Now Reading
[Video] Letupan Bom Ketika Latihan LIMA 2025 Didakwa Punca Tingkap Rumah Ini Habis Pecah

[Video] Letupan Bom Ketika Latihan LIMA 2025 Didakwa Punca Tingkap Rumah Ini Habis Pecah

Gelombang bunyi serta gegaran daripada letupan bom tersebut dipercayai menjadi punca cermin tingkap jenis nako di rumah terbabit pecah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Ketika ini, sedang berlangsungnya Pameran Maritim Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 di Pulau Langkawi, Kedah.

Pameran yang bermula hari ini (20 Mei) sehingga 24 Mei itu dikendalikan secara bersama oleh Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) dan Global Exhibitions & Conferences Sdn Bhd.

Para pengunjung dari dalam dan luar negara yang hadir akan disajikan dengan pelbagai pertunjukan dan aktiviti menarik.

Tular dakwaan tingkap rumah pecah gara-gara letupan ketika latihan LIMA

Pun begitu, di sebalik kemeriahan LIMA 2025, tular di media sosial satu video yang memaparkan keadaan tingkap di sebuah rumah di kawasan itu pecah didakwa akibat letupan bom sewaktu latihan pembukaan acara tersebut.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @langkawiescape, kelihatan hampir kesemua cermin pada tingkap jenis nako itu pecah dan serpihannya bertaburan di dalam rumah berkenaan.

Difahamkan, keadaan tersebut berlaku akibat gelombang serta gegaran yang terjadi sewaktu bom berkenaan diletupkan.

Buka semua tingkap rumah dan kereta untuk beri laluan kepada gelombang

Di dalam video sama, turut kelihatan seorang lelaki dipercayai wakil LIMA 2025 yang hadir menemui tuan rumah tersebut untuk memberi penerangan tentang apa yang harus dilakukan mereka sewaktu bom diletupkan.

Kedengaran lelaki itu menyarankan pemilik rumah berdekatan kawasan berkenaan untuk membuka kesemua tingkat rumah serta tingkap kereta untuk memberi laluan kepada gelombang letupan.

“Kami dekat sana (kawasan acara) kami melutut, ada yang baring, kami tak berdiri. Untuk penduduk sekitar, kami cadangkan untuk buka semua tingkap rumah, tingkap kereta sekali,” kata lelaki itu.

Menurut pemilik video, gegaran bunyi yang akan berlaku sewaktu letupan bom sebenar bagi majlis pembukaan adalah tiga kali ganda lebih kuat berbanding sewaktu latihan itu.

@langkawiescape Ibu mengandung dan bayi kecil tak digalakkan duduk berdekatan sewaktu Opening Lima 2025 ❎ Pesanan dari wakil LIMA 2025 untuk penonton LIMA dan penduduk sekitar kawasan airport , terima kasih datang melawat dan bagi cadangan pada kami . Pintu , tingkap rumah dan kereta kena bukak , kalau tak boleh jadi kes macam rumah kami kat hujung video 😅 Harap the real opening tak jadi apa apa dah kat rumah kami dan jiran jiran nanti @F U N F O R B R O N T #lima2025 #rehearsal #openinglima ♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)

Ketika artikel ini ditulis, pembukaan LIMA 2025 edisi ke-17 itu telahpun berlangsung dengan meriahnya.

Malah, ramai yang turut berkongsi kemeriahan semasa acara pembukaan.

@lima.2025 Welcome to LIMA2025! #lima2025 #aerospace #GEC #maritime #exhibitionmalaysia #limalangkawi #limapreparation #maritimemalaysia #defensemalaysia #malaysiaaerospace #royalmalaysiannavy #bombamalaysia #mmea #fyp #fypage ♬ เสียงต้นฉบับ – เบิร์ด เอาอยู่ – เบิร์ดเอาอยู่

Semakan kami mendapati tiada sebarang kemaskini yang dilakukan oleh pemilik video mengenai keadaan rumahnya.

Berkemungkinan tiada sebarang insiden yang berlaku sewaktu majlis pembukaan berlangsung.

Baca Artikel Berkaitan: Pemilik Kereta Sewa Tegur Tindakan 2 Jurufoto Berdiri Atas Bumbung Raih Pelbagai Reaksi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd