[Video] Demi Keselamatan Pengguna Jalan Raya, Pemuda & Anggota Polis Bekerjasama Tutup Jalan Berlubang
Difahamkan, pemuda itu menemui lubang tersebut ketika melalui Jalan Conlay berhampiran Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Setiap pengguna jalan raya sering kali dinasihatkan agar mematuhi peraturan dan sentiasa fokus kepada pemanduan.
Ia penting bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara yang tidak diingini seperti kemalangan jalan raya.
Kadangkala, bukan hanya sikap individu yang menjadi punca kejadian sebegitu namun faktor lain seperti keadaan jalan juga boleh menjadi penyebabnya.
Contohnya seperti jalan tidak rata atau berlubang yang boleh menyebabkan pelbagai risiko seperti pemandu hilang kawalan dan kerosakan kenderaan. Lebih teruk, jika mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya.
Pemuda Jumpa Lubang Tersembunyi Di Jalan Raya, Nampak Kecil Tapi Sebenarnya Dalam & Boleh Bahayakan Pengguna
Semalam (6 Mei), tular di media sosial perbuatan baik seorang pemuda yang menutup lubang (pothole) ketika dia melalui sebuah jalan raya di Kuala Lumpur.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pemuda berkenaan di TikTok @driving4dummies, dia pada mulanya sedang menunggang motosikal melalui Jalan Conlay berhampiran Pusat Perubatan Prince Court.
Melalui perkongsian itu, pemuda yang dikenali sebagai Ammar menunjukkan lubang yang terdapat di laluan berkenaan.
Apa yang menjadi perhatian adalah lubang tersebut jika dilihat dari jauh nampak kecil dan tidak terlalu dalam.
Namun hakikatnya, ia agak dalam dan boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.
Prihatin dengan keadaan tersebut, Ammar dilihat terus mengambil gambar lubang terbabit.
Polis Trafik Kebetulan Lalui Jalan Tersebut, Terus Bertindak Pantas Halang Lubang Dengan Penghadang
Pada ketika itu, seorang anggota polis trafik secara kebetulan melalui kawasan tersebut dan melihat tindakan pemuda berkenaan.
Kedengaran anggota polis itu terus bertanyakan kepada Ammar tentang sebab di sebalik perbuatannya.
Mendengar jawapan Ammar, anggota polis berkenaan tanpa berfikir panjang terus menarik penghadang bagi mengelakkan pengguna jalan raya lain melanggar lubang berkenaan.
Jelas Ammar, situasi itu amat bermakna baginya apatah lagi dia dan anggota polis bersama-sama berganding bahu mahu memastikan keselamatan pengguna yang lain.
“Moment simple tapi bermakna bagi saya, rakyat dan polis sama-sama jaga keselamatan jalan raya. Love!” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Malah, Ammar turut membuat aduan kerosakan jalan tersebut menerusi aplikasi My Jalan KKR agar tindakan selanjutnya dapat dilakukan.
@driving4dummies Tengah ride, ternampak lubang bahaya. Berhenti kejap nak ambil gambar, tiba tiba abang polis datang. Terus dia letak kon untuk alert pengguna lain supaya tak terlanggar hidden pothole tu. Moment simple tapi bermakna bagi saya, rakyat dan polis sama sama jaga keselamatan jalan raya. Loooove! ♥️
♬ Sailor Song – Gigi Perez
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Puji Sikap Prihatin Pemuda & Anggota Polis Bantu Tutup Lubang
Video yang telah mendapat hampir 330,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan prihatin kedua-dua individu terbabit dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Apatah lagi, pemuda berkenaan dilihat terus membuat aduan kepada pihak berkaitan agar jalan raya itu dapat diperbaiki.
Pada masa sama, ada juga warganet yang turut berkongsi pengalaman sendiri melalui jalan sebegitu rupa.
Cara Buat Aduan Jalan Rosak Di Kuala Lumpur
Sekadar info, jika anda melalui atau terjumpa jalan yang rosak di sekitar Kuala Lumpur, anda boleh membuat aduan melalui saluran seperti berikut:
1. Jabatan Kerja Raya (JKR)
- Nombor Telefon: 1-300-888-557
- Melalui emel: aduan@jkr.gov.my
- Aplikasi MyJalan KKR
2. Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL)
- WhatsApp Aduan Potholes DBKL di 011 62396652
- Laman web aduan iSPAAA DBKL
- Hotline DBKL di talian 1 800 88 3255
- Sistem Pengaduan Awam DBKL
- Aplikasi i-Tegur (KPKT)
- Aduan bersemuka di Pejabat Cawangan DBKL
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Terima Kasih Abang & Anggota Polis Trafik Tu”

“Baru Lalu Pagi Ini, Sangat-Sangat Dalam Lubangnya”

“Inilah Yang Terbaik, Nampak & Lapor! Polis Trafik Pun Terbaik”

“Bang, Saya Dah Hadap Lubang Ni Sampai Motor Rosak”

“Lubang Itu Memang Perangkap Untuk Rider, Nasib Tak Baik Nyawa Melayang”

Baca Artikel Berkaitan: ‘Rider’ Luar Negara Persoal Tentang Jalan Raya Di Malaysia Yang Banyak Berlubang
Baca Artikel Berkaitan: Baru 6 Hari Kahwin, Suami Maut Lepas Motor Langgar Lubang Jalan Di Pahang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Disangka Lopak Air Biasa, Axia ‘Terjongket’ Masuk Lubang Jalan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.