[Video] Gara-Gara Waze, Deretan Kereta Lalu Laluan Dikelilingi Hutan Belantara
Difahamkan, lokasi laluan hutan berkenaan terdapat di Jeli, Kelantan ketika pengguna itu dalam perjalanan pulang ke rumah setelah menyambut Aidilfitri di kampung halaman.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Hari Raya Aidilfitri merupakan antara perayaan utama yang disambut di Malaysia.
Oleh sebab itu, setiap kali tiba perayaan ini, masyarakat Malaysia khususnya Melayu akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung halaman meraikannya bersama keluarga tercinta.
Sudah pastilah perjalanan pulang ke kampung menjadi agak sesak berbanding biasa. Namun bagi kebanyakan orang, itu bukanlah menjadi satu halangan.
Apatah lagi kini telah wujud aplikasi seperti Google Maps atau Waze yang boleh mencadangkan jalan alternatif untuk mengelakkan pengguna dari terperangkap dengan kesesakan jalan raya selain dapat menjimatkan masa perjalanan.
Waze Beri Petunjuk Lalu Jalan Hutan Belantara
Jika kebiasaannya Waze mencadangkan laluan alternatif yang elok dan mudah diakses, lain pula dengan seorang pengguna ini yang mempunyai pengalaman berbeza.
Menerusi video yang dikongsikan olehnya di TikTok @meknamohta, kelihatan kenderaannya sedang melalui laluan hutan belantara yang kiri kanannya dikelilingi dengan pokok-pokok.
Bukan Hanya Keretanya Sahaja, Pengguna Lain Turut Guna Jalan Yang Sama
Apa yang menjadi perhatian, bukan hanya dia sahaja yang menggunakan laluan tersebut, namun beberapa buah kereta lain turut menggunakan laluan yang sama.
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat pada mulanya beberapa buah kereta berhenti di jalan yang hanya boleh memuatkan sebuah kenderaan sebelum masing-masing bergerak semula.
“Angkara Waze. Ceruk mana ni dia bawa. Kalau kereta depan rosak, jenuh semua sangkut,” tulis pengguna itu di video.
Difahamkan, lokasi laluan berkenaan terdapat di Jeli, Kelantan ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah setelah menyambut Aidilfitri di kampung halaman.
Tonton video penuh [DI SINI].
Ramai Kongsi Pengalaman ‘Indah’ Guna Waze
Video yang telah mendapat lebih 179,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang boleh mengaitkan pengalaman pengguna itu dengan pengalaman mereka sendiri.
Ini kerana majoriti daripada pengguna media sosial pernah berhadapan dengan situasi sama melalui jalan sedemikian atas saranan aplikasi berkenaan.
Namun, ada juga yang berpendapat aplikasi navigasi seperti Google Maps boleh membantu dengan mencadangkan jalan alternatif yang lebih baik.
Namun, segelintir individu tidak bersetuju memandangkan mereka juga mempunyai pengalaman buruk menggunakan aplikasi milik Google itu.
3 Langkah Mudah Elakkan Waze Cadang Jalan Pelik
Memetik portal Maskulin, ada tiga langkah mudah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan daripada Waze mencadangkan jalan yang pelik kepada anda.
Mudah sahaja, caranya adalah:
- Pergi ke aplikasi Waze dan pilih bahagian Setting

2. Pilih bahagian Navigation

3. On kan bahagian ‘Avoid Ferries’ dan ‘Avoid difficult intersections’ untuk mengelakkan jalan mengelirukan.
Jangan lupa, pastikan anda meletakkan don’t allow pada bahagian Unpaved roads mengelakkan daripada Waze membawa ke jalan yang tidak bertar seperti ladang.

Ini antara komen pengguna TikTok:
“Kalau Kawasan Kampung, Elakkan Guna Waze. Dia Akan Bawa Jalan Shortcut Yang Entah Apa-Apa”

“Guna Google Maps Insya-Allah Takde Dia Bawa Jalan Macam Ni, Saya Balik Kelantan Jumaat Sebelum Raya 7 Jam Je”

“Kami Masa Raya Kedua Sesat Sampai Ladang Kelapa Sawit, Gara-Gara Maps La”

“Pernah Guna Waze, Masa Tu Nak Pergi Lapor Diri, Sekali Dia Bawa Ke Kawasan Kubur”

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Sesat Dalam Hutan Angkara Ikut Waze, Siap Penuh Kesan Tapak Tangan Misteri Pada Kereta Buat Ramai Meremang
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Netizen Terhibur Lelaki Cari Stesen Minyak, Tetapi Waze Bawa Pergi Pejabat Urusan Petron Pula
Baca Artikel Berkaitan: Pengguna Waze Seluruh Dunia Lapor Aplikasi Berubah Ke Bahasa Hebrew
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.



