Now Reading
2 Hari Jadi 20 Saat, PDRM Kerjasama Dengan UKM Bangunkan Kit Ujian Biosensor Kesan Dadah Dalam Sampel Urin

2 Hari Jadi 20 Saat, PDRM Kerjasama Dengan UKM Bangunkan Kit Ujian Biosensor Kesan Dadah Dalam Sampel Urin

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, kecanggihan kit ujian biosensor menerusi mesin Tims-Tof merupakan satu perkara baharu mengesan pelbagai jenis dadah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Harus diakui, kecanggihan teknologi pada masa kini sememangnya memudahkan kehidupan seharian.

Contohnya jika masa dahulu, urusan membeli-belah memerlukan seseorang itu perlu datang sendiri ke premis. Malah, bayaran juga perlu dibuat menggunakan wang tunai.

Kini, keadaan itu nyata berubah. Dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi, orang ramai boleh membeli-belah di hujung jari dan proses bayaran pula dibuat secara dalam talian.

PDRM & UKM Hasilkan Kit Ujian Biosensor, Hanya 20 Saat Kesan Dadah Dalam Sampel Urin

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berkerjasama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menghasilkan teknologi terbaharu mengesan bahan terlarang dalam masa yang singkat.

Daripada 20 hari, kini pihak berkuasa boleh mengesan bahan terlarang seperti dadah dalam sampel urin dengan sepantas 20 saat.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, kecanggihan kit ujian biosensor menerusi mesin Tims-Tof merupakan satu perkara baharu mengesan pelbagai jenis dadah.

“Kerjasama ini bukan hanya langkah pertama dilaksanakan di dalam negara, malah ia meliputi peringkat global.

“Sebanyak enam pakej kerja dirangka merangkumi aspek pembangunan teknologi, penyelidikan, forensik, data dan pembangunan keupayaan.

“Antara fokus utama adalah pembangunan strip ujian biosensor, pangkalan data forensik molekul dan analisis residu dadah dalam sistem kumbahan,” katanya yang dipetik daripada Sinar Harian.

Langkah Untuk Perkasa Penguatkuasaan Melalui Pendekatan Saintifik

Tegas Ayob Khan, kerjasama ini sebagai langkah untuk memperkasa penguatkuasaan negara bagi meningkatkan kecekapan dalam mengenal pasti ancaman dadah menerusi pendekatan secara saintifik.

“Program ini turut membuka ruang kerjasama antarabangsa yang lebih strategik, terutamanya dengan agensi seperti Polis Antarabangsa (Interpol) serta Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Dadah dan Jenayah (UNODC) dalam menangani jenayah narkotik rentas sempadan,” katanya.

9 Pegawai Kanan Polis Terpilih Jalankan Penyelidikan

Kongsi beliau lagi, sebanyak sembilan orang pegawai kanan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) terpilih untuk menjalankan penyelidikan separuh masa bersama pakar UKM.

Malah, kesemua mereka diberi tanggungjawab menjadi pusat rujukan utama dan diiktiraf sebagai pakar rujuk subjek (Subject Matter Expert, SME) dalam bidang narkotik.

“Satu Jawatankuasa Pemandu turut ditubuhkan bagi memantau keberkesanan program ini dan saya sendiri selaku Timbalan Ketua Polis Negara diberi amanah untuk mempengerusikan jawatankuasa berkenaan,” ujarnya.

Tambah Ayob Khan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga turut meluluskan peruntukan RM8.4 juta bagi menjayakan program ini.

Difahamkan, beliau turut memohon dana tambahan sebanyak RM80 juta bagi memastikan keberkesanan program ini untuk jangka masa yang panjang.

Beliau berkata demikian ketika Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Kerjasama Strategik Untuk Aktiviti Pendidikan dan Penyelidikan Dalam Bidang Sains Forensik di UKM hari ini.

[LIVE] SIDANG MEDIA TIMBALAN KPN Kini sedang berlangsungnya Sidang Media Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay sempena Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu bagi Projek Kerjasama Strategik untuk Aktiviti Pendidikan dan Penyelidikan Dalam Bidang Sains Forensik di antara Polis Diraja Malaysia dan Universiti Kebangsaan (UKM) serta Lawatan ke Pusat Komputer UKM bagi Pentauliahan Komputer Pelayan Data dan Perasmian Alat TIMS-TOF di Makmal CSI, Fakulti Sains Kesihatan, UKM. #LiveUpdate #PolisDirajaMalaysia #RoyalMalaysiaPolice #PDRM #RMP #26032025

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday 25 March 2025

Baca Artikel Berkaitan: Murid 11 Tahun Jadi Penagih Dadah, Trend Dilihat Makin Meningkat Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Individu Ini Dakwa Ada Akaun Media Sosial Selamba Jual Dadah Dalam Bentuk Lolipop Di TikTok


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm Facebook,  TwitterThreads  dan Instagram. 

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd