[Video] ST Rosyam Mall Sediakan Kaunter Drive-Thru Pertama Di Malaysia
Lebih mengujakan, perkhidmatan kaunter pandu lalu oleh ST Rosyam Mall itu dibuka selama 24 jam pada setiap hari.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Semakin hari, ada sahaja idea kreatif peniaga dan usahawan dalam menarik pelanggan untuk datang ke premis mereka.
Antara yang paling biasa dilakukan adalah menawarkan promosi atau diskaun istimewa khususnya buat pelanggan setia.
Tidak hanya itu, ada juga yang menyediakan perkhidmatan unik dan kreatif bagi memberikan pengalaman istimewa sekali gus memudahkan pelanggan untuk membeli-belah.
Pasar Raya ST Rosyam Mall Sedia Kaunter Pandu Lalu Untuk Pelanggan Beli Barang
Jika dahulu perkhidmatan pandu lalu atau drive-thru hanya sinonim dengan restoran, kini orang ramai berpeluang menggunakan perkhidmatan yang sama di pasar raya.
Itulah yang diperkenalkan oleh Pasar Raya ST Rosyam Mall yang menyediakan kaunter pandu lalu pertama di Malaysia istimewa buat pelanggannya yang mahu membeli barang keperluan harian.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh mereka di TikTok @strosyammarttiktok.
Tiada Pembelian Minimum Atau Maksimum, Pelanggan Hanya Perlu Duduk Dalam Kereta
Mesti ada yang tertanya-tanya bagaimana proses pembelian itu akan berlaku tanpa kehadiran pelanggan ke dalam premis.
Jelas pihak ST Rosyam Mart, pelanggan hanya perlu membuat pesanan secara dalam talian atau di kaunter pandu lalu yang disediakan.
Lebih menarik, tiada syarat pembelian maksimum atau minimum yang ditetapkan. Orang ramai boleh membeli barang mengikut kuantiti yang diperlukan oleh mereka,
“Dekat sini kita tiada minimum atau maksimum order. Korang boleh order seberapa banyak yang korang nak.
“Korang boleh order secara online (dalam talian) ataupun korang direct ke kaunter,” kata mereka.
Malah, pelanggan hanya perlu menunggu dan duduk sahaja di dalam kereta sebaik membuat pesanan.
Ini kerana akan ada pekerja pasar raya berkenaan yang menghantar barang kepada pelanggan.
“Korang tak perlu keluar kereta, lepas korang order je, korang ke depan, lepas tu semua barang staf kita akan masukkan ke dalam kereta anda,” kongsi mereka lagi.
Kaunter Drive-Thru Dibuka Selama 24 Jam Setiap Hari
Lebih mengujakan, perkhidmatan pandu lalu pengambilan barang pesanan itu dibuka selama 24 jam pada setiap hari.
Namun buat masa ini, difahamkan hanya pasar raya ST Rosyam Mall cawangan Jalan Kebun Klang yang menyediakan perkhidmatan drive-thru ini.
Tonton video penuh [DI SINI]
Ramai Teruja Dengan Perkhidmatan Drive-Thru, Anggap Mudahkan Pengguna Untuk Beli Belah
Video yang telah mendapat lebih 29,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menzahirkan rasa teruja apabila melihat perkhidmatan pandu lalu disediakan.
Ini kerana mereka berpendapat ia memudahkan pelanggan khususnya buat para ibu yang membawa anak kecil dan boleh membeli-belah tanpa perlu keluar dari kenderaan.
Malah, ada yang mencadangkan agar perkhidmatan drive-thru itu diperluaskan lagi ke cawangan yang lain.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Bestnya! ST Rosyam Dah Ke Depan, Kalah Pasar Raya Besar Yang Lain”

“Sumpah Cara Macam Ni Paling Function Untuk Emak Yang Kena Angkut Anak Kecil Sebab Nak Beli Barang Masak”

“Buat Dekat Kuala Lumpur Juga Nanti, Sebab Elok Untuk OKU, Berkerusi Roda Tak Payah Turun Dari Kereta”

“Menariknya!”

Baca Artikel Berkaitan: Taco Bell Bakal Lancar Cawangan ‘Drive-Thru’ Pertama Di Malaysia, Lengkap Dengan Sistem Pesanan Digital
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Troli Pasar Raya Di Putrajaya Siap Ada ‘Scanner’ Buat Orang Ramai Teruja
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.