Now Reading
“Ini Cubaan Buli” – Wanita Dedah Anak 5 Tahun Disimbah Air & Nyaris Disepak Oleh Sekumpulan Kanak-Kanak

“Ini Cubaan Buli” – Wanita Dedah Anak 5 Tahun Disimbah Air & Nyaris Disepak Oleh Sekumpulan Kanak-Kanak

Jelas wanita yang dikenali sebagai Adibah, kejadian berlaku ketika dia sekeluarga berkunjung ke sebuah masjid yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 1 Jun lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kisah buli khususnya dalam kalangan remaja atau kanak-kanak dilihat bagaikan tiada kesudahan.

Walaupun tindakan telah diambil kepada si pelaku, masih ramai yang tidak menjadikannya sebagai satu pengajaran.

Lihat sahajalah, ada sahaja kisah yang ditularkan di media sosial melibatkan individu yang menjadi mangsa kepada gejala yang tidak sihat ini.

Kanak-Kanak 5 Tahun Jadi Mangsa Cubaan Buli, Baju Disimbah Air & Nyaris Disepak

Terbaharu, seorang wanita mendedahkan anak lelakinya yang berusia lima tahun nyaris menjadi mangsa buli sekumpulan kanak-kanak.

Menerusi hantaran di Threads @adibahyasak_, kejadian berlaku ketika dia sekeluarga berkunjung ke sebuah masjid yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 1 Jun lalu.

Dakwa Adibah, anaknya yang digelar sebagai Affan itu disimbah air manis berwarna merah malah terdapat cubaan untuk menendangnya ketika si kecil itu sedang memakai kasut.

Si Ibu Anggap Ini Cubaan Buli, Dilakukan Oleh Sekumpulan Kanak-Kanak

Difahamkan, perbuatan itu dibuat oleh sekumpulan kanak-kanak yang berusia sekitar 10 hingga 12 tahun.

“Budak besar sekitar 10 hingga 12 tahun simbah air manis dekat Affan 5 tahun.

“Aku tak nampak, lepas panggil Affan baru perasan baju dia merah-merah. Serius geram.

“Budak-budak tu nampak je aku panggil Affan, tahu lari takut. Siap ada cubaan nak sepak Affan waktu Affan tengah nak pakai kasut.

“Sorry lah ini cubaan buli. Sikap buli dah ada dalam diri budak-budak ini. Kejadian tadi (semasa) solat Maghrib di Masjid Hasanah Bangi,” tulisnya.

Dapat Tangkap Seorang Budak Lelaki Dipercayai Pelaku, ‘Dakwa’ Abang Suruh Simbah Air

Jelas Adibah, dia berjaya ‘menangkap’ seorang daripada si pelaku. Jelasnya, kanak-kanak itu mengaku bahawa si abang menyuruh mereka untuk menyimbah air kepada anak kecilnya itu.

Pada masa yang sama, dia turut bersyukur anaknya tidak diperlakukan dengan lebih teruk lagi.

Namun, Adibah menjelaskan dia tidak akan memaafkan si pelaku selagi mereka tidak meminta maaf kepada anaknya.

View on Threads
View on Threads

Ramai Geram Dengan Tindakan Sekumpulan Kanak-Kanak, Mahu Tindakan Tegas Diambil

Perkongsian yang telah mendapat lebih 15,000 tontonan dan turut dikongsikan di Facebook Adibah nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang geram dengan tindakan sekumpulan kanak-kanak tersebut terhadap si cilik berkenaan.

Malah, ada yang berpendapat pengguna tersebut seharusnya mencari si pelaku menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) atau menularkannya di Grup Facebook di Bangi.

Namun, dia enggan berbuat demikian memandangkan tiada bukti video atau gambar si pelaku.

Tidak hanya itu, ada yang berpendapat kemungkinan mereka akan melakukan perkara sama dengan memarahi kumpulan kanak-kanak itu sekiranya anak mereka menjadi mangsa.

Ini antara komen menarik pengguna media sosial:

“Puan, Saya Sokong Cari Budak Tu Sampai Dapat & Bagi Nasihat, Sebab Budak-Budak Ni Kadang Rasa Benda Macam Ni Kelakar Padahal Tidak”

“Uishh Melampau Buli Macam Tu”

“Biadap Betul La”

“Pantang Betul Benda Macam Ni Jadi Depan Mata, Kalau Kita, Memang Siap La Budak tu Kena Bebel”

Baca Artikel Berkaitan: Gurau Kasar Umpama Buli, Netizen Berang Tindakan Dua Pelajar ‘Tindih’ Rakan Dalam Dorm

Baca Artikel Berkaitan: Tular Video Pelatih GiatMARA OKU Dibuli, Exco Pendidikan Melaka Dedah Ia Kes Lama

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Terlibat Dalam Kes Buli MRSM Digantung Sementara Siasatan Berjalan


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm FacebookTwitterThreads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd