Now Reading
[Video] “Who Is This?” – Pak Arab Bingung Lihat Siti Nurhaliza Dikerumuni Orang Ramai

[Video] “Who Is This?” – Pak Arab Bingung Lihat Siti Nurhaliza Dikerumuni Orang Ramai

Lelaki itu tidak melepaskan peluang merakam kerana melihat orang ramai yang mendekati TokTi mengambil gambar dan video penyanyi terkenal itu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tidak dinafikan, Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan antara penyanyi yang popular di Malaysia sehingga dikenali di luar negara.

Maka tidak peliklah jika orang ramai pasti tidak akan melepaskan peluang mendekati penyanyi nombor satu negara itu untuk mengambil gambar atau video sekiranya bertemu di luar.

Pun begitu, masih ramai sebenarnya warganegara luar yang tidak mengenali pelantun lagu ‘Jerat Percintaan’ dan ‘Kesilapanku, Keegoanmu’ itu.

Tular pak Arab persoal siapa Siti Nurhaliza

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki luar negara berbangsa Arab tidak mengenali juara Anugerah Juara Lagu (AJL) sebanyak tiga kali itu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@shabouk9), lelaki itu secara kebetulan bertemu dengan Siti yang lebih popular dengan panggilan TokTi semasa dia sedang berjalan-jalan di dalam sebuah pusat membeli-belah.

Dalam video tersebut, kelihatan TokTi sedang berjalan sambil dikawal oleh beberapa anggota polis.

Pak Arab bingung siapa Siti, tak lepaskan peluang ambil video juga

Lelaki itu tidak melepaskan peluang merakam kerana melihat orang ramai yang mendekati TokTi mengambil gambar dan video penyanyi terkenal itu.

Kelihatan lelaki terbabit juga kebingungan melihat keadaan riuh di pusat membeli-belah terbabit kerana kehadiran Siti sambil dia mempersoal siapakah individu itu.

“Siapa dia (Siti Nurhaliza) ni? Saya tak tahu, tapi saya tengok orang ramai ambil gambar jadi jom ambil gambar juga,” katanya di dalam bahasa Arab.

https://www.tiktok.com/@shabouk9/video/7500762860658740488

Netizen beri pelbagai reaksi

Memindai ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video terbabit.

Ada yang memberitahu kepada lelaki terbabit bahawa wanita yang dilihatnya itu bernama Siti Nurhaliza dan merupakan seorang penyanyi terkenal di Malaysia.

Ada juga yang menyifatkan Siti umpama Nancy Ajram versi Asia Tenggara.

Ramai juga bagi jawapan merapu

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan, rata-rata netizen memberi jawapan yang merapu terhadap persoalan yang dibangkitkan lelaki terbabit.

Ada yang berseloroh dengan memberi jawapan seperti ‘Siti Nurhaliza adalah atlet Muay Thai Malaysia di One Championship’ dan ‘Siti adalah penyanyi terkenal yang berasal dari Indonesia’.

Malah, ada yang berseloroh dengan mengatakan Siti merupakan atlet e-sukan Malaysia bagi permainan Mobile Legends: Bang Bang.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd