Terokai Brisbane & Gold Coast Untuk Percutian Musim Sejuk Paling ‘Memorable’
Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Brisbane dan Gold Coast sepanjang musim sejuk.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tahun 2025 telah pun hampir memasuki Q2. Tak dinafikan, memang cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik kita sudah hampir memasuki pertengahan tahun dalam beberapa bulan sahaja lagi. Lokasi untuk bercuti bersama yang tersayang dan keluarga pun belum sempat fikir lagi.
Brisbane & Gold Coast Jadi Lokasi Tumpuan Percutian Musim Sejuk 2025
Sepanjang tahun, musim sejuk di Brisbane sememangnya membuka peluang untuk anda explore lebih banyak– di mana anda boleh melakukan aktiviti menarik seperti meluncur ais, festival makanan, acara bersukan, menonton ikan paus, serta pelbagai lagi.
Info info, cuaca sejuk dan kering di Brisbane semasa musim sejuk pada waktu siang adalah sekitar 20-24°C – memberikan kelegaan yang menyegarkan dari kepanasan tropika. Suhu malam pula sekitar 10°C– dan anda hanya memerlukan jaket nipis sahaja. Musim sejuk di Queensland kebiasaannya diceriakan dengan langit biru dan udara yang segar serta nyaman.
Pendek kata, memang terlampau banyak aktiviti best boleh anda buat! ✨

Jika anda masih belum membuat keputusan untuk bercuti di negara mana pada musim sejuk (Winter 2025), jangan risau sebab di sini kami akan menyenaraikan beberapa sebab mengapa anda perlu memilih Brisbane dan juga Gold Coast, Australia sebagai lokasi utama.
Apa Yang Menarik Di Brisbane?
#1. Brisbane: Iklim Sejuk & Selesa

Salah satu tarikan utama di Brisbane pada musim sejuk ialah iklim sejuk dan nyaman. Bagi pencinta aktiviti luar, tiada ibu kota Australia lebih sempurna untuk diterokai pada musim ini selain Brisbane.
Bandar ini menawarkan pelbagai tarikan luar seperti South Bank Parklands, Kangaroo Point, Story Bridge, Brisbane City Botanic Gardens, serta pemandangan indah dari puncak Mount Coot-tha.
Selain menjadikan kunjungan ke tempat-tempat ini lebih selesa berbanding musim panas, cuaca lebih kering dengan langit biru– menjadikan musim sejuk waktu terbaik untuk meneroka taman negara sekitar Brisbane. Dengan lebih daripada 300 hari cahaya matahari sepanjang tahun, Brisbane juga menjanjikan pengalaman dining al fresco luar biasa.
#2. Brisbane: Festival & Acara Menarik Pada Musim Sejuk
Salah satu acara paling dinanti-nantikan, ‘Ekka’ (The Royal Queensland Show), kembali lebih besar dan meriah dari 9 hingga 17 Ogos 2025! Acara ini diadakan setiap tahun sejak 1876 di Brisbane Showgrounds– Ekka adalah perayaan besar pertanian Queensland yang menarik lebih daripada 20,000 penyertaan dalam pelbagai kategori.

Karnival ini penuh dengan keseronokan untuk semua peringkat umur—terutamanya si kecil! Nikmati kehadiran ribuan haiwan, hiburan secara langsung, pertandingan, dan pastinya, pelbagai permainan karnival seperti car rides, makanan tempatan yang dijual, persembahan bunga api, serta showbag yang menjadi tarikan utama.
Bukan itu sahaja, karnival yang sangat meriah ini turut menawarkan pameran haiwan.
Pendek kata, EKKA ini menyatukan suasana desa dan kota dalam satu perayaan autentik yang meraikan pertanian Queensland. Memang meriah sungguh!
#3. Brisbane: Tonton Ikan Paus

Brisbane adalah lokasi terbaik untuk melihat kumpulan paus pertama dalam perjalanan mereka ke perairan utara yang lebih hangat. Musim menonton paus di Brisbane berlangsung dari Jun hingga Oktober, dan anda mempunyai pelbagai pilihan lawatan untuk dipilih bagi menikmati pengalaman luar biasa ini. Antaranya:
- Brisbane Whale Watching – Menyediakan kapal khas untuk menonton paus, berlepas dari Redcliffe setiap hari.
- Tangalooma Whale Watching Cruises – Menawarkan lawatan dengan perlepasan dari Brisbane dan Tangalooma Resort di Mulgumpin (Moreton Island).
- Yalingbila – Satu-satunya pengendali lawatan paus yang diuruskan oleh komuniti Orang Asli Australia, menawarkan lawatan ‘yalingbila’ (paus) dari Minjerribah (North Stradbroke Island).
#4. Brisbane: Cipta Pengalaman Unik Mewah
Musim sejuk di Queensland mungkin umumnya sederhana, tetapi jika anda inginkan percutian mewah dengan perapian yang menyala ketika suhu menurun, Brisbane dan kawasan sekitarnya—terutama Gold Coast, Sunshine Coast Hinterland, dan kawasan pedalaman selatan pasti tidak mengecewakan anda.

Terletak di pergunungan indah Glass House Mountains dengan hanya 86 minit pemanduan dari Brisbane– Seven Peaks Farm Stay menawarkan penginapan di kotej serba lengkap dengan bilik mandi en-suite dan pemanas bagi memastikan pengalaman yang selesa sepanjang percutian musim sejuk anda di Australia.
Tetamu boleh berinteraksi dengan haiwan ternakan seperti kuda, itik, kambing, dan biri-biri, sambil berkelah, serta bersantai di tepi unggun api.
#5. Brisbane: Pengalaman Gastronomi
Howard Smith Wharves menjadi lokasi santapan tepi sungai yang menawan terletak di bawah jambatan ikonik, Story Bridge– perjalanannya pula sangat dekat dan murah dengan menaiki CityCat ke Northshore.

Dengan pemandangan bandar dan sungai yang menakjubkan, kawasan Eat Street Northshore ini dipenuhi 180 kontena makanan dan hiburan berwarna-warni– menjadikannya salah satu tempat paling menarik di Brisbane.
Tempat ini benar-benar menggambarkan gaya hidup santai dan tropika Queensland! 🌴✨
Bukan itu sahaja, Howard Smith Wharves pula adalah destinasi makan dan gaya hidup paling meriah di Brisbane. Hanya 10 minit berjalan kaki dari Brisbane CBD, kawasan yang dahulunya terbiar ini kini telah berubah menjadi laluan pejalan kaki yang sibuk, dipenuhi dengan restoran, hotel, dan ruang acara.

Menjadi salah satu aktiviti terbaik di Brisbane pada waktu malam– kawasan ini dikatakan ‘lebih hidup’ apabila lampu bandar menyala dan pelbagai bar serta restoran terus dibuka hingga lewat malam. Dengan beberapa restoran terbaik di Brisbane, Howard Smith Wharves wajib ada dalam senarai tempat yang perlu dikunjungi bila anda datang ke Brisbane!

Anda juga boleh menikmati hidangan di ruang terbuka di ibu kota Queensland. Kawasan seperti James Street dan New Farm menempatkan beberapa kafe dan restoran terbaik, tetapi anda juga boleh menemui pelbagai pilihan di kawasan seperti Fish Lane, South Brisbane, West End, Woolloongabba, dan Fortitude Valley.
Gold Coast: Ini Sebab Mengapa Gold Coast Patut Jadi Lokasi Percutian Musim Sejuk
Kita sudah bercerita panjang tentang Brisbane, so jom kita explore apa ada di Gold Coast pula. Gold Coast merupakan salah satu destinasi percutian paling popular di Australia, terletak hanya satu jam pemanduan ke selatan Brisbane.
#1. Gold Coast: Lihat Depan Mata Ikan Paus Beraksi!
Migrasi paus bungkuk (humpback) dari Antartika di sepanjang pantai Queensland telah lama menjadi tarikan utama bagi pelancong pada musim sejuk iaitu bermula Jun sehingga Oktober setiap tahun.Gold Coast merupakan laluan migrasi paus paling sibuk di dunia, yang sering digelar sebagai Humpback Highway. Sekitar 35,000 ekor paus melalui perairan ini setiap tahun, menjadikan peluang untuk melihatnya di depan mata menjadi begitu tinggi!

Namun, Gold Coast turut menawarkan pelbagai peluang untuk melihat paus dengan lebih dekat melalui lawatan di Main Beach dan Surfers Paradise. Pelancong boleh memilih pengalaman unik ini bersama pengendali pelancongan seperti Sea World Cruises dan Whales in Paradise, yang menyediakan pelayaran khas untuk menikmati keajaiban alam ini dari jarak yang selamat dan selesa.
#2. Gold Coast: Syurga Untuk Kaki Surfing
Ombak di Gold Coast antara yang paling popular di dunia– menjadikannya destinasi ideal bagi geng surfers! Musim luruh dan musim sejuk dianggap waktu terbaik untuk meluncur, dengan ombak lebih konsisten dan keadaan air lebih tenang.
Walaupun terdapat banyak lokasi selancar di sepanjang pantai Gold Coast, kawasan paling best boleh ditemui adalah dari Burleigh Heads hingga ke Snapper Rocks di Coolangatta. Kawasan ini terkenal dengan gelombang yang sempurna dan menarik peluncur dari seluruh dunia yang ingin menikmati pengalaman luncur terbaik di Australia.
#3. Gold Coast: Taman Tema Ikonik
Dreamworld menawarkan beberapa rides dan gelongsor air tertinggi dan terpantas di dunia, menjadikannya destinasi terbaik buat seisi keluarga. Taman tema ini sesuai untuk kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur, dari si kecil hingga remaja, serta menawarkan pengalaman menarik bersama hidupan liar Australia dan watak-watak DreamWorks.

Penambahbaikan terbaru Dreamworld bernilai A$50 juta (RM140.25 juta) Rivertown precinct pula menawarkan pengembaraan hutan dengan rollercoaster mesra keluarga merentasi kuil purba dan landskap hijau subur.
Bukan itu saja, Warner Bros. Movie World juga telah memperkenalkan tarikan terbarunya iaitu The Wizard of Oz precinct!
Dengan langit biru yang cerah, kunjungan ke ‘Warner Bros. Movie World’ bersama anak-anak menjadi lebih menyeronokkan. Selain berpeluang bertemu watak filem dan adiwira kegemaran, anda juga boleh menikmati tarikan dengan barisan lebih pendek dan keselesaan sepanjang hari.

P.S: Anda disarankan untuk membawa jaket sebagai persediaan sekiranya cuaca menjadi lebih sejuk.
Gold Coast Pilihan Tepat Untuk Semua!
Untuk info, kesemua tarikan utama di Gold Coast berada dalam jarak yang dekat antara satu sama lain, membolehkan pelancong menikmati pengalaman menyeronokkan tanpa perlu perjalanan jauh dengan bas atau pemanduan panjang. Gabungan keindahan alam, hiburan, dan gaya hidup moden menjadikan Gold Coast destinasi yang sesuai untuk semua jenis pelancong.
Pendek kata, Gold Coast ini ibarat bandar tepi pantai yang menjanjikan 1001 kepuasan!
Terbang Ke Brisbane, Queensland Dari Malaysia Dengan Singapore Airlines (SIA)

