Now Reading
14 Bulan ‘Terperangkap’ Di Malaysia, Mat Saleh Ini Dedah Ketagih Karipap Kerana PKP

14 Bulan ‘Terperangkap’ Di Malaysia, Mat Saleh Ini Dedah Ketagih Karipap Kerana PKP

Menurut lelaki Inggeris itu, sepanjang tempoh PKP, dia pada setiap pagi akan membeli dua ketul karipap bersama secawan kopi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan, Malaysia merupakan salah satu negara yang menjadi destinasi percutian bagi pelancong-pelancong luar negara terutamanya dari Eropah.

Selain banyak tempat menarik, kepelbagaian makanan yang ada di negara ini juga dapat menarik minat pelancong asing.

Malah, ada segelintir daripada mereka yang terus jatuh cinta dengan makanan-makanan di Malaysia setelah mencubanya buat kali pertama.

Baca Artikel Berkaitan: “Mantap, Terima Kasih Malaysia.” – Tentera Lubnan Puji Keenakan Nasi Lemak Raih Perhatian Netizen

Mat Saleh ketagih karipap selepas terkandas di Malaysia lebih setahun

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki Inggeris yang mendedahkan telah ketagihan kuih karipap selepas dia terkandas di Malaysia selama lebih setahun kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dahulu.

Usahawan dan YouTuber dikenali sebagai Darren Cronian itu membuat pendedahan terbabit menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Threads miliknya.

“Tak ramai yang tahu, tapi semasa pandemik (Covid-19) saya terperangkap di Malaysia. Saya cuba untuk dapatkan penerbangan keluar tetapi semuanya dibatalkan atau sempadan negara telah ditutup.

“Akhirnya saya tinggal di sini selama 14 bulan! Sepanjang masa itu, saya jadi ketagih dengan karipap,” tulisnya.

Setiap pagi beli 2 ketul karipap bersama secawan kopi

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut, dia pada setiap pagi akan pergi ke MyNews yang berada berdekatan kondominiumnya untuk membeli dua ketul karipap bersama secawan kopi.

“Sampai satu tahap, makcik di kedai itu dah boleh nampak saya dari jauh dan terus siapkan karipap serta kopi untuk saya,” tulisnya lagi.

Darren memberitahu bahawa karipap yang dijual di IKEA merupakan karipap kegemarannya ketika ditanya oleh ramai pengguna platform media sosial itu.

View on Threads

Pernah tular kisah Darren terbang sejauh 9,600Km demi makan nasi lemak

Untuk info, Darren pernah tular pada enam tahun lalu kerana lelaki Inggeris itu sanggup terbang sejauh 9,600Km dari Athens, Greece ke Kuala Lumpur disebabkan mengidam nasi lemak.

Jelas Darren, perkara terbabit bermula selepas dia yang sedang berada di Athens pada ketika itu telah melihat beberapa posting di Instagram mengenai makanan kegemarannya itu.

Dia pada awalnya bercadang untuk ke Kos iaitu sebuah pulau di Greek namun secara spontan menempah tiket penerbangan ke Kuala Lumpur untuk menikmati nasi lemak.

Jelas Darren, dia tidak pernah menyesal dengan keputusan yang dibuat olehnya itu.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Phua Chu Kang Curi Perhatian, Lebih Gemarkan Nasi Lemak Malaysia Dari Singapura

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Indonesia ‘Koyak’, Lelaki Jordan Lebih Pilih Makanan Malaysia [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd