Now Reading
Dunia Pernah ‘Kehilangan’ 10 Hari Pada Oktober 1582, Ini Sejarahnya

Dunia Pernah ‘Kehilangan’ 10 Hari Pada Oktober 1582, Ini Sejarahnya

Negara seperti Britain dan tanah jajahannya termasuk Amerika Syarikat hanya mengikutinya pada 1752 dan pada waktu itu mereka ‘kehilangan’ 11 hari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semua orang pasti tahu tentang kepentingan kalendar yang digunakan hari ini dalam kehidupan manusia.

Tanpa wujudnya sistem kalender yang menentukan hari dan tarikh ini, pasti manusia akan mengalami kesukaran dalam mengatur pelan-pelan harian seperti jadual kerja, jadual pembayaran bil dan bermacam-macam lagi.

Ketika ini, kalender yang digunakan di seluruh dunia ialah Kalender Gregorian, Kalendar Hijrah, Kalendar Hebrew, Kalendar Cina dan Kalendar Hindu. Namun, tahukah korang jika beratus tahun dahulu dunia pernah ‘kehilangan’ 10 hari?

Mari kami kongsikan sejarahnya…

Kalendar Gregorian ganti Kalendar Julian

Pada Oktober 1582, tarikh 5 hingga 14 Oktober tidak pernah wujud kerana telah dipadam dari kalendar sejarah.

Paus Gereja Katolik pada ketika itu, Pope Gregory XIII telah memperkenalkan Kalendar Gregorian bagi menggantikan Kalender Julian yang semakin lari dari kitaran sebenar matahari.

Memetik hantaran Public Health Malaysia di laman Facebook, negara seperti Itali, Sepanyol dan Perancis lompat terus dari 4 Oktober ke 15 Oktober pada tahun tersebut.

Tak negara semua ikut

Bagaimanapun, pada ketika itu, bukanlah semua negara di seluruh dunia yang mengikut pertukaran kalendar terbabit.

Negara seperti Britain dan tanah jajahannya termasuk Amerika Syarikat hanya mengikutinya pada 1752 dan pada waktu itu mereka ‘kehilangan’ 11 hari.

Manakala Rusia pula pada 1918 dan Greece setia dengan kalendar lama hingga 1923 baru mereka menukarkannya.

Malaysia ikut Britain tapi tak kehilangan hari

Malaysia pula yang ketika itu dijajah oleh Britian turut mula menggunakan Kalender Gregorian pada 1752.

“Sebagai tanah jajahan British, kita mula guna Kalendar Gregorian sejak 1752 juga, tanpa perlu alami hari-hari yang hilang, sebab kita belum guna kalendar Julian sebelum itu.

“Menarik, kan? Satu dunia ambil masa beratus tahun nak setuju tarikh sebenar. Jadi kalau rasa hidup sekarang laju, ingatlah dulu pun ada masa yang ‘terlalu laju’, siap skip terus 10 hari,” katanya.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd