM30,000 ke atas. Kadang-kadang lebih bergantung kepada situasi.
“Sekarang pantri kita ada sanitary pad (tuala wanita), sabun basuh tangan lah, condotionerlah (perapi rambut),” katanya.
Tidak hanya itu, Christy mendedahkan dia turut menyediakan ruang mandi khusus buat pekerjanya.
“Boleh mandi dekat office kita juga, kita ada tandas untuk mandi sekarang. Kalau boleh, kita tak nak staf kita baliklah, tinggal je dekat office,” selorohnya.
Rasa Bertanggungjawab Sediakan Makanan Untuk Pekerja
Jelas Christy, dia rasa bertanggungjawab untuk menyediakan keperluan makanan buat stafnya sendiri.
Oleh kerana itu, dia sanggup berbelanja lebih asalkan keperluan dan kebajikan pekerjanya terjaga.
“Staf kita banyak meluangkan masa di pejabat, sehari 8 jam, ada yang 12 jam pun belum balik rumah.
“Saya rasa sebagai seorang majikan, sekurang-kurangnya kita kena bagi basiclah (asas) kan?
“Kalau boleh kita sediakan sarapan, makan tengahari, makan malam, tea break” katanya.
Bukan itu sahaja, Christy mendedahkan antara makanan yang disediakan olehnya adalah seperti nasi goreng, pasta, wantan malah original Indomie yang dibeli sendiri oleh Christy setiap kali dia pergi ke Indonesia juga turut disediakan.
Tonton video penuh [DI SINI]
Pernah Tular Kerana Sediakan Ruang Solat Untuk Pekerja Muslim
Sebelum ini, Christy pernah menjadi bualan ramai apabila dia turut menyediakan ruang solat yang selesa buat pekerja muslim.
Malah, dalam hantaran terbaharu di TikTok @christyemilylove, Christy ada menunjukkan dia telah memenuhi pantrinya dengan barang makanan dan keperluan berjumlah RM40,000.
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Teruja Dengar Kemudahan Yang Disediakan Di Pantri Pejabat Christy Ng
Video yang telah mendapat lebih sejuta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang teruja mendengar nilai dan jenis barang yang disediakan di pantri Christy Ng.
Malah, ada pula segelintir pengguna media sosial yang membuat perbandingan di antara majikan mereka sendiri dengan Christy serta keadaan sebenar pantri pejabat mereka sendiri.
Tidak hanya itu, ada yang berseloroh bertanyakan bagaimana caranya mahu bekerja dengan syarikat Christy Ng.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Ini Baru Betul Benefit Yang Disediakan Majikan, Bukan Benefit EPF, SOSCO, AL, MC, Itu Memang Hak Pekerja”

“Macam Mana Nak Kerja Dengan Dia”

“Pantry Office Aku Rasa Macam Gloomy Je, Teh Hijau, Biskut Kering, Maggi, Roti, Milo”

“Contoh Majikan Terbaik, Khairul Aming & Christy Ng”

“Pantry Pejabat Aku Ada Jajan, Biskut & Kopi Wanda, Tapi Ramai-Ramai Contribute, Buka Bos Sahaja”

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Beratur Panjang, Ramai Bangga Christy Ng Buka Butik Pertama Di Indonesia
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Puji Christy Ng Penuhi Pantri Khas Buat Staf Sempena Ramadan, ‘Supplements’ Pun Ada!
Baca Artikel Berkaitan: “Bos Yang Aku Respect! – Ramai Puji Christy Ng Ubah Suai Surau Selesa Buat Pekerja
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.