Insiden Kebakaran Paip Gas Putra Heights: CIDB Mohon Maaf, Tarik Balik Kenyataan Selepas Dedah Siasatan Awal
Terdahulu, CIDB memaklumkan siasatan awal mereka mendapati tiada aktiviti pembinaan dilakukan bersamaan tarikh berlakunya insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Walaupun telah masuk hari ketiga, kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights masih hangat lagi diperkatakan hingga kini.
Manakan tidak, insiden berkenaan meninggalkan kesan yang amat dahsyat khususnya kepada mangsa terlibat terutama kepada kediaman serta harta benda mereka.
Lebih menjadi perhatian, ada pihak yang mendakwa insiden itu berpunca daripada projek pembinaan yang dijalankan berhampiran lokasi kejadian.
Malah, semalam (2 April) turut tular rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan kerja korek tanah beberapa hari sebelum berlakunya tragedi itu.
@miiraahz Selalu lalu jalan ni.. Selalu nampak hijau je cantik tp skrg.. Semoga dipermudahkan urusan semua mangsa kejafian Amiin #putraheights #fire #kebakaran #gasleak #gas #fyppppppppppppppppppppppp
♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya
Tonton video penuh [DI SINI]
Namun, ianya dilihat bercanggah dengan kenyataan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang mendedahkan siasatan awal kejadian kebakaran berkenaan mendapati tiada aktiviti pembinaan dilakukan bersamaan tarikh berlakunya insiden letupan.
Pendedahan itu berdasarkan siasatan yang dijalankan oleh pasukan penguatkuasaan CIDB Selangor yang berada di lokasi kejadian semalam serta hasil dapatan maklumat daripada agensi dan kontraktor terlibat.
CIDB Tarik Balik Pendedahan Siasatan Awal, Enggan Dahului Proses Siasatan
Terbaharu, CIDB dalam satu kenyataan di media sosial mereka memohon maaf dan menarik semula kenyataan yang dikeluarkan petang semalam berhubung siasatan awal yang dijalankan.
Jelas CIDB, penarikan semula itu adalah kerana mereka tidak mahu mendahului proses siasatan yang masih berjalan serta melibatkan banyak pihak berkuasa.
“CIDB ingin memohon maaf atas sebarang kekeliruan atau kebimbangan yang tercetus akibat kenyataan terbabit, terutama kepada penduduk yang terkesan.
“Kami memahami kesulitan yang dihadapi dan berusaha memastikan perkara ini ditangani dengan penuh integriti dan ketelusan,” katanya.
Komited Pastikan Siasatan Dijalankan Dengan Teliti & Adil
Pada masa yang sama, CIDB komited dalam memastikan setiap aspek dinilai dengan teliti secara menyeluruh dan adil.
“CIDB juga menegaskan bahawa kami tidak akan berkompromi dalam isu pematuhan terhadap standard keselamatan dan peraturan industri pembinaan.
“Sekiranya terdapat sebarang pelanggaran peraturan atau ketidakpatuhan, tindakan sewajarnya akan diambil tanpa sebarang pengecualian.
“Komitmen kami adalah untuk memastikan industri pembinaan negara beroperasi mengikut piawaian tertinggi demi keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan semua pihak,” kata mereka lagi.
KENYATAAN MEDIA KES LETUPAN SALURAN GAS DI PUTRA HEIGHTS: CIDB TARIK SEMULA KENYATAAN MEDIA KUALA LUMPUR (2 APRIL…
Posted by CIDB Malaysia on Wednesday 2 April 2025
CIDB Sebelum Ini Dedah Tiada Pembinaan Dijalankan Pada Hari Kejadian
Terdahulu, CIDB dalam satu kenyataan sebelum ini mendedahkan hasil siasatan mendapati tapak pembinaan 10 kedai pejabat dua tingkat yang didakwa warganet mempunyai kaitan dengan insiden terbabit sebenarnya terletak 30 meter dari lokasi kejadian.
“Laporan yang kami terima daripada kontraktor menunjukkan hanya terdapat kerja-kerja pembentungan yang dilakukan di tapak pembinaan tersebut pada pada 30 Mac lalu, manakala kerja-kerja house keeping pula dilakukan pada 31 Mac lalu.
“Laporan menunjukkan tiada sebarang kerja pembinaan yang sedang berlaku di tapak tersebut pada 1 April semasa letupan gas berlaku,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.
Penolong Pengurus Projek Ada Terima Panggilan Berhubung Insiden Letupan
Jelas CIDB, Penolong Pengurus Projek berkenaan yang pada ketika itu berada di rumah turut mendapat panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 8.32 pagi.
Malah ketika kejadian, terdapat seorang pengawal bangsa tempatan serta seorang pekerja asing yang berada di lokasi namun kedua mereka dikejarkan ke hospital kerana cedera akibat insiden berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: Insiden Putra Heights: Jumlah Mangsa Di PPS Meningkat Namun Tiada Mayat Ditemui
Baca Artikel Berkaitan: Chery Malaysia Bekalkan 50 Kereta Untuk Kegunaan Sementara Mangsa Kebakaran Putra Heights
Baca Artikel Berkaitan: Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Putra Heights: Polis Siasat Dakwaan Kerja Korek Tanah Jadi Punca
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.