Tahukah anda, pelancong kini boleh menikmati perjalanan yang lancar ke Brisbane & Gold Coast dengan Singapore Airlines atau Scoot?
Perjalanan anda akan berlepas dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh, Kota Kinabalu, Kuantan, Kuching, Langkawi, Melaka, Miri, Sibu, dan Subang. Paling bestnya, akan ada peningkatan kekerapan penerbangan untuk ke Brisbane ya!
Singapore Airlines menawarkan 7-8 penerbangan harian dari Kuala Lumpur (KUL) ke Lapangan Terbang Changi, Singapura, serta 4 penerbangan seminggu dari Singapura ke Cairns.
Bermula 16 Jun 2025, laluan Singapura–Brisbane akan meningkat kepada 4 penerbangan setiap hari pada hari Isnin, Rabu, dan Jumaat sebelum menjadi harian sepenuhnya selepas tarikh tersebut.
Apabila transit di Lapangan Terbang Changi Singapura dari Malaysia masa ‘layover/transit’ akan terasa lebih singkat dengan kemudahan bertaraf dunia, pilihan membeli-belah pelbagai, serta ruang rehat selesa.

Walaupun Singapore Airlines terkenal dengan perkhidmatan premium, ramai mungkin berfikiran harganya akan mahal. Namun, dengan perancangan awal– anda sebenarnya boleh mendapatkan tawaran terbaik.
Tempahan awal memberikan anda akses kepada promosi semasa yang lebih jimat. Tipsnya senang je, sentiasa ‘up-to-date’ dengan promosi Singapore Airlines.
Untuk maklumat lanjut, boleh terus KLIK SINI.
Kenapa Anda Kena Terbang Dengan Singapore Airlines?
Mungkin ramai tertanya– kenapa pilih Singapore Airlines? Anda sememangnya boleh mencipta pengalaman penerbangan PREMIUM sekaligus dapat menikmati kemewahan dan keselesaan kabin premium Singapore Airlines yang direka khas sebagai sanctuary peribadi anda—sama ada untuk bekerja, menikmati hidangan istimewa, atau sekadar berehat sepanjang perjalanan.
#1. Keselesaan Maksimum & Kemudahan Eksklusif
Ruang kabin luas dilengkapi kemudahan premium, menjanjikan perjalanan yang selesa dan penuh ketenangan. Setiap perincian direka untuk memberikan pengalaman penerbangan terbaik.
#2. Hidangan Bertaraf Dunia
Nikmati menu istimewa ‘atas awan’ yang disediakan dengan penuh ketelitian untuk memenuhi cita rasa anda.
#3. Kekal Berhubung di Udara
Akses Wi-Fi percuma tanpa had untuk semua ahli KrisFlyer, membolehkan anda berhubung dengan insan tersayang, berkongsi detik perjalanan di media sosial, atau mengikuti berita terkini—semuanya di ketinggian 10,000 kaki!
Dengan Singapore Airlines, perjalanan anda bukan sekadar penerbangan—ia adalah pengalaman mewah yang ‘extraordinary’.

Percutian ke Queensland, Australia – Kembali Menyatu dengan Diri & Alam Semula Jadi
Bila sebut Gold Coast, ramai yang mungkin teruja sebab dah beberapa kali pergi atau mungkin yang masih belum pernah bertandang ke sana– ini masanya! Jangan risau, sebab kami akan menceritakan beberapa perkara dan aktiviti menarik boleh anda lakukan sepanjang keberadaan anda di Gold Coast, Australia.
Serius trip anda akan lebih fun! ✨

Gold Coast terkenal dengan pantai dan taman tema yang ikonik, mungkin ramai masih belum mengetahui bahawa Gold Coast menawarkan lebih daripada itu—termasuk kafe hipster, serta pengalaman membeli-belah yang tak dapat dilupakan.
Kini, Gold Coast bukan sekadar pantai dan keseronokan keluarga, tetapi juga destinasi gaya hidup moden yang penuh dengan pengalaman baharu untuk diterokai!
Ayuh, alami percutian yang menghubungkan anda dengan diri sendiri, rakan perjalanan, keluarga, dan keindahan alam semula jadi bertaraf dunia di Queensland, Australia. Dari bandar yang penuh gaya hingga ke pantai yang memukau, setiap detik di sini menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan!Jom terbang bersama World’s Best Cabin Staff 2024, di mana keselesaan dan layanan bertaraf dunia akan memastikan perjalanan anda bermula dengan sempurna! Untuk maklumat lanjut, boleh terus KLIK LINK INI!✨
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.