Influencer Cayson Goh Nafi Hina Agong, Dakwa Ada Pihak Menyamar Guna Akaun FB Palsu
Pempengaruh Cayson Goh kesal selepas ada pihak tidak bertanggungjawab di Facebook menggunakan namanya dengan membuat kenyataan yang menghina YDPA.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak belakangan ini, ada sahaja isu panas yang dilihat boleh menjejaskan keharmonian dan perpaduan negara.
Antara yang mendapat perhatian adalah isu ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap tanpa bulan sabit dipaparkan di sebuah akhbar tempatan serta komen jelik individu tidak bertanggungjawab sewaktu pengebumian bekas Perdana Menteri Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Terbaharu, muncul pula kenyataan yang didakwa berunsur penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim dibuat oleh seorang pengguna Facebook menggunakan nama Cayson Goh.
Kenyataan biadab itu mendapat perhatian ramai termasuklah Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pengguna Facebook berkenaan.
Ekoran itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telahpun menjalankan siasatan terhadap kenyataan yang dimuat naik sebaik menerima laporan daripada seorang individu pada jam 11.18 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan, Sarawak semalam (17 April).
Yang kamu kata anjing liar itu adalah Yang Dipertuan Agong kita semua!!!! Ini sangat melampau,dan saya mohon pihak…
Posted by Akmal Saleh on Wednesday 16 April 2025
Pempengaruh Dakwa Ada Orang Menyamar Guna Fake Account
Terbaharu, pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Cayson Goh kesal selepas ada pihak tidak bertanggungjawab di Facebook menggunakan namanya dengan membuat kenyataan yang menghina YDPA.
Cayson atau nama sebenarnya Goh Khai Seng berharap agar pihak berkuasa dapat membantu membersihkan semula nama dan imejnya.
Dakwa Cayson yang berusia 40 tahun, hantaran penghinaan yang tular itu dibuat oleh seorang individu menggunakan akaun palsu (fake account) yang menyamar sebagai dirinya sendiri.

Pemilik Nama Sebenar Cayson Goh Sudah Buat Laporan Polis, Mohon Maaf Kepada YDPA
Sedar tentang apa yang berlaku, Cayson telahpun membuat laporan polis berhubung kejadian berkenaan.
Malah, dia turut meminta bantuan rakannya untuk membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
“Saya ingin merakamkan permohonan maaf yang setulus-tulusnya kepada Yang di-Pertuan Agong kerana sebagai anak Johor, saya sama sekali tidak mungkin dan tidak akan bersikap biadap terhadap institusi Diraja.
“Segala kenyataan yang menghina institusi Diraja bukan daripada saya dan saya ingin menafikan sekeras-kerasnya kandungan terbabit dan amat kesal serta dukacita dengan apa yang berlaku.
“Saya tampil hari ini kerana saya adalah mangsa kepada satu serangan berniat jahat di mana baru-baru ini terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah mewujudkan akaun media sosial palsu menggunakan nama dan gambar saya dengan tujuan mengelirukan orang ramai serta mencemarkan nama baik saya,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.
Akaun Facebook Rasmi Cayson Goh Ada Tanda Verified
Jelas Cayson lagi, akaun Facebook rasmi miliknya mempunyai tanda semak biru (verified) sebagai bukti yang ia disahkan oleh platform media sosial tersebut.
“Akaun palsu itu tidak mempunyai sebarang pengesahan dan hanya mempunyai 11 rakan. Ini jelas membuktikan ia adalah akaun palsu.
“Sebagai pempengaruh, saya sedar imej saya terbuka kepada umum dan mudah disalahgunakan oleh pihak yang berniat jahat,” jelasnya lagi.

Everyone my account have 3.9k friend And have META Verified bluetick FAKE ACCOUNT ONLY 11 friend I have to report this morning “Let’s all stay calm and leave it to the police to handle.”
Posted by Cayson Goh on Wednesday 16 April 2025
Terdahulu, tular kenyataan yang berunsur penghinaan dikeluarkan oleh pengguna Facebook dengan nama Cayson Goh yang menghina Sultan Ibrahim dalam sambutan negara terhadap Presiden China, Xi Jinping pada Rabu (16 April) lalu.
Pengguna terbabit memuat naik kenyataan yang berbahasa Cina dengan terjemahan kata-kata terbabit mempunyai unsur penghinaan terhadap Sultan Ibrahim.
Menerusi tangkap layar yang tular, hantaran itu membawa maksud ketua negara kita yang terhormat tiba-tiba bertukar menjadi anjing liar di hadapan bos Cina, dia-diam berdiri di sebelah bos Cina. Melayu adalah Melayu.
“Jika mereka tidak dilatih, mereka tidak akan belajar dengan baik. Makan kepala negara tulang,” tulis pengguna itu lagi.
Walau bagaimanapun, hasil semakan kami mendapati akaun dan kenyataan terbabit telahpun dipadam.
Baca Artikel Berkaitan: Isu Bendera Tidak Lengkap: Keterangan Sudah Diambil, Ketua Editor & Penyunting Sin Chew Daily Dibebas
Baca Artikel Berkaitan: Padah Hina Agong Di Laman X, Peniaga Gerai Makan Didenda RM3,000
Baca Artikel Berkaitan: Kes Hina Agong, TMJ & PMX: TikToker Rayyan Wong Bebas Dengan Jaminan Polis
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.