Tarif AS Ke Atas China Dikenakan Trump Meningkat Kepada 104%


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dunia ketika ini digemparkan dengan kenaikan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap 168 negara termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand, Singapura dan Vietnam.
Pengumuman mengenai perkara itu yang dibuat oleh Presiden AS, Donald Trump pada 2 April lalu menunjukkan negara China merupakan salah satu negara yang dikenakan tarif tertinggi iaitu sebanyak 54%.
Meskipun Malaysia turut terjejas, namun negara ini tidak terlalu terkesan kerana hanya dikenakan tarif 24% sahaja buat masa ini.
Baca Artikel Berkaitan: Tarif Trump Jejaskan Malaysia? Ini Penjelasan Tengku Zafrul [Video]
Trump kenakan tarif mengejut 104% kepada China
Terbaharu, pentadbiran Trump terus melakukan kejutan apabila mengenakan tarif sebanyak 104% ke atas semua barangan import dari China yang berkuat kuasa hari ini (9 April).
Menurut Awani yang memetik kenyataan Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt, ini merupakan tambahan kepada tarif sedia ada terhadap China sebelum penggal kedua Trump bermula.
Difahamkan, negara Tembok Besar itu pada asalnya dijangka menghadapi kenaikan tarif sebanyak 34% sebagai sebahagian daripada pakej tarif ‘timbal balik’ Trump.
Beijing tak tunaikan janji punca Trump tambah lagi 50% tarif
Bagaimanapun, Trump menambah lagi 50% selepas Beijing tidak menarik balik janjinya untuk mengenakan tarif balas sebanyak 34% ke atas barangan AS sebelum tengah hari semalam.
Sebelum ini, Kementerian Perdagangan China menyatakan mereka ‘tegas menentang’ tambahan tarif 50% terhadap import negaranya dan menyifatkan ia sebagai ‘satu kesilapan di atas kesilapan’.
Kementerian itu juga berikrar akan meningkatkan tindakan balas mereka terhadap eksport AS.
Kenaikan tarif hampir di seluruh dunia ini pastinya akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi global apabila harga barang yang meningkat menyebabkan permintaan semakin menurun.
Kerajaan berusaha pertahankan ekonomi Malaysia
Terdahulu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tenku Abdul Aziz menyatakan bahawa kerajaan dari dahulu lagi sudah sedar mengenai potensi kenaikan tarif ini, susulan itu mereka cuba pelbagaikan pasaran eksport ke negara-negara lain.
“Kita (Malaysia) juga giat mengadakan perjanjian perdagangan bebas dengan pelbagai negara. Awal tahun ini kita sudah tandatangan CEPA (Comprehensive Economic Partnership Agreement) dengan UAE dan kita juga sudah mulakan semula rundingan FTA dengan EU dan dan Korea Selatan pada tahun lepas.
“Satu lagi pasaran eksport dengan potensi besar ialah Asean. Perdagangan antara negara Asean masih rendah iaitu di bawah 25%. Sebagai Pengerusi Asean 2025, antara fokus Malaysia ialah meningkatkan perdagangan antara negara Asean,” katanya.
Pada masa yang sama, Tengku Zafrul juga menyatakan bahawa Malaysia akan terus berunding dengan AS untuk mencari penyelesaian ‘win-win situation’ bagi kedua-dua pihak.
Nilai Rupiah terjejas teruk gara-gara tarif Trump
Negara jiran kita iaitu Indonesia juga terkesan dengan kenaikan tarif Trump ini di mana mata wang mereka terjejas dengan teruk.
Sebagai info, paras Rupiah terjejas ke tahap paling teruk sejak krisis kewangan Asean pada tahun 1998.
Susulan itu, Bank Pusat Indonesia akan ‘campur tangan secara agresif’ di pasaran domestik bagi mempertahankan mata wang negara mereka.
Baca Artikel Berkaitan:“Waktu Terbaik” – Nilai Rupiah Jatuh, Wanita Indonesia Ini Ajak Rakyat Malaysia Bercuti Di Sana [Video]
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.