Now Reading
[Video] Bill O’Reilly Sindir Malaysia Lagi Lepas ‘Koyak’ Dengan Kenyataan PMX

[Video] Bill O’Reilly Sindir Malaysia Lagi Lepas ‘Koyak’ Dengan Kenyataan PMX

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyangkal statistik O’ Reilly tentang pendapatan per kapita isi rumah di Malaysia dan menyifatkan ia adalah tidak benar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kunjungan Presiden China, Xi Jinping ke tiga buah negara Asia Tenggara pada 14 hingga 18 April lalu nyata mendapat perhatian seluruh negara.

Apatah lagi, lawatannya ke Malaysia, Vietnam dan Kemboja itu dalam keadaan China sedang terlibat dengan perang perdagangan bersama Amerika Syarikat (AS).

Ia mendapat perhatian ramai termasuklah pengulas politik konservatif dan hos televisyen AS, Bill O’Reilly yang mempersoal dan mengutuk kunjungan Xi Jinping.

Lebih mengejutkan, dia juga mendakwa ‘Malays’ tiada duit untuk membeli barangan dari negara tembok besar itu.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya membidas kenyataan O’Reilly dan menyifatkan ia sebagai kenyataan yang angkuh dan jahil serta mencerminkan pemikiran sempit yang dipengaruhi sentimen perkauman dan ideologi penjajah.

“Dalam sains sosial, ini disebut sebagai pemikiran yang terperangkap… pemikiran yang terbawa-bawa dengan sikap imperialis menyebabkan ada sikap xenophobia, antikaum lain dan Islamophobia,” kata Anwar yang dipetik dari Astro Awani.

O’ Reilly Tertawa Sinis Dengan Kenyataan Anwar, Siap Buat Perbandingan Pendapatan Isi Rumah Tahunan Per Kapita Malaysia & AS

Koyak dengan kenyataan Anwar yang turut menggelarnya sebagai penjajah, O’ Reilly kemudiannya tampil merendah-rendahkan Malaysia.

Menerusi sedutan video yang dikongsikan di X, O’Reilly mendakwa Malaysia sedang marah kepadanya gara-gara kenyataan yang dibuat olehnya ketika lawatan Xi Jinping.

Malah, dia tertawa sinis siap membuat perbandingan pendapatan isi rumah tahunan per kapita di antara Malaysia dan AS.

“Pendapatan isi rumah per kapita di Malaysia adalah AS$5,731 (RM25,061) setahun, setahun! Okay, AS$5,731.

“Dengan perbandingan, pendapatan isi rumah per kapita AS adalah AS$42,220 (RM184,628), itu menjadi lapan kali ganda lebih banyak,” katanya sinis.

Dakwa Rakyat Malaysia Tidak Akan Dapat Beli Barang & Makanan Cina Di Kuala Lumpur

Berdasarkan statistik yang dikongsikan olehnya, O’ Reilly secara sinis dan seolah menyindir bahawa rakyat Malaysia tidak akan membeli topi dengan pendapatan sebegitu.

“Anda juga tidak akan mendapat makanan Cina di Kuala Lumpur, ‘You are barely eating’. Jadi Perdana Menteri, saya ucapkan selamat maju jaya,” katanya lagi.

Video sama turut dikongsikan di YouTube personaliti tv itu.

Puji Kecantikan Malaysia Tapi Tetap Dengan Pendirian China Tidak Dapat Jual Barang Di Malaysia

Pun begitu, O’ Reilly sempat memuji kecantikan Malaysia walaupun baginya negara ini disifatkan sebagai ‘rumit’.

Malah, dia tetap dengan pendirian bahawa China tidak akan dapat menjual barangnya ke Malaysia.

“Kami mahu anda berjaya namun ‘penjajah’ ini memberitahu anda tentang kebenaran.

“China takkan boleh jual barang mereka di negara awak, Vietnam atau Kemboja,” katanya lagi.

Fahmi Fadzil Bidas Kenyataan O’Reilly, Malaysia Negara Berpendapatan Sederhana Tinggi

Dalam pada itu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyangkal statistik O’ Reilly tentang pendapatan per kapita isi rumah di Malaysia dan menyifatkan ia adalah tidak benar.

Jelas Fahmi dalam satu hantaran di X, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada 2023 ialah AS$11,379 (RM49,788).

“Menurut Bank Dunia, KDNK per kapita Malaysia pada tahun 2023 ialah AS$11,379.

“Apabila diselaraskan mengikut pariti kuasa beli, jumlahnya AS$36,416 (RM159,350), meletakkan Malaysia dalam kalangan negara berpendapatan sederhana tinggi,” jelasnya.

Terdahulu, O’ Reilly menjadi bualan dan mendapat kritikan ramai gara-gara kenyataannya yang memperlekeh kuasa beli di Malaysia.

Dia mendakwa tiga negara kunjungan Xi Jinping tiada duit dan tidak boleh membantu Presiden China itu untuk membeli barangan dari negaranya.

Sebaliknya, dia berpendapat negaranya ‘mempunyai wang’ dan boleh membeli barangan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: “Malaysians Tak Ada Duit” – Pengulas AS ‘Kutuk’ Kedatangan Presiden China Ke Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: Ini Senarai Jalan Yang Ditutup Pada 15 Hingga 17 April Sempena Kedatangan Presiden China

Baca Artikel Berkaitan: Produk China Didakwa Dipalsukan Sebagai Buatan Malaysia Bagi Elak Tarif AS Tinggi


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  TwitterThreads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd