Now Reading
Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Putra Heights: Polis Siasat Dakwaan Kerja Korek Tanah Jadi Punca

Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Putra Heights: Polis Siasat Dakwaan Kerja Korek Tanah Jadi Punca

Menurut Ketua Polis Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Petronas juga akan melakukan pemeriksaan dan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (1 April), negara dikejutkan dengan kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Selangor.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.23 pagi.

Ketika kejadian, api dianggarkan menjulang lebih 30 meter sehingga ke udara dengan suhu mencecah hampir 1,000 darjah Celsius.

Insiden itu nyata mendapat perhatian ramai apatah lagi ada individu yang turut berkongsikan keadaan semasa kejadian.

Malah, turut tular tangkap layar perbualan Whatsapp amaran awal mengenai pencerobohan rizab petronas serta dakwaan individu yang mendakwa telah berlaku kerja korek tanah berhampiran laluan paip gas sekitar sebulan lalu sebelum kejadian berkenaan.

Sejak 17 Dec penduduk sudah menyuarakan kebimbangan. Menurut sumber juga, walaupun hari raya pertama , semalam berlaku…

Posted by Haji Mohd Zaffarollah on Monday 31 March 2025
@hembusanmalam1

Di Putra Heights subang jaya, ada laluan pipeline gas malaysia. Sblm balik raya, ada kerja korek tanah berdekatan dgn lluan pipeline tu. Lluan.ini berdekatan dgn perumahan topaz, citrine dan sapphire. Di kwsn tu juga ada lot kedai baru sdg di bina. Stesen minyak petronas jauh dr kawasan ni. Bahang haba terasa dkm radius 500 ke 1 km. Diharap api boleh di.padamkan dan tiada kemalangan jiwa serta kerosakkan harta.#fyp #kebakaran #paiplinepetronas

♬ bunyi asal – HEMBUSAN MALAM OFFICIAL – HEMBUSAN MALAM OFFICIAL

Tonton video penuh [DI SINI]

Polis Siasat Punca Kejadian Sebenar Hari Ini

Terbaharu, polis akan menyiasat punca sebenar kejadian kebakaran saluran paip gas sepanjang 500 meter termasuklah dakwaan kerja korek tanah di tanah rizab Petronas yang mendorong kepada tragedi berkenaan.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, siasatan akan bermula pada hari ini (2 April) memandangkan semalam lebih memfokuskan kepada kerja-kerja menyelamat dan usaha memadamkan kebakaran.

JBPM & Petronas Juga Akan Jalankan Siasatan

Jelas beliau, JBPM serta Petronas akan melakukan pemeriksaan dan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran.

“Kita terima semua maklumat termasuk dakwaan berlaku korek tanah di situ sehingga menyebabkan kebakaran.

“Kita akan siasat semua itu dan jika benar ada korek tanah, kita nak tahu siapa yang korek,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Urusan Baik Pulih Kediaman Sedang Dirancang, Berbeza Dengan Situasi Banjir – PM

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memaklumkan urusan baik pulih kediaman yang terjejas akibat kebakaran itu sedang direncanakan memandangkan situasinya adalah berbeza dengan bencana seperti banjir apatah lagi ia menyebabkan kerosakan yang besar.

“Ia memerlukan perancangan yang lebih teliti dan seperti saya tegaskan ia tidak boleh diselesaikan dalam tempoh satu ke dua bulan.

“Tetapi percayalah saya akan gerakkan seluruh jentera kerajaan untuk mengambil tindakan sesegera mungkin,” jelasnya.

Tambah beliau lagi, tanggungjawab dan urusan pemulihan kawasan perumahan tersebut akan diambil sepenuhnya oleh kerajaan bersama Petronas serta kerajaan negeri.

Anwar juga turut mengumumkan bantuan tunai sebanyak RM5,000 akan disalurkan kepada pemilik rumah yang kediaman musnah sepenuhnya manakala RM2,500 yang terjejas sebahagian.

305 Mangsa Berjaya Diselamatkan Sehingga 5 Petang Semalam

Dalam pada itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, memaklumkan kebakaran paip gas itu berjaya dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 3.45 petang.

Jelas Amiruddin, 305 mangsa tragedi berkenaan turut berjaya diselamatkan sehingga 5 petang semalam.

Mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) dan Pusat Perubatan Hospital Subang Jaya, Sunway Medical Centre, Hospital Serdang serta Hospital Putrajaya.

“Keutamaan pada masa sekarang adalah keselamatan penduduk. Dua kawasan perumahan terbabit seluas radius 290 meter akan ditutup dan dikategorikan sebagai kawasan larangan sehingga ia dipastikan selamat sebelum penduduk dibenarkan kembali ke rumah mereka,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Insiden Putra Heights: Penduduk Terjun Ke Sungai Kerana Bahang Api Terlalu Panas


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  TwitterThreads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd