Dituduh Datang Washington Hanya Jumpa Kerani, Tengku Zafrul Sekolahkan Individu Ini [Video]
Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu, sistem jawatan yang digunakan di AS adalah berbeza berbanding di Malaysia, anggota kabinet tidak dipanggil menteri, sebaliknya setiausaha.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Baru-baru ini, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah pergi ke Washington, D.C. untuk membincangkan isu tarif timbal balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS).
Menerusi satu video temubual Tengku Zafrul bersama pengamal media, beliau menyatakan telah bertemu dengan Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer dan Setiausaha Perdagangan AS, Howard Lutnick semasa di sana.
Menurutnya, kedua-dua individu ini merupakan anggota kabinet Presiden AS, Donald Trump yang bertanggungjawab ke atas perdagangan di negara berkenaan.
@tzafrul_aziz Fighting for Malaysia’s economic well-being in Washington! What did we achieve? #TZA #MITI #ThisIsWhereGlobalStarts #Malaysia #MADANIIsWorking #USA #tariff #Trump
♬ original sound – Tengku Zafrul Aziz – Tengku Zafrul Aziz
Individu sangka pangkat Secretary di AS seperti kerani di Malaysia
Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan adalah sebuah akaun TikTok dipercayai palsu bernama Nabilah Bella menyangka bahawa pangkat Setiausaha atau Secretary di AS adalah seperti kerani pejabat sahaja.
Susulan itu, dia menuduh bahawa delegasi Malaysia hanya bertemu dengan kerani semasa di Washington dan bukannya pihak atasan yang membuat keputusan (decision maker).
“Delegasi kita bertemu dengan kerani dan tidak seperti Korea dan Jepun. Mereka (Kerajaan Malaysia) tidak mendapat peluang untuk bertemu dengan pembuat keputusan,” tulisnya di ruangan komen.

Dituduh hanya jumpa kerani di AS, Tengku Zafrul tampil beri penjelasan
Susulan itu, Tengku Zafrul menerusi satu video di akaun TikTok miliknya telah tampil memberi penjelasan berhubung pangkat Secretary atau Setiausaha bagi anggota kabinet di AS.
Menurutnya, sistem jawatan yang digunakan di AS adalah berbeza berbanding di Malaysia, anggota kabinet tidak dipanggil menteri, sebaliknya setiausaha.
“Janganlah bila kita nampak pangkat ‘secretary’ sahaja terus ingat ini level setiausaha pejabat ataupun kerani.
“Salah ya itu adik, jadi jangan cepat sangat melatah, kita kena faham cara kerja negara lain dan yang penting kerajaan Malaysia sentiasa berusaha yang terbaik untuk melindungi kepetingan rakyat,” katanya.
@tzafrul_aziz Jauh-jauh pergi Washington, dapat jumpa kerani je? #TZA #MITI #PemacuPotensiGlobal #MADANIBekerja #USA #tarif #Trump
♬ original sound – Tengku Zafrul Aziz – Tengku Zafrul Aziz
Terdahulu, semasa Tengku Zafrul berada di Washington, Malaysia dan AS telah mengadakan perbincangan dan rundingan yang meliputi pengurangan defisit perdagangan, penghapusan halangan bukan tarif, keselamatan teknologi dan potensi perjanjian perdagangan dua hala.
Tegasnya, hubungan ekonomi yang kukuh dan saling menguntungkan di antara kedua-dua negara ini perlu diteruskan.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.