Now Reading
Akhbar Sin Chew Daily Mohon Maaf Selepas Dikritik Guna Ilustrasi Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit

Akhbar Sin Chew Daily Mohon Maaf Selepas Dikritik Guna Ilustrasi Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit

Jelas Sin Chew Daily, ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap pada muka hadapan akhbar berkenaan berlaku disebabkan kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (15 April), kecoh di media sosial hantaran seorang pengguna Facebook mengenai ketiadaan elemen bulan sabit di bendera Malaysia yang diletakkan pada sebuah akhbar tempatan.

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook Fais Al-Hajari, pengguna itu mempersoalkan ketiadaan elemen bulan sabit pada Jalur Gemilang yang membawa maksud agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Jelas pengguna berkenaan, dia berpendapat ‘kehilangan’ bulan sabit pada Jalur Gemilang dalam ilustrasi yang dikongsikan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily adalah satu kesalahan yang tidak sepatutnya berlaku serta tidak boleh dimaafkan.

Hantaran itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mengecam dan mahu tindakan undang-undang diambil terhadap akhbar tersebut.

Sin Chew Daily Mohon Maaf, Ketiadaan Bulan Sabit Pada Jalur Gemilang Adalah Kesilapan Teknikal Yang Tidak Disengajakan

Terbaharu, akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily memohon maaf berhubung isu ketiadaan bulan sabit pada Jalur Gemilang yang dipaparkan di dada akhbar mereka.

Jelas Sin Chew Daily, ilustrasi Jalur Gemilang yang tidak lengkap pada muka hadapan akhbar berkenaan berlaku disebabkan kesilapan teknikal yang tidak disengajakan.

“Kami berasa amat kesal dan kecewa dengan kekhilafan tersebut. Bagi pihak semua kakitangan Sin Chew Daily, kami menyusun sepuluh jari memohon jutaan maaf kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Sin Chew Daily Buat Pindaan Segera Pada Versi Digital, Versi Cetakan Akan Diterbitkan Semula Hari Ini

Pada masa yang sama, mereka menjelaskan telah membuat pindaan segera kepada imej berkenaan dalam versi digital dan akan membuat cetakan semula dalam versi akhbar.

“Pindaan segera telah dilakukan kepada ilustrasi versi digital. Ilustrasi yang dipinda dan disempurnakan akan diterbitkan semula esok dalam versi cetak akhbar kami,” jelas mereka lagi.

Ada Hantaran Mempersoalkan Ketiadaan Elemen Telah Dipadam MCMC

Pun begitu, Fais Al-Hajari mendakwa kandungan yang dikongsikan olehnya berhubung isu ketiadaan bulan sabit pada Jalur Gemilang di akhbar berkenaan telahpun dipadam oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Dakwa pengguna berkenaan, MCMC telah membuat permintaan secara undang-undang kepada Meta untuk menurunkan kandungan tersebut.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dah buat gila. Hantaran saya ini merujuk kepada kesilapan bodoh yang…

Posted by Fais Al-Hajari on Tuesday 15 April 2025

Untuk info, isu ketiadaan bulan sabit bukan hanya dikongsikan oleh Fais Al-Hajari, sebaliknya beberapa pengguna serta laman Facebook lain termasuk aktivis Firdaus Wong Wai Hung turut mempersoalkan perkara yang sama.

Akbar berbahasa Cina 马来西亚星洲日报 Malaysia Sin Chew Daily di halaman utama suratkhabarnya meletakkan gambar Jalur Gemilang…

Posted by Firdaus Wong Wai Hung on Tuesday 15 April 2025

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  TwitterThreads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